Baris Perintah Asas Linux: Pelajari Asas Mengendalikan Sistem Operasi Linux Dengan Baris Perintah

Sebelum kita masuk ke kelas/bengkel advance Linux, mari kita mulakan dengan asasnya terlebih dahulu.

Kalau nak dikatakan semua perkara yang hendak dilakukan dalam Linux adalah menggunakan baris perintah, sebenarnya kurang tepat. Tetapi dengan mengetahui dan memahirkan diri menggunakan baris perintah, maka kerja-kerja atau menyelesaikan sesuatu masalah lebih cepat dilakukan.

Apapun, mari kita mulakan dahulu dengan beberapa asas yang patut anda tahu.

Baris Perintah Asas Linux Yang Anda Patut Tahu

  • sudo

sudo ialah perintah yang membenarkan pengguna biasa untuk menjalankan program dengan kebenaran tahap pengguna root. Dari segi ‘sejarah’ pula namanya adalah gabungan antara ‘su’ iaitu substitute user dan ‘do’, iaitu ‘buat’.

  • ls

Anda boleh paparakan senarai fail dalam sesebuah direktori menggunakan perintah ini.

  • ls -R

Menyenaraikan fail dari direktori dan subdirektori.

  • ls -al

Menyenaraikan fail beserta informasi lengkap.

  • ls -a

Menyenaraikan fail beserta fail tersembunyi.

  • touch

Perintah ini adalah untuk mencipta satu fail kosong.

  • cat

cat digunakan bagi menyenaraikan isi kandungan sesuatu fail. Anda tidak perlu menggunakan penyunting teks bagi menyemak sesuatu fail, contohnya fail fstab.

cat /etc/fstab

  • nano

nano ialah penyunting teks dalam bentuk baris perintah. Ianya amat mudah digunakan, dengan gabungan kekunci ‘Ctrl + o’ untuk menyimpan, ‘Ctrl + x’ untuk keluar dari persekitaran nano, dan ‘y’ atau ‘n’ bagi ‘menjawab’ ‘ya atau tidak’ untuk menyimpan fail.

  • cd

cd (change directory) akan digunakan apabila anda mahu menukar atau memasuki sesuatu direktori dari Terminal. Contohnya,

cd /Downloads

  • cd ..

cd .. pula akan membawa anda kepada aras folder paling atas. Contohnya,

cd /Downloads/Movies
cd .. (/Downloads)

  • cd /

Baris perintah ini akan membawa anda kepada direktori root.

  • rm

Ringkas sahaja – untuk memadam fail.

  • rm -rf

Untuk memadam folder.

  • cp

cp – copy – untuk menyalin sesuatu. Contohnya,

cp uji.txt /Downloads/Documents

  • cp -R

digunakan untuk menyalin folder.

  • mkdir

Digunakan untuk membuat/mencipta satu folder/direktori.

  • rmdir

Memadam direktori.

  • mv

mv – move – untuk mengalih fail, atau menamakan ia semula (rename). Contoh,

mv uji.txt /Downloads/Documents
mv uji.txt ujicuba.txt < menamakan semula

  • ifconfig -a

Ia akan memaparkan data rangkaian anda.

  • chmod

Digunakan untuk menukar permissions pada fail.

  • top

Ia akan memaparkan gambaran lengkap status sistem anda.

  • df -h

Memaparkan ruang kosong dan ruang yang telah digunakan pada cakera dalam unit megabytes.

  • dmesg

Ia digunakan untuk memapar mesej dari boot sistem terkini, yang mana ianya amat berguna jika anda mahu menyelesaikan ralat.

  • man

Terminal akan memapar laman manual bagi perintah tersebut.

  • history

Untuk memaparkan sejarah perintah yang telah digunakan.

  • clear

Jika Terminal mula berserabut dengan pelbagai teks dan perintah, anda boleh gunakan ‘clear’ untuk ‘memadamkan’ ia.

Ctrl + Shift + v

Kebiasaannya jika anda menyalin sesuatu, anda akan gunakan ‘Ctrl + p’ untuk menampal. Tetapi jika anda ingin menampal sesuatu ke dalam Terminal, anda perlu gunakan kombinasi ‘Ctrl + Shift + v’.

  • poweroff

Mudah kata, digunakan untuk mematikan sistem operasi (shutdown).

  • mount

Untuk melekapkan sesuatu direktori.

mount /dev/sda1 /mnt/boot

  • echo

Digunakan untuk memasukkan/memaparkan output teks kepada sesuatu fail.

Penutup

Baiklah. Selesai dahulu untuk asas-asas baris perintah yang anda patut tahu sebelum memulakan langkah untuk menggunakan Linux. Selepas ini kita akan belajar pula pelbagai lagi perkara lain yang berkaitan, untuk anda menjadi Linux Ninja!

Arya Putra
Arya Putrahttps://omghackers.com/
A regular tech blogger who have passions for cats. I will not put my trust on anybody who hated them, doesn't matter if they are my friends or family. I have a dream where I am the owner of a Cat Cafe. Help me achieve it by hiring me as your reviewer. For any review inquiries, you can contact me at [email protected]

Artikel Terkini

spot_imgspot_img

Artikel Berkaitan

Apa pendapat anda?

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
spot_imgspot_img
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x