Pemilik Stor Ini Cuba Mempertahankan Haknya Di Mahkamah Untuk Menjual
AMP Ads
Mobile Ads
Home Berita Pemilik Stor Ini Cuba Mempertahankan Haknya Di Mahkamah Untuk Menjual ‘Kodi Box’

Pemilik Stor Ini Cuba Mempertahankan Haknya Di Mahkamah Untuk Menjual ‘Kodi Box’

0
Mobile Ads

Seorang peniaga nekad mempertahankan ‘haknya’ untuk menjual ‘Android Box’ meskipun diancam dengan tindakan undang-undang ke atasnya.

Brian Thompson, menjadi individu pertama yang didakwa atas kesalahan menjual Android Box di UK, yang membolehkan penggunanya menonton saluran-saluran televisyen berbayar secara percuma.

Beliau dikatakan bertindak sedemikian selepas didakwa oleh Pihak Berkuasa Tempatan di negerinya dan berniat ingin mengetahui sama ada benar apa yang sedang beliau lakukan itu adalah salah di sisi undang-undang.

“Apa yang saya ingin tahu ialah adakah saya melakukan apa-apa yang menyalahi undang-undang. Saya sedar ianya masih belum jelas tetapi saya mahukan keputusan dalam bentuk hitam putih”.”Saya bersedia menerima keputusan mahkamah tetapi buat masa ini setahu saya, saya tidak melanggar undang-undang”, kata Brian Thompson.

Menurut pandangan beliau lagi, beliau tidak mengaku bersalah kerana ‘Android box’ yang dijual tidak hadir bersama Kodi atau lain-lain aplikasi yang seumpama dengannya. Perbuatan memuat turun aplikasi, menggunakan ia untuk memuat turun sesuatu yang mempunyai hak cipta adalah salah, namun beliau hanya sekadar menjual Android Box yang ‘kosong’.

Brian akan didakwa di Mahkamah Teeside pada minggu depan.

Via : The Northern Echo

Mobile Ads

Exit mobile version