Saya antara peminat tegar Xiaomi. Selain daripada harga telefon pintar yang kompetitif dan kebolehan untuk unlock bootloader, MIUI juga masih lagi mengekalkan kebolehan pengguna untuk melakukan pelbagai modifikasi sistem.
Contohnya, VoWiFi. Di Malaysia, telco sudahpun menyokong VoWiFi. Namun, pilihan ini hanya disokong secara rasmi di beberapa model telefon terpilih. Akan tetapi, jika anda menggunakan MIUI, anda boleh membuka sendiri pilihan ini dengan cara unlock VoWiFi. Mudah saja.
Untuk Unlock VoWiFi:
- Buka aplikasi Phone
- Taip *#*#869434#*#*
- Popup “VoWiFi carrier check was disabled” akan muncul
- Buka tetapan Sim Card anda dan hidupkan pilihan untuk membuat panggilan menggunakan Wi-Fi.
- Restart mungkin diperlukan.
Untuk Unlock VoLTE:
- Buka aplikasi Phone
- Taip *#*#86583#*#*
- Popup “VoLTE carrier check was disabled” akan muncul
- Buka tetapan kad sim dan aktifkan togol VoLTE
- Restart telefon anda
VoWiFi hanya berfungsi pada WiFi yang menyokong VoWiFi. Contohnya, saya menggunakan nombor Celcom. Saya menggunakan Wi-Fi Unifi Mobile menggunakan hotspot. VoWiFi dapat digunakan kerana Unifi Mobile menyokong VoWiFi.
Sekiranya VoWiFi tidak aktif juga, anda berkemungkinan masih lagi menggunakan kad sim lama dan tidak menyokong fungsi ini. Anda perlu menukar kad sim anda kepada kad sim baru yang menggunakan cip lebih maju.