Xatab, Repacker Terkenal Meninggal Dunia Di Usia 60

Mungkin ramai yang menggunakan hasil kerja daripada Xatab, tapi tidak tahu pun siapa sebenarnya sosok sebenar di sebalik namanya. Pemain permainan video pastinya pernah mendengar namanya terutama sekali mereka yang gemar melanun dan bermain permainan video cetak rompak.

Tinggalkan isu cetak rompak atau beli dahulu dan bersimpati dengan berita yang menyedihkan ini. Repacker ataupun pemampat permainan video mempunyai kaitan dan hubungan yang kompleks dengan pengeluar permainan video. Walau disinonimkan dengan cetak rompak, ironunya mereka juga menjadi antara penyumbang utama kepada penjualan permainan video.

Repacker akan mengecilkan saiz fail muat turun permainan video dengan membuang beberapa komponen tidak penting seperti fail audio bahasa asing ataupun merendahkan kualiti grafik permainan itu sendiri.

Lazimnya, repack ini akan lebih digemari oleh mereka yang mempunyai sambungan internet yang lemah. Ini kerana, untuk memuat turun permainan secara sah dan halal, fail muat turun selalunya terlalu besar. Untuk itu, mereka lebih memilih repack kerana ia sesuai dengan kemampuan sambungan internet mereka. Acap kali juga, meraka akhirnya membeli permainan yang telah dimuat turun daripada repack kerana ingin bermain di atas talian.

Iklan Google

Berita kematian Xatab juga telah dikongsi di laman rasmi mendiang dan kemudiannya telah dikongsi juga di laman repack yang lain dan juga Reddit. Xatab atau nama sebenarnya Radik telah meninggal dunia pada usia 60 tahun kerana kanser. Namun begitu, mendiang masih lagi aktif memuat naik hasil kerjanya sehingga 27 Februari 2021 yang lalu. Satu dedikasi yang keras.

Laman rasmi Xatab juga membuat kenyataan bahawa nama dan jenama Xatab tidak akan ada pewarisnya dan tidak akan ada lagi repack daripada Xatab selepas ini. Mereka juga memberi peringatan supaya tidak tertipu dengan mana-mana pihak yang mengaku sebagai penyambung legasi kepada nama Xatab.

Iklan Google
Murung Mohowongso
Murung Mohowongsohttp://omghackers.com
Hobi saya membeli belah atas talian. Ketagih dalam mengumpul gajet dan semua mainan yang tidak mampu dibeli semasa zaman kanak-kanak dahulu. Akan ambil masa minima 2 minggu membaca review dan buat ulangkaji sebelum membeli sebarang produk. Sangat tidak suka berpura-pura dan juga orang yang berpura-pura. Asertif dan introvert, tapi tak pernah biadap. Hubungi saya di mm@omghackers.com

Artikel Terkini

spot_imgspot_img

Artikel Berkaitan

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

spot_imgspot_img