Ahhh, artikel VPN, lagi.. untuk adik-adik abang yang ajet-ajet hejes, gunakan VPN atau SSH untuk bypass kuota DiGi, Celcom, Maxis, U Mobile tu, errr.. artikel ini bukan untuk anda.
Tapi jika anda berminat dengan servis VPN yang sesuai dengan kocek anda, maka anda boleh teruskan membaca. Buat sementara ini, jika diikutkan kepada pelan, masih belum ada lagi servis VPN/OpenVPN yang boleh menandingi FinchVPN. FinchVPN, selain dari murah, ia juga menawarkan beberapa ciri yang boleh ‘mengikat’, contohnya SSH Over VPN, dan juga Anti DPI.
Namun tidak dapat tidak perlu juga cari alternatif, sekadar untuk dijadikan sandaran kepada servis yang ada. Maka dengan itu saya perkenalkan ZPN VPN, satu servis VPN yang memberikan secara percuma 10GB bandwidth kepada mana-mana penggunanya.
Apa yang saya suka mengenai ZPN ialah klien untuk Android yang mempunyai ciri-ciri menarik, seperti port yang boleh ditukar, dan jenis sambungan (TCP/UDP). Kebanyakan servis percuma yang lain, kliennya terlalu ringkas. Kebiasaannya port dan jenis sambungan adalah dibiarkan apa yang diberi oleh servis. Tetapi ZPN memberikan anda pilihan ini.
Lihat paparan-paparan skrin aplikasi ZPN VPN di bawah:
Dari segi harga, boleh lah dikatakan tidak terlalu mahal dan tidak pula terlalu murah. Ianya adalah sederhana, dan sesuai digunakan jika pilihan-pilihan servis yang lain mengecewakan anda. Buat sementara waktu ini, jika servis FinchVPN tidak sempat untuk saya ‘renew’ (atas apa jua alasan), maka ZPN adalah pilihan paling hampir untuk bersambung kepada rangkaian VPN.
Anda boleh klik pada pautan berikut untuk maklumat lanjut: