More

    TSMC, Pembuat Cip Apple Beri Amaran Penutupan Kilang

    TSMC ataupun nama penuhnya Taiwan Semiconductor Manufacturing Company menjadi tumpuan utama dalam perbalahan semasa antara US dan China. Konflik bermula apabila jurucakap US membuat lawatan ke Taiwan baru-baru ini.

    China menganggap lawatan US ke Taiwan adalah campur tangan dalam polisi negara China ke atas Taiwan. China masih lagi mengaku wilayah Taiwan di bawah jajahannya. US pula, secara terbuka sering menyokong polisi dan usaha Taiwan untuk merdeka daripada China.

    Pelosi telah melakukan lawatan ke Taiwan.

    Pengerusi TSMC, Mark Liu berkata dalam wawancaranya, sekiranya China menceroboh Taiwan, kilang pembuatan cip termaju di dunia itu akan mengalami kegagalan untuk beroperasi. Tambahnya lagi, TSMC memerlukan perhubungan global untuk terus beroperasi dari segi bahan mentah dan rangkaian ekonomi. Tiada pihak yang boleh mengawal TSMC dengan kekerasan. Sebarang campur tangan akan menyebabkan TSMC gagal meneruskan operasi.

    Liu turut mengulas mengenai peperangan Russia-Ukraine yang telah menyebabkan gangguan rangkaian bekalan global. Walaupun dalam konteks berbeza, menurutnya lagi perkara sama akan terjadi kepada bekalan cip dunia sekiranya mana-mana pihak ingin mengadakan peperangan di Taiwan.

    Sebagai maklumat, TSMC adalah pengeluar cip utama bagi Apple dan Qualcomm yang berpusat di Amerika Syarikat. TSMC bertanggungjawab terhadap lebih daripada 50% bekalan cip dunia.

    Murung Mohowongso
    Murung Mohowongsohttp://omghackers.com
    Hobi saya membeli belah atas talian. Ketagih dalam mengumpul gajet dan semua mainan yang tidak mampu dibeli semasa zaman kanak-kanak dahulu. Akan ambil masa minima 2 minggu membaca review dan buat ulangkaji sebelum membeli sebarang produk. Sangat tidak suka berpura-pura dan juga orang yang berpura-pura. Asertif dan introvert, tapi tak pernah biadap. Hubungi saya di [email protected]

    Artikel Terkini

    Artikel Berkaitan

    Subscribe
    Notify of
    guest

    0 Comments
    Inline Feedbacks
    View all comments
    0
    Would love your thoughts, please comment.x
    ()
    x
    %d bloggers like this: