UOB Malaysia Sedia Bantuan Banjir dan Bayaran Balik Enam Bulan

UOB Malaysia sedia bantuan banjir termasuk bantuan bayaran balik sehingga enam bulan kepada pelanggan terjejas di seluruh negara

Kuala Lumpur, Malaysia, 9 Mac 2023 – UOB Malaysia hari ini mengumumkan bahawa Bank akan menyediakan bantuan banjir, termasuk bantuan bayaran balik sehingga enam bulan, kepada pelanggan individu, perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dan korporat yang terjejas akibat banjir di seluruh negara baru-baru ini.

Program bantuan UOB Malaysia bertujuan meringankan beban kewangan pelanggan yang mendapati punca pendapatan dan perniagaan mereka terjejas akibat pandemik dan bencana termasuk banjir. Selain bantuan bayaran balik, Bank juga menawarkan bantuan lain kepada pelanggan seperti pengurangan dalam ansuran bayaran balik bulanan dan lanjutan tempoh bayaran balik.

Puan Ng Wei Wei, Ketua Pegawai Eksekutif, UOB Malaysia, berkata, “UOB sentiasa bersedia membantu pelanggan kami ketika masa senang mahupun susah. Kami memahami cabaran kewangan yang mungkin dihadapi oleh ramai pelanggan disebabkan banjir baru-baru ini. Program bantuan kami menyediakan pilihan bayaran balik dan juga bantuan lain, disesuaikan dengan keadaan berbeza yang dihadapi pelanggan, bagi meringankan beban kewangan sambil membantu mereka pulih dengan lebih cepat daripada bencana ini.”

Sebagai sebahagian daripada program bantuan ini, UOB Malaysia akan mengetepikan fi dan caj tertentu untuk penggantian kad debit dan kredit ataupun buku cek yang hilang atau rosak semasa banjir. Bank juga akan mengetepikan caj bayaran lewat kad kredit untuk pelanggan yang terjejas.

Di samping itu, Bank telah menyediakan proses tuntutan di bawah elaun kesulitan banjir untuk produk bankasurans terpilih yang ditaja jamin oleh rakan kongsi insuransnya. Ini akan membolehkan rakan kongsi insurans mempercepatkan pemprosesan tuntutan.

Untuk mendapatkan program bantuan UOB Malaysia, pelanggan boleh menghantar permohonan mereka secara dalam talian melalui laman web Bank. Pelanggan individu juga boleh menghubungi talian khusus Bank yang beroperasi 24 jam di 03-2612 8121, manakala perniagaan kecil boleh menghubungi Talian Perbankan Perniagaan UOB di 03-2616 6800. Perniagaan dan pelanggan korporat lain boleh menghubungi pengurus perhubungan masing-masing untuk mendapatkan butiran lanjut dan bantuan.

UOB Malaysia juga menggalakkan pelanggan menggunakan perkhidmatan perbankan digitalnya, termasuk Perbankan Internet Peribadi UOB, UOB Infinity dan aplikasi mudah alih UOB Mighty, untuk keperluan perbankan mereka. Pelanggan yang ingin mengunjungi cawangan di kawasan terjejas banjir dinasihati menyemak laman web Bank terlebih dahulu untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai waktu buka dan operasi.

Murung Mohowongso
Murung Mohowongsohttp://omghackers.com
Hobi saya membeli belah atas talian. Ketagih dalam mengumpul gajet dan semua mainan yang tidak mampu dibeli semasa zaman kanak-kanak dahulu. Akan ambil masa minima 2 minggu membaca review dan buat ulangkaji sebelum membeli sebarang produk. Sangat tidak suka berpura-pura dan juga orang yang berpura-pura. Asertif dan introvert, tapi tak pernah biadap. Hubungi saya di [email protected]

Artikel Terkini

spot_imgspot_img

Artikel Berkaitan

Apa pendapat anda?

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
spot_imgspot_img
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x