Telco dan penipuan plan – apa lagi benda baru yang kita boleh baca?
Ada. Jangan tak tahu, di kala semuanya nampak tenang, pasti ada yang berfikir untuk mengaut untung lebih bagi diri sendiri.
Telco Yes ialah salah satu dari pihak yang cuba mengaut keuntungan. Abam ada menerima mesej dari beberapa rakan yang telah merasakan diri mereka ditipu apabila mereka ‘tersekat’ dengan telefon yang ditawarkan untuk plan Learn From Home, yang kemudiannya diubah kepada Jaringan Prihatin.
Isunya, sebelum pengumuman plan Jaringan Prihatin (JP) oleh kerajaan, Yes pada awal sudah menghantar SMS kepada pengguna untuk mendaftar sebagai penerima telefon dan data percuma dalam plan Learn From Home (LFH). Telefon ini tidak dapat dipilih atau ditukar modelnya.
Sebaik JP diumumkan, Yes dengan serta-merta menukar pakej LFH menjadi JP.
Kebanyakan pengguna berasa tidak puas hati dan tertipu kerana pakej RM300 dari program JP diberi untuk mereka yang layak, dan pengguna berpeluang memilih pakej telefon dari telco mana yang disukai.
Tetapi untuk pengguna Yes yang sudah menekan pautan LFH, mereka sudah tidak lagi layak memohon untuk JP, dan ini bererti apa jua model telefon diberi untuk program bantuan LFH secara automatik menjadi telefon untuk JP.
Rungutan pengguna yang berkongsi informasi mengatakan jika dipilih plan dari telco lain, mereka boleh mendapat varian telefon yang lebih baik meskipun perlu keluarkan sedikit modal. Telefon yang diberi dalam plan Yes dikatakan model murah dengan nama Altitude 3, berharga bawah RM300 yang agak mengecewakan. Terutamanya dari segi jangka hayat kuasa bateri dan spesifikasi memori dengan 1GB RAM dan 8GB memori storan dalaman?!
Abam berharap SKMM, SPRM, dan pihak berkuasa lain yang berkaitan bolehlah buat siasatan akan manipulasi oleh telco Yes ini.
Tidak mustahil di masa akan datang, Yes tergamak menipu lagi asalkan bantuan diberi kerajaan dapat masuk ke poket sendiri.