Ulasan Surfshark Di Penghujung 2023: Adakah Yang Terbaik Menjelang 2024?

Pembuka/Intro

Saya telah menggunakan Surfshark sejak tahun 2019, iaitu ketika perkhidmatan ini masih sedang mengembangkan sayapnya ke serata dunia. Sempat juga saya berbincang bersama pembangunnya dan memberikan beberapa idea bagi menambah baik aplikasi, sebagai contoh saya mencadang supaya mereka menambah ciri Anti-DPI, yang kini dikenali sebagai NoBorders (Desktop) atau Use small packets (Android).

Tidak lupa juga saya mencadangkan supaya ditambah ‘Kill Switch’, mod gelap dan protokol WireGuard, yang akhirnya diimplimentasi secara berperingkat.

Kini, apabila melihat kembali paparan antara muka pengguna (GUI) versi lama Surfshark dan dibandingkan pula dengan yang baharu, dapat dilihat bagaimana ia telah pun meningkat sama ada dari segi ciri mahupun rupa bentuk paparan yang kelihatan lebih moden, sesuai dengan perkembangan zaman.

Ini ialah bagaimana rupa bentuk paparan antaramuka pengguna aplikasi Surfshark dalam Windows 11:

Ini pula adalah rupa bentuknya dalam Android:

Tambahan Pelbagai Ciri Baharu Yang Moden

Sejak ia mula berkembang maju, para pembangun Surfshark tidak lagi menoleh kebelakang. Selain paparan antara muka pengguna yang sudah begitu banyak berubah, pelbagai ciri dan perkhidmatan baharu ditambah ke dalam pakej Surfshark One.

Sebagai contoh, antivirus. Ciri ini bukan sahaja boleh digunakan dalam sistem operasi desktop seperti Windows/macOS, bahkan juga Android dan iOS. Setiap peranti menggunakan akaun yang sama, dapat dipantau melalui laman web.

Paparan di bawah menunjukkan bagaimana antivirus sedang berfungsi dan digunakan dalam Windows 11.

Hebat bukan? Anda tidak perlu lagi langgan pelbagai jenis antivirus lain secara berasingan. Cukup hanya gunakan Surfshark untuk melindungi peranti anda, baik di desktop mahupun di peranti mudah alih. Satu akaun untuk semua.

Ini pula ialah bagaimana rupa paparan antivirus Surfshark pada peranti Android:

Surfshark Search

Selain itu, dalam paparan pemuka (Dashboard) laman web Surfshark yang menempatkan akaun pengguna, kita boleh menggunakan ciri Surfshark Search untuk menggantikan enjin carian Google dalam mendapatkan sebuah enjin carian yang lebih privasi dan tiada penjejak.

Setakat ini, keputusan laman carian adalah tidak menghampakan.

Hasil carian yang ditunjukkan adalah ‘bersih’ daripada sebarang unsur pengiklanan, apatah lagi penjejakan. Apa yang anda cuba cari, itulah yang akan dipaparkan.

Tidak lupa juga, dengan pakej Surfshark One, anda akan dapat menggunakan perkhidmatan Alternative ID.

Saya tidak pasti, sejauhmana banyaknya kegunaan perkhidmatan seperti ini untuk ANDA, tetapi jika anda sedang bekerja dalam sebuah jabatan yang memerlukan anda untuk membuat penyamaran, maka ciri ini amat sesuai dijadikan sebagai langkah ‘penjagaan’ identiti.

Rangkaian Nexus Surfshark

Nexus ialah ciri keselamatan Surfshark terbaharu. Ia adalah teknologi yang menggunakan Rangkaian Tertakrif Perisian (Software Defined Networking – SDN) untuk menyambungkan pelayan VPN ke dalam satu rangkaian yang disatukan.

Teknologi Nexus menghubungkan semua pelayan VPN sedia ada bersama-sama, bermakna trafik dihalakan melalui seluruh rangkaian pelayan dan bukannya hanya satu terowong penyulitan VPN.

Ciri ini bukan sahaja menyembunyikan trafik pengguna tetapi juga memberikan prestasi keseluruhan lebih stabil dan boleh meningkatkan kelajuan sambungan VPN.

Incogni

Internet dipenuhi dengan maklumat peribadi kita. Surfshark melancarkan inisiatif dengan satu alat baharu yang dipanggil sebagai Incogni.

Ia merupakan satu langganan berasingan (atau bersekali dengan pakej Surfshark One+) di mana ciri ini akan membantu pengguna untuk menghubungi broker data dalam talian, yang kemudiannya akan mengarahkan mereka mengalih keluar semua maklumat peribadi (seperti nama, nombor telefon dan alamat e-mel) daripada pangkalan data. Dengan cara ini, anda akan mula mendapat lebih sedikit iklan disasarkan, panggilan dan e-mel spam.

Dengan Incogni, anda selaku pengguna akhir mendapat kawalan tentang data anda yang boleh disimpan dan dilihat dalam talian. Ia meningkatkan privasi dalam talian dan akan menghalang para penipu, pengiklan atau mana-mana mata yang mengintip daripada mengakses dan memanipulasi maklumat peribadi anda.

Smart DNS

Bagi anda yang menggunakan mana-mana peranti yang tidak menyokong penggunakan VPN, contohnya PlayStation atau TV Pintar (Smart TV), maka Smart DNS dapat membantu.

Surfshark Smart DNS boleh digunakan pada banyak jenis peranti, khususnya peranti yang tidak menyokong klien VPN. Anda perlu mengaktifkannya dari papan pemuka akaun utama dan ia akan menjana alamat DNS yang kemudiannya boleh terus digunakan pada peranti. Secara lalai, ini membolehkan anda menyahsekat rancangan dan perpustakaan berasaskan Amerika Syarikat yang selalunya tidak tersedia untuk pengguna dari benua lain.

Penutup

Sejujurnya jika diberi pilihan antara NordVPN, EXpressVPN, dan Surfshark, saya tetap akan memilih Surfshark sebagai perkhidmatan VPN yang dipercayai, sementelah banyak juga idea yang pernah saya kemukakan kepada pembangun telah pun diimpilimentasi ke dalam aplikasi. Selain terdorong menggunakannya kerana merasa bangga beberapa idea dan cadangan dijadikan kenyataan, apa yang ditawarkan dalam pakej Surfshark juga adalah amat berbaloi.

Prestasinya jauh lebih baik, terutama jika berbanding NordVPN, dan pilihan pelayan pula amat banyak. Ia adalah salah satu VPN terpantas di pasaran, mempunyai set keselamatan yang sangat kuat, tidak menyimpan sebarang log, dan perkhidmatan ini berjalan pada pelayan RAM sahaja.

Selain itu, Surfshark mempunyai sambungan serentak tanpa had (simultaneous connections), menyahsekat kebanyakan perkhidmatan penstriman, mempunyai banyak ciri berguna dan aplikasi intuitif serta mudah digunakan untuk semua sistem operasi utama. Aplikasi Surfshark lebih memihak kepada pengguna Android dan Windows, tetapi ini mungkin akibat daripada dasar Apple dan bukannya pengabaian pembangun Surfshark.

Apapun, saya percaya Surfshark akan dapat memuaskan hati ramai dari kalangan anda. Ia adalah satu-satunya VPN yang saya sendiri secara peribadi masih gunakan hingga kini, dan akan terus guna selagi mampu.

Khusus untuk anda yang berminat, maka bolehlah klik butang di bawah untuk melanggan beserta diskaun 86% dan 5 bulan PERCUMA:

>>> Surfshark VPN

>>> Surfshark Antivirus

>>> Surshark Incogni

 

Arya Putra
Arya Putrahttps://omghackers.com/
A regular tech blogger who have passions for cats. I will not put my trust on anybody who hated them, doesn't matter if they are my friends or family. I have a dream where I am the owner of a Cat Cafe. Help me achieve it by hiring me as your reviewer. For any review inquiries, you can contact me at [email protected]

Artikel Terkini

spot_imgspot_img

Artikel Berkaitan

Apa pendapat anda?

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
spot_imgspot_img
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x