Twitter Akan Saman Threads Kerana Melanggar Hakcipta
AMP Ads
Mobile Ads
Home Berita Twitter Akan Saman Threads Kerana Melanggar Hakcipta

Twitter Akan Saman Threads Kerana Melanggar Hakcipta

0
Mobile Ads

Susulan pelancaran Threads by Instagram oleh META (Mark Zuckerberg), Twitter (Elon Musk) akan mengambil tindakan undang-undang ke atas platform baru itu. Ini kerana, Twitter mendakwa Threads telah melanggar hakciptanya dengan meniru platform burung biru tersebut. Threads adalah platform media sosial baru yang dilancarkan oleh Instagram dan menggunakan sumber terbuka.

Tidak pasti sama ada tindakan undang-undang ini akan dibenarkan mahkamah ataupun tidak. Jika mahkamah membenarkan tuntutan ini, kesannya bukan hanya kepada Threads, tetapi kepada banyak lagi media sosial sumber terbuka yang lain.

Contohnya, Mastodon yang juga menggunakan konsep yang hampir sama seperti Twitter. Mastodon adalah platform media sosial alternatif kepada Twitter dan dicipta pada tahun 2016. Mastodon ditubuhkan oleh Eugen Rochko dan berita penubuhannya telah diumumkan di Hacker News. Bekas CEO Twitter, Jack Dorsey juga cuba bersaing dengan bekas syarikatnya, Twitter dengan melancarkan platform media sosial baru, Bluesky.

Mobile Ads

Apa pendapat anda?Cancel reply

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
wpDiscuz
0
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x
Exit mobile version