ZoogVPN: Sebagus Mana Perkhidmatan Ini Berbanding Pesaing? Mari Kita Teliti Bersama
Saya sudah sekian lama menulis dan mengulas perkhidmatan VPN sebagai satu bentuk karier. Boleh dikatakan VPN ‘major’ yang sering disebut dalam laman web luar negara seperti ExpressVPN, NordVPN, dan Surfshark, kesemuanya sudah pun saya cuba dan gunakan.
Kini, tibalah masa untuk saya memperkenalkan perkhidmatan yang terbaru – mungkin bukan baru untuk seluruh dunia, tetapi baru untuk diri saya sendiri. ZoogVPN, sebuah perkhidmatan yang telah ditubuhkan sejak tahun 2013. Saya pun tidak pasti mengapakah hanya baru tahun ini saya mendengar namanya, walaupun sudah sekian lama ia wujud. Apa pun, saya rasa berbesar hati untuk mencuba dan mengulas serba sedikit mengenainya.
Mari kita lihat bagaimana rupa paparan antara muka pengguna aplikasi ZoogVPN dalam Windows 11:
Di bawah pula ialah paparan antara muka pengguna dalam peranti Android:
Oh ya, sempat juga saya menyemak harga langganan untuk plan-plan yang ada:
Sesi Pengujian Bermula
Untuk pengetahun anda, saya menguji aplikasi ini dalam rangkaian pejabat, yang sememangnya diketahui menggunakan firewall ‘keras’ lagi sukar untuk ditembusi.
Oleh itu, bab kelajuan menjadi fokus nombor dua. Fokus utama ialah untuk melepasi sekatan terlebih dahulu.
Maka saya pun mencuba protokol sambungan yang ada, satu demi satu. Dari WireGuard hinggalah kepada OpenVPN TCP, tiada satu protokol pun yang mampu melepasi sekatan, hinggalah saya mencuba protokol SHADOW.
Protokol ini yang saya syak sebagai Anti-DPI, ialah sejenis sambungan proprietary oleh ZoogVPN yang dipanggil sebagai ZoogShadowing.
Ciri ZoogShadowing direka untuk memintas sekatan dengan mengubah cara rupa trafik VPN. Para pembangun telah menghapuskan semua penanda, protokol dan ‘tandatangan’ (signatures) yang terkenal untuk menjadikan trafik VPN kelihatan seperti trafik HTTPS harian.
Setelah saya mencuba protokol Shadow, akhirnya dapat juga ia bersambung ke pelayan dengan jayanya.
Seperti biasa, saya mesti menguji adakah ia akan membocorkan alamat IP asli setelah berjaya disambungkan ke pelayan.
Apabila ujian lanjutan (Extended Test) dipilih, jelaslah walaupun terdapat banyak DNS digunakan, tiada satu pun alamat IP yang asal terdedah kepada ‘orang luar’. Ini bererti ZoogVPN sudah melepasi isu kebocoran alamat IP.
Ini pula ialah kelajuan WiFi di pejabat.
Jangan ketawakan kelajuannya ya. Biasa-biasa saja.
Kemudian, apabila ia telah disambungkan ke pelayan ZoogVPN dengan menggunakan protokol Shadow, saya cuba memuat turun fail dari laman web Codec Guide.
Hasilnya, bolehlah daripada tak dapat langsung, kan?
Sekali lagi saya ingin ingatkan kepada anda, ujian dijalankan dalam rangkaian pejabat, dan bukan rangkaian internet di rumah. Maka keputusan untuk anda yang menggunakan perkhidmatan ini di rumah haruslah berbeza (tambahan lagi jika anda menggunakan protokol berbeza, contohnya WireGuard).
Saya masih belum sempat mencubanya di rumah sendiri. Tetapi kalau dapat cuba pun, kelajuan fiber buat masa ini masih lagi 30Mbps. Tunggulah, kalau ada rezeki dapat pakai kelajuan yang lebih tinggi lagi, barulah saya rasa sesuai untuk buat ujian perbezaan kelajuan sebelum dan selepas penggunaan.
Tips Untuk Pengguna Baru:
Seperti biasa, tidak sah jika saya tidak kongsikan tips sebelum menggunakan sesebuah perkhidmatan baharu.
Sama seperti Surfshark, ZoogVPN juga tiada had penggunaan peranti.
Jadi, jika anda ingin menjimatkan perbelanjaan, tetapi dalam masa yang sama ingin menggunakan plan yang lebih lama seperti setahun, atau dua tahun, anda boleh kumpulkan kawan-kawan lain yang berminat hendak melanggan secara bersama-sama.
Kumpul semuanya dalam satu kumpulan WhatsApp atau Telegram, dan mulakanlah aktiviti anda dari situ.
Mudah bukan untuk berjimat tetapi dalam masa yang sama menggunakan servis premium?
Buat anda yang ingin melanggan, anda boleh gunakan pautan berikut bagi mendapatkan diskaun:
>>> ZoogVPN