Assalammualaikum dan selamat sejahtera.
Hari ini saya ingin kongsikan cara untuk “backup” dan “restore” pengaktifan Microsoft Windows 8 dan Microsoft Office. Kenapa perlu “backup” pengaktifan? Kerana setiap kali kita pasang-semula “re-install” windows dan office, kita perlu aktifkan produk tersebut semula. OK, kita terus sahaja kepada tujuan kita.
1. Pergi ke “C:WindowsSystem32spp” dan backup folder “store” yang ada dalam itu. Simpan folder tersebut di dalam USB drive ataupun muat-naik ia ke stor awan (cloud storage) anda untuk keselamatan.
Nota: Pengaktifan windows 8 dan office disimpan dalam folder yang sama iaitu “store“, manakala pengaktifan office untuk windows 7 pula disimpan pada folder “C:ProgramDataMicrosoftOfficeSoftwareProtectionPlatform“. Backup untuk pengaktifan Windows 7 tidak di sertakan kerana Windows 7 ada DAZ loader yang sangat berkesan. Jadi tidak berapa risau sangat pasal pengaktifan.
Perhatian: Berkemungkinan folder store itu disembunyikan (hidden), jadi anda buka “folder option”, pilih “view”, tandakan “show hidden file”, buang tanda tick pada “Hide protected system files”.
2. Pastikan terdapat fail tersebut di dalam folder “store” iaitu:
– 1 fail “data.dat” yang di sembunyikan (hidden)
– 1 fail “token.dat“
– 1 folder cache yang terdapat fail “cache.dat” di dalamnya.
3. Format dan re-install windows. Selepas masuk ke desktop, jalankan “Command Prompt as Administrator” dan taip “slmgr -upk” untuk membuang default product key yang sudah terpasang. Windows akan menjadi tidak berlesen (unlicensed).
4. Selepas langkah 3 di atas, anda perlu reboot dalam “safe mode“. Cara paling mudah jalankan “run” dan taip “msconfig“. Pilih tab “boot” dan tandakan “safe boot” pilih “minimal“. Klik apply dan restart apabila diminta.
5. Selepas PC boot dalam safe mode, jalankan “Command Prompt as Administrator” dan taip “net stop sppsvc” untuk menghentikan servis Software Protection Platform (spp). Kadang kala kamu akan mendapat mesej “it’s already stopped and not running”.
6. Pergi ke folder “C:WindowsSystem32spp” dan gantikan folder “store” dengan folder yang kamu telah backup itu tadi dengan cara copy-paste dan pilih replace all.
7. Jalankan msconfig semula dalam safe mode tersebut dan pilih “normal startup” pada tab general. Klik apply dan restart apabila diminta.
8. Apabila sudah log masuk ke desktop, anda akan dapati watermark evaluation sudah pun hilang. Periksa semula pengaktifan dengan menjalankan perintah “slmgr /xpr” di Command Prompt.
p/s: saya menggunakan cara manual kerana Advance Token Manager tidak dapat backup activation saya walaupun sudah restart PC beberapa kali. Harap tutorial ini dapat membantu untuk mereka yang mempunyai masalah yang sama..
sekian..