Instagram Buat Aplikasi "Twitter" Mereka Sendiri: Threads by
AMP Ads
Mobile Ads
Home Berita Instagram Buat Aplikasi “Twitter” Mereka Sendiri: Threads by Instagram

Instagram Buat Aplikasi “Twitter” Mereka Sendiri: Threads by Instagram

0
Mobile Ads

Mark Zuckerberg sah akan berlawan dengan Elon Musk dalam beberapa siri kenyataan balas di antara kedua-dua tokoh ini. Elon yang juga merupakan pemilik terkini Twitter dikatakan sudahpun mendapatkan khidmat petarung MMA terkemuka untuk melatih dirinya dalam perlawanan menentang Mark Zuckerberg, pemilik META.

Namun, belum pun sempat keduanya bergocoh dalam gelanggang, Mark Zuckerberg terlebih dahulu memberi buah pukulnya kepada Elon Musk dengan melancarkan platform Twitter copy orinya sendiri iaitu Threads. Threads telah dilancarkan semalam dan ironinya, ia sangat mirip dengan Twitter dengan beberapa elemen yang dibawa daripada Instagram. Mark dilihat menggunakan ‘secret move’nya lebih awal iaitu tiru idea orang lain, dan jadikannya produk sendiri. Sama seperti Facebook. 😌

Format hantaran, muka depan profil dan interaksi dalam aplikasi sangat mirip dengan Twitter. Ikon, font dan pemampatan gambar bagaimanapun, mengambil mekanik daripada Instagram. Dalam Threads, hantaran anda akan dipanggil “thread” dan bukannya “post” lagi seperti di Instagram. Saya dah pun membuka akaun saya di Threads. Pendapat saya, Threads sangat sesuai bagi mereka yang tak reti guna Twitter, tapi fefeeling nak guna Twitter.

 

Follow saya, Murung Mohowongso di Threads:
https://threads.net/@murung.mohowongso

Threads Rasmi OMG! Hackers?:
https://threads.net/@omghackerscom

“INI THREAD”

Mobile Ads

Apa pendapat anda?Cancel reply

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
wpDiscuz
0
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x
Exit mobile version