Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Maaf lama menghilang, tambahan tengah praktikal also pencarian bahan untuk anda semua.
Dengan ini saya nak mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Hari Raya, maaf jika ada komen2 anda yang saya tidak balas, post2 yang lama.
Jika hendak bertanya mengenai post2 yang lepas, boleh komen disini. :)
Ok, berbalik topik asal kita, Windows 10.
Kenapa mereka tidak buat Windows 9?
Mengikut kajian dan fahaman saya, Microsoft telah mengeluarkan Windows 95 dan 98.
Sekiranya Windows 9, program akan mengesan versi Windows yang lama, iaitu 95 dan 98.
Untuk maklumat lanjut > Why is it called Windows 10 and not Windows 9?
Sebelum final release Windows 10, Microsoft mengeluarkan Windows 10 versi “Technical Preview” untuk para2 developer dan orang ramai mencuba dan melaporkan ralat yang terdapat dalam versi tersebut.
Saya turut mencuba tetapi berakhiri dengan kecewa.
Kerana pada masa itu icon kartun, dan program2 tak support Windows 10 lagi.
Apabila mendapat invite free upgrade Windows 10, saya pun bertanya atuk Google, lalu jatuh cinta dengan Windows 10.
Tapi malang sekali kerana notebook saya model lama, iaitu HP Compaq nx6330.
Driver graphic, ATI Mobility Radeon X1300 tidak compatible dengan Windows 10 ( Windows 7, 8, 8.1 turut sama ) jadi tak dapat lah free upgrade.
Setakat disitu kisah sedih saya dan notebook saya.
Saya akan mengulas sedikit tinjauan saya mengenai Windows 10 ini dan bezakan dengan Windows 8.1. Kenapa W8.1? Sebab saya guna W8.1 sebelum ini. Hehehe.
Saya akan mengulas mengenai :
-
- StartMenu with MetroUI
-
- Desktop Apps
-
- Notifications
-
- Settings
-
- Welcome Login
-
- Windows Update
-
- Windows Defender
-
- TaskView dan Multitasking
- Pembantu Peribadi ( Personal Assistant )
StartMenu with Metro UI
Sebelah kiri itu Start Menu with MetroUI pada Windows 8.1 Update 1 manakala sebelah kanan itu ialah Windows 10.
StartMenu Windows 10, Microsoft kembalikan semula Start Menu, tapi dalam versi baru. :3
Jika anda klik kanan pada logo Windows, masih ada pilihan menu seperti Windows 8.1. Rujuk gambar dibawah.
Malang sekali tidak boleh besarkan lagi MetroUI tu hanya boleh kecikkan je -_-, melainkan anda buat full MetroUI seperti ini. Hahaha
Desktop Apps
Seperti anda lihat Desktop Apps pada Windows 8.1, sama sahaja dalam Windows 10.
Ada beberapa apps yang ditukarkan nama serta design baru :)
Seperti Groove Music ( former Music ). Boleh rujuk gambar dibawah.
Windows 8.1, Desktop Apps dia running paparan penuh kan? Tetapi dalam Windows 10, ia tidak running paparan penuh. Contoh saya sertakan dengan aplikasi muzik, Groove Music.
* Boleh import playlist iTunes lagi :P
Anda mesti terfikir, adakah Internet Explorer masih lagi terdapat dalam Windows 10?
Ada, tetapi diperbaharui, didesignkan semula. Nama barunya ialah Microsoft Edge.
Edge jauh lebih baik dari IE dan lancar serta diberikan pilihan tema, light atau dark.
Saya suka dark, nampak jahat sedikit. Hahaha. Boleh lihat gambar dibawah.
Peta dalam Windows 10 juga agak cantik dan mudah untuk digunakan.
Saya turut guna Google Maps dan Apple Maps. Google Maps masih lagi pilihan pertama saya :3
Kalau notebook anda ada GPS sedap lah guna kan :D. Gambar Peta dibawah.
Kalender dalam Windows 10 memudahkan kerja kita. Ia turut sync kalender kita termasuk email yang berada tepi tab Kalender.
Jika anda sync Kalender phone anda, ia boleh sync dengan notebook anda. Janji akaun email sama. :). Gambar dibawah
Notification
Dalam Windows 10, anda boleh lihat notification yang keluar dekat screen anda.
Seperti telefon anda, lihat mesej yang masuk, juga terdapat QuickSettings untuk memudahkan kerja kita.
Seolah2 macam guna telefon kan? Ada notification, Quick Settings malah boleh clear notification. Hahaha. Gambar dibawah.
Settings
Ia lebih kurang macam Windows 8.1, tetapi lagi simple dari Windows 8.1.
Settings Windows 10 design baru dan mesra pengguna.
Mungkin bagi mereka yang sudah biasa pakai Windows 8.1, tidak berasa janggal dan akan rasa Windows 10 lagi memudahkan urusan kita berbanding dengan Windows 8.1
Bagi mereka yang daripada Windows XP, Vista, or 7, mungkin akan berasa janggal dan pening nak guna. Tidak mengapa, lama2 anda akan paham dan berasa ia lebih memudahkan urusan kita berbanding Windows2 sebelum ini. Gambar dibawah.
Phone Companion
Dalam Windows 10 juga terdapat Phone Companion, di mana anda boleh pindahkan data2 dalam telefon pintar anda pada notebook anda.
Terdapat 3 OS yang terdapat dalam Phone Companion ini iaitu Windows, Android dan iOS.
Terdapat pelbagai features terdapat dalam Phone Companion ni. Cortana juga support untuk ketiga2 OS dalam Phone Companion. Gambar dibawah.
klik untuk lebih jelas
Welcome Login
Welcome Login Windows 10 memang perubahan ketara dengan Windows 8.1.
Seolah2 ia meniru login Windows 7 dan seperti Windows 8.1, anda boleh setkan password Windows anda dengan PIN, Password, serta Picture Password malah anda juga boleh login masuk Windows anda menggunakan akaun email Hotmail anda :D. Gambar dibawah
Windows Update
Adakah anda teringat Windows Update versi ini?
Versi ini boleh didapati dalam Windows Vista, 7, 8 dan 8.1.
Sila rindukan versi ini kerana dalam Windows 10, ia versi baru ( Windows 8/8.1 turut ada versi ini )
Versi baru Windows Update ini memudahkan kerja kita. Jika kita tidak gunakan notebook kita pada jangka masa panjang, ia akan restart notebook anda secara automatik dan terdapat option baru iaitu Defer upgrades dan Get Insider builds.
Defer upgrades tu maksud tangguh upgrade. Jika anda enable benda ni, anda tidak akan dapat install atau download features baru Windows dalam masa beberapa bulan.
Get Insider builds pula ialah macam tester lah. Jika tekan Get started, maka future update dan improvements Windows, andalah orang pertama dapat dan maklumbalas jika terdapat sebarang ralat dalam update tersebut. Gambar dibawah
Windows Defender
Sebelum ini Windows Defender dikenali sebagai Microsoft Security Essentials. ( dalam Windows 7 tak silap saya WDefender ini ada tapi sebagai sokongan pada AntiVirus. Perasan bila 1st time update Windows 7 selepas format ).
Apabila masuk Windows 8/8.1, MSE dinaiktarafkan sebagai WDefender. Tetapi kekurangan ciri2 MSE iaitu klik kanan untuk scan. Maka kena guna cara manual. ( Buka AV, pilih Custom dan Scan Now, tick driver mana anda nak scan virus ).
Dalam Windows 10, Windows Defender ini tidak terlalu banyak perubahan dia. Cuma nak masuk Settings WDefender ni kita kena masuk Settings Windows 10. Seperti gambar diatas, bawah Windows Update tu terdapat Settings Windows Defender. Gambar dibawah
TaskView dan Multitasking
Dalam Windows 10, terdapat TaskView yang mana anda boleh tambah desktop anda. ( Ciri2 ini terdapat dalam Linux/Ubuntu. Ehem2 -_- ).
Multitasking pulak berbeza dengan Windows 8/8.1. Jika anda ubah software anda kepada mode Multitasking, ia akan tunjuk benda apa yang nak dibuka untuk berjiran dengan 1st program tadi. Gambar dibawah, kiri TaskView dan kanan Multitasking.
Pembantu Peribadi ( Personal Assistant )
Jika dalam telefon pintar, terdapat Google Now, Siri dan Cortana.
Windows 10 juga ada pembantu peribadinya, iaitu Cortana sama seperti Windows Phone.
Jika anda nak guna feature ini, kena tukar languages, speech language dan Country ataupun Region kepada English ( United States ) baru boleh guna :P. Gambar dibawah
Setakat ini sahaja tinjauan saya mengenai Windows 10.
Maaf ini tinjauan yang ringkas dapat saya buat kerana kekangan masa :(
Jadi, sudahkah anda upgrade kepada Windows 10?
Jika notebook model lama, kenalah MOD graphic driver anda :P
* Jika ada sebarang pertanyaan atau pendapat serta pencerahan boleh komen dibawah jangan segan silu :3.
#SelamatMembaca