Friday, 19 September 2025
UtamaEditorialTular di Media Sosial Mesin Terminal Pengesahan Subsidi Petrol yang Baru

Tular di Media Sosial Mesin Terminal Pengesahan Subsidi Petrol yang Baru

Views: 2

Kita dah masuk zaman AI, tak kanlah nak beratur lagi macam zaman 90an?

Tak dipastikan kesahihannya, tapi dalam video yang lain dengan mesin yang sama, individu dalam video beberapa kali menyebut ia adalah sistem pengesahan untuk BUDI. Pada siapa yang sudah lupa, BUDI adalah skim bantuan subsidi bagi bahan api kenderaan.

Video: https://www.facebook.com/61577344192525/videos/1478616716785502

Jika benar maklumat tular ini? Amatlah memalukan sekali. Dalam pada kita sibuk menggembar-gemburkan kemajuan kita dalam IoT dan AI, kita kembali ke tahun 90an di mana kita semua perlu beratur di kaunter untuk membeli petrol dan diesel.

Macam yang pernah kami cadangkan lama dulu. Syarikat petroleum negara, angsa emas kerajaan, PETRONAS sudahpun memiliki sistem pembayaran petrol terbaik di dunia setakat ini dengan aplikasi Setel. Setel bukan sahaja cepat dan mudah, malah berfungsi sebagai e-dompet di bawah seliaan BNM. Yakni, setiap akaun sudahpun dilengkapi ciri pengesahan kad pengenalan dan eKYC.

Setel, aplikasi Petronas bertaraf SuperApps. Kita boleh tahu di mana bahan api dibeli, stesen mana, jumlah bahan api dibeli, masa dibeli, jenis bahan api yang dibeli. Malahan, pam nombor berapa kita beli pun boleh diketahui dari sistem Setel! Mudah kerja kerajaan!

Jadi, mengapa perlu ke kaunter lagi? Tidakkah semuanya sudah boleh diimplementasikan secara terus dengan Setel? PETRONAS itu pun bukan orang lain, ‘provider’ utama kerajaan juga. Apalah salahnya jika PETRONAS dapat sedikit kelebihan?

Kerajaan dan rakyat sudah banyak mengambil hasil daripada PETRONAS. Ketika pandemik, PETRONAS antara tabung kecemasan kerajaan untuk menggerakkan semula ekonomi dalam negara. Dalam keadaan PETRONAS yang getir sekarang dilanda kerugian, bila lagi masa untuk kita membalas budi?

Ada ramai juga yang marah dengan cadangan kami dulu. Kononnya ia langkah yang menghapuskan persaingan.

Mungkin dia lupa atau tak ambil tahu perkembangan dunia luar. Di Indonesia, PERTAMINA diberi hak ekslusif menjual Ron92 yang jadi pilihan rakyat marhaen. Di Arab Saudi, Aramco jadi pengelola tunggal untuk semua aktiviti upstream. Di Arab Saudi dan Bulgaria, hanya syarikat petrol milik kerajaan yang dibenarkan menjual petrol dengan harga subsidi. Di China, Rusia dan Iran, stesen minyak kerajaan boleh menjual petrol mereka dengan harga lebih murah dari pesaing asing dalam pasaran terbuka kerana layanan istimewa pelepasan cukai dan bantuan kewangan kerajaan.

Di Malaysia, kita terlalu baik hati. Syarikat kita nak tembusi pasaran asing punyalah payah. Tapi syarikat asing boleh masuk ke Malaysia mudah-mudah. Apalah salahnya kalau orang ingin tebus subsidi BUDI di syarikat petrol asing kena beratus di kaunter, tapi kalau di PETRONAS boleh Setel saja?

Bukannya kita menafikan dan membuang terus subsidi di syarikat petrol asing. Tapi mereka tidak layak mendapat layanan istimewa. Kalaupun mereka ada aplikasi petrol sendiri, mereka tidak layak diberi akses kepada API dan sistem BUDI kerajaan. Dengan kawalan undang-undang keselamatan data kerajaan Malaysia yang lemah, tak payahlah buat tambah masalah dan sakit kepala. Nanti bocor lagi data BUDI, semua menggelupur salahkan orang itu dan ini.

Aplikasi e-Dompet milik tempatan lain seperti TnG e-Wallet pun apa kurangnya? Sudah berdaftar dengan BNM dan dilengkapi ciri eKYC untuk pengesahan pengenalan diri dan MyKad.

Cadangan kami di OMGH mudah. Di syarikat petrol asing, kalau nak tebus subsidi kena beratur di kaunter untuk tap MyKad di mesin. Kalau di PETRONAS, guna Setel saja. Mudah kan? Tak kan tak boleh buat? Ingat, PETRONAS yang tanggung separuh perbelanjaan tahunan kerajaan tau? Bukan Shell, bukan Petron, bukan Caltex, bukan BuraqOil.

PETRONAS, angsa emas negara yang perlu dijaga dan dipertahankan…

Syarikat petrol lain yang layak pun saya fikir mungkin Smart Stream yang sebahagiannya dimiliki oleh koperasi FELDA. Tapi Smart Stream setahu saya tak ada aplikasi mereka sendiri.

Jika dulu kerajaan boleh salurkan kredit e-tunai RM30 kepada warganegara dengan menggunakan mekanisme pengesahan e-dompet dan eKYC, saya tak nampak perkara yang sama tidak boleh dilaksanakan juga dengan kredit subsidi minyak. Bukankah insentif e-tunai RM30 dulu pun kerajaan boleh tetapkan had lokasi dan barangan yang boleh dibeli menggunakan kredit e-tunai?

Dulu pun kerajaan dah pernah buat kan… Agihan kredit terus ke e-Dompet masing-masing. Hanya perlu buat pengesahan eKYC dan MyKad saja. Sekarang kan dah ada MyDigitalId? Sepatutnya jadi lebih senang.

p/s: apa jadi dengan PADU? Bila lagi nak guna MyID? Tak kanlah dah susah payah buat pendigitalan, nak kena beratur macam zaman pen dan kertas lagi?

Murung Mohowongso
Murung Mohowongsohttps://omghackers.com
Hobi saya membeli belah atas talian. Ketagih dalam mengumpul gajet dan semua mainan yang tidak mampu dibeli semasa zaman kanak-kanak dahulu. Akan ambil masa minima 2 minggu membaca review dan buat ulangkaji sebelum membeli sebarang produk. Sangat tidak suka berpura-pura dan juga orang yang berpura-pura. Asertif dan introvert, tapi tak pernah biadap. Hubungi saya di mm@omghackers.com
RELATED ARTICLES
Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
- Advertisment -

Most Popular

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x