HONOR X7b, telefon pintar 5G kini di kedai seluruh negara pada RM899
AMP Ads
Mobile Ads
Home Berita Siaran Akhbar HONOR X7b, telefon pintar 5G kini di kedai seluruh negara pada RM899

HONOR X7b, telefon pintar 5G kini di kedai seluruh negara pada RM899

0
Mobile Ads

KUALA LUMPUR, 25 April 2024 – HONOR X7b 5G yang dinanti-nantikan kini boleh dibeli di kedai seluruh negara. Hadir dengan RAM 16GB dan storan 256GB, telefon pintar 5G ini mempunyai storan terbesar dalam kelasnya. HONOR X7b 5G didapati dalam dua warna menarik iaitu Crystal Silver dan Emerald Green pada harga RM899.

Telefon pintar ini boleh didapati di pelbagai platform termasuk laman web rasmi HONOR, Kedai HONOR, Shopee, Lazada, TikTok Shop dan pengedar sah Harvey Norman, Senheng, SenQ dan Urban Republic.

Kepada mereka yang ingin memiliki HONOR X7b 5G menerusi syarikat telekomunikasi boleh melanggan Pelan Yes Infinite+ Basic Postpaid untuk RM58 sebulan dan dapatkan telefon pintar ini secara percuma! Selain itu, HONOR X7b 5G boleh dibeli pada harga RM139 sahaja dengan langganan Pelan U Mobile U Postpaid 98.

Pelajar atau pengguna yang mencari telefon pintar berprestasi baik, storan besar dan bateri tahan lama pada harga bajet, HONOR X7b adalah telefon pintar yang sangat ideal. Dengan 5G untuk kelajuan internet, masa responsif cepat dan sambungan lebih baik untuk kecekapan penggunaan yang menyeluruh.

Golongan yang gemar mengambil gambar, mendengar muzik sepanjang masa dan menonton video dalam talian, HONOR X7b 5G mempunyai storan 256GB yang boleh menyimpan sehingga 56,000 gambar, 22,000 lagu atau 900 video HD. Pengguna tidak lagi perlu bimbang tentang kehabisan storan! 

Selain itu, ciri HONOR RAM Turbo menjadikan 8GB RAM bertindak seperti 16GB, sekaligus melancarkan penggunaan pelbagai aplikasi tanpa sangkut. Manakala bateri kapasiti besar 6,000mAh membolehkan penggunaan sehingga tiga hari dengan sekali cas. Pengguna sudah tidak perlu sentiasa membawa pengecas apabila keluar rumah dan bimbang bateri cepat habis.

Ciri lain yang mengagumkan adalah Kamera Utama 108MP dengan sensor 1/1.67 inci yang besar untuk merakam gambar menakjubkan walaupun dalam keadaan cahaya malap. Telefon ini juga mempunyai Mod Potret dengan zum 2x serta keupayaan merakam multi video secara serentak.

Tambahan pula, HONOR X7b meningkatkan pengalaman hiburan dengan keupayaan audio yang termaju. Pembesar suara dwi stereo menghasilkan volum 200% lebih tinggi menerusi teknologi audio HONOR yang inovatif.

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.honor.com/my/  

Mobile Ads

Apa pendapat anda?Cancel reply

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
wpDiscuz
0
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x
Exit mobile version