5 Sebab Pelayar Web Maxthon [3.3.6.2000] Patut Menjadi Pilihan

Sudah lama sebenarnya Mr.Hac tidak menggunakan pelayar web ini. Semuanya kerana sudah lama tidak boot ke dalam Windows. Tetapi sejak akhir-akhir ini Mr.Hac sudah lama pula tidak menggunakan Ubuntu kerana sedang menunggu kelahiran si tenggiling 12.04, Precise Pangolin. Jadi kerana itu, hobi lama iaitu mencuba pelayar web selain Firefox dan Chrome dimulakan kembali.

Pelayar web Maxthon ini cuma terdapat dalam versi Windows sahaja. Mr.Hac memang berharap ia akan dibuat juga untuk Linux khususnya Ubuntu dengan PPA tersedia untuk diguna seperti Firefox. Boleh dikatakan cirinya menarik untuk digunakan, contohnya:

1. Reader Mode

Berada dalam blog yang menjadi kegemaran anda? Suka membaca? Maxthon mempunyai Reader Mode yang akan mengasingkan perkara-perkara yang tidak perlu dan hanya pos blog sahaja menjadi fokus utama.

2. Speed Dial

Speed Dial Maxthon agak ‘mengancam jiwa’ kerana didatangkan sekali dengan bar carian Google. Tidak seperti Firefox yang memerlukan Foxtab, Maxthon sudah tersedia dengan Speed Dial ini secara lalai (Default), dan ia boleh di-edit dengan baik.

3. Maxthon Passport

Ini adalah ‘Killer Feature’ bagi Maxthon, di mana ia mempunyai cloud synchronization untuk setiap apa yang kita lakukan pada pelayar web. Cuma daftar satu akaun, dan setiap perubahan yang anda buat pada Maxthon, ia akan diselaraskan pada setiap pelayar Maxthon yang anda gunakan di komputer yang berbeza.

4. Download Manager

Ok. Kita tahu Firefox, Chrome, dan bla bla bla juga mempunyai pemuat turun, namun pemuat turun Maxthon adalah ringkas, mudah digunakan, dan ia adalah terpisah dari pelayar web, tanpa perlu menggunakan sebarang Addon.

5. Youtube/Site Grabber

Ini juga salah satu ‘Killer Feature’, iaitu Site Grabber atau ‘Resource Sniffer’. Setakat ini, ia tidak perlukan sebarang Addon untuk mengesan video di Youtube. Anda cuma perlu klik pada butang ‘Save’ seperti yang tertera pada gambar di bawah dan ia akan mendapatkan pautan untuk anda muat turun secara terus.

InsyaAllah selepas ini akan ada lagi reviu untuk pelayar-pelayar web yang lain. Kita jumpa lagi!

Arya Putra
Arya Putrahttps://omghackers.com/
I am Arya Putra, a tech enthusiast and the founder of OMGHackers.com. With a passion for cybersecurity, open-source software, and emerging technologies, I specialize in reviewing and analyzing digital tools that shape the future.My goal is to provide in-depth, honest, and insightful reviews to help users make informed decisions about the latest tech innovations. Whether it’s software, hardware, or security-related topics, I strive to deliver content that is both practical and engaging.If you’re looking for a dedicated tech reviewer, I’m open to collaborations. For review inquiries, feel free to contact me at arya@omghackers.com

Artikel Terkini

spot_imgspot_img

Artikel Berkaitan

spot_imgspot_img