Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia.
Entri tentang Ubuntu on KDE tu InsyaAllah akan dibuat, ada kesulitan sikit =(
Jadi saya ganti dengan entri ini ^.P
AMARAN! : Jangan tengok pukul 12 tengah malam entri ni ^.P
Pernah dengar Windows 8 CP?
Windows 8 Consumer Preview atau W8CP ini telah dikeluarkan untuk kaki2 OS untuk mencuba.
Ada yang mengatakan ia sesuai untuk tablet. Ya, betul sebab konsep Metro UI itu tersendiri.
Boleh pakai kat PC/Netbook/Notebook tetapi kekekokkan terserlah disitu ^.P
Tersedia maklum, Windows 8 CP ini ada manis dan pahitnya tersendiri.
Nak tau?
Tapi ini berdasarkan pendapat dan hasil robek2 sikit ^.P
Jika bercanggah harap maaf. ( lain orang lain cita rasa ^.P )
Let’s GO!
Kelebihannya :
1. Startup yang laju.
Memang terkedu la, bagi saya laju sikit dari Windows 7. Dah laju, tambah pula MetroUI yang menyenangkan orang. ( Jika 1st guna, sapu minyak cap kapak kat hidung ” pening2 ” )
Ini SS yang digunakan hanya menekan ” prt sc ” di keyboard ^.P ( Snipping Tool ada sesetengah port tak boleh guna ==” kena guna OLD SCHOOL ^^ )
ok, ini SS Metro UI Windows 8. Bagi yang tak tahu apa itu Metro UI ( bukan Metro Ahad ==” ) > klik Sini ^.P. Jika pakai tablet puas hati kot, boleh slide2 ^^ serta boleh drag susun ikut suka hati anda ^^
Bukan itu saja, malah boleh ZOOM OUT Metro UI ni..^.P
Ini SS W8 saya. Serabut tak? ^.P
2. Music Player
Music player dia ni, SIMPLE saja. dengan UI tak serabut, sedap mata memandang. Cara nak main lagu, klik kat folder la. Kena sync2 apa tah. Boleh play seperti biasa di Windows Media Player hanya klik kanan, pilih open with > Windows Media Player ^.P. Ini SSnya
Volume UP dan DOWN simple saja. Macam Notebook antik saya ni, tekan hotkey keluar dua skali..==”
( HP Quick Launch Button Volume dengan Volume Metro UI )
3. Photo Preview
Agak simple kerana tak ada banyak butang dan UI yang menyemakkan kepala. ( untuk orang yang nak tengok saja bukan edit ). Hanya boleh tengok saja lah, fullscreen punya gambar =)
Ini SSnya ^.P
Ini contoh kita preview menggunakan Photos punya apps. Boleh tengok preview macam windows besa, ” Windows PhotoViewer “
- Internet Explorer 8 = Windows XP
- Internet Explorer 9 = Windows Vista / 7
Tapi, untuk Windows 8 ini, Internet Explorer 10. Yang diwar2kan laju dan selesa. Ya ka?
UI IE 10 tak lari jauh dengan UI IE 9. Tak caya? Mai tengok
Tak adil depa boleh buat, kita tak leh ==” ( ke boleh buat..hehehe ^.P )
Itu Metro UI untuk IE 10 ( rasa2nya tablet kot. sentuh2 katakan ” multitouch ” )
5. Installing
Daripada Windows2 sebelum ini, Windows XP bila kita cucuk USB *tenong* keluar pop banyak2 kan?
Windows Vista dan 7 disatukan jadi 1 pop out, dalam tu akan bagi kita detail2 install driver. Windows 8 lak, special sikit, macam install program pulak. Walhal nak install USB or driver ja ^.P
Menarik bukan?
6. UI Desktop
UI atau User Interface ( maafkan saya jika silap ) desktop Windows 8 ni menyerupai Microsoft Office 2010 ==”
1st guna kekok, 2nd guna gelak, 3rd guna pening ==”
UI menarik dan mudah untuk cari. ” tak sorok2 aaa “
Ini sedikit SS UI Desktop ini ^^
Lihatlah, sekali pandang macam M$ Office 2010. hahaha ^.P
UI Windows 7 still ada. Iaitu tree sebelah tu, dengan detail disk. Lainnya logo windows di disk tu =)
Tadaaa..Microsoft Words 2010 on Windows 8. Tengok tab File dengan tab UI desktop atas..sama tak? hehehe
Program Microsoft Office 2010 tiada masalah kat Windows 8 ni.
Saja nak share..hehehe..^.P
Ini punya program tiada masalah. Windows 8 sememangnya disediakan Framework 4. Jadi boleh ja guna. Dengan syarat, Windows Defender haruslah untick Real Protection tu. ( ia detect oo )
Paint pun menarik, dah nak macam program Paint PRO ja.hehehe
Simple, senang guna serta tak serabut kepala anda yang sedia maklum kusut.hehe ( jangan marah ^.P )
dan ini bukak folder Music. Tersedianya Music Tools untuk kita pilih sama ada Play? Play All? Add Playlist?
Logo headset tu comel gitu ^.P
7. Store
Ingat Google dengan Apple saja ada Play Store dengan App Store, M$ pun ada.
Store M$ ni ada Free ada Bayar =) Tak caya? Tengok bawah =)
Teringat daku pada Play Store ^.P
Baru lagi kot, tu tak banyak sangat apps =(
8. User
Yang ini menarik.
Anda boleh buat akaun sama ada User Account ( PC ) or Microsoft Account ^.P
Tak caya?
Ini SSnya
Bila anda buat Microsoft Account, ia akan menggunakan email dan password email anda sebagai login PC. Jika email anda aga gambar, automatic dia sync ^^. Kalau dah ada account Hotmail, tak apa, tak kena register ^.P ( tertanya2 la, kalau tak ada internet takpa ka? >.< )
9. Personas
Ingat Firefox ja ada Personas. Windows 8 ni pun ada juga pun =)
Anda dibekalkan 8 warna. Perubahan warna itu mempengaruh Metro UI anda setting dan lain2 fungsi, kecuali desktops, itu pakai Windows Colour ^.P
Lihat SS dibawah =)
UI yang tersusun, semua ada kat situ. Background tak boleh tukar rasanya, pakai yang tu =(
Tambahan untuk Windows 8 ni ada Automatic Colour. Saya tak perasan Windows 7 or Vista ada Auto ni or tak =(
10. .pdf?
Dalam Windows 8 ini, tak perlu risau untuk dokumen2 yang berunsur .pdf kerana dalam Windows 8 dah disediakan ^.P
Menggunakan Metro UI, menarik dan fullscreen =)
Senang bukan?
Tak pakai Adobe Reader or Foxit Reader ok kot..hehehe
Saja share, tera tu ja laptop antik ni teran =(
Ok, dah tengok kelebihan?
Meh kita gerak kelemahan2 Windows 8 Consumer Preview.
Kelemahan :
1. Setting Internet Explorer 10
Setting dia tak jauh beza dengan si Internet Explorer 9 ( Vista / 7 )
Nak kata IE 10 guna UI macam IE versi lama pun betul juga ==”
Ini contoh SS
Biasa2 jer kan? huhuhu
2. Driver Problem
Yang ni mana2 OS pon kacau juga kan? Kecuali sesetengah OS.
Selalu kacau Graphic Driver.
Macam saya ni pakai ATI Mobility Radeon X1300. Windows XP dengan Vista amat cemerlang sekali. Cuma 7 problem, apatah lagi 8 yang pakai data 7, lagi tak support ==”.
Terpaksa pakai Windows punya Graphic.
Sakit hati juga la, Graphic Notebook saya ni 512MB on Windows XP, 6++MB on Windows Vista.
Bila di 8, ==” Tengok lah..sedih rasanya :'(
Driver lain cun dah. Kecuali PCI dengan Mass Storage, itu pun pakai manual.
Ini Display adapters tu, ” Microsoft Basic Display Adapter ” yang mengLOCK resolution 1024 x 786 ==”
Game biasa2 boleh la. Taktau game lain sangkut ka tak ==”
Tengoklah..KECEWA!!! =(
Spoil tentang driver sebab 80% driver support Windows 8. Bugs yang ada Graphic Driver problem.
Bagi saya la.. Anda?
3. Touch Keyboard
Teringin nak sentuh2 screen yang ada keyboard..hehehe..
Pakai mouse pun boleh. Ada bunyi tau. *tac2 hohoho ^.P
Anda tak terasa nak sentuh2..
Rasa nak sambar 1 LCD MultiTouch Screen ==”
Lain2 bugs ( maaf tak ada ss ^.P )
- Sometimes lagging =) ( biasa la, semua OS tak pernah lari dari tu )
- Kebanyakkan function prefer kepada tablet ==”
- Update sikit saja ( mungkin baru lagi )
- Function Windows 8 Consumer Preview untuk PC tak banyak function seperti tablet ==”
- Sesetengah Apps tak support negara kita ==”
- Boleh buat macam video demo tu, tapi boleh tarik jer? tarik separuh tak boleh ==”
Satu lagi,
Ingatkan ada perubahan pada Windows Media Player, rupa2nya ==”
Sama macam Windows 7 ja =(
Kan2??
Dan SS bawah versionnya =)
Oh ya, terlupa satu, tentang Video Player Metro UI,
FULLSCREEN baq hang! hahaha
Tak caya? Tengok SS bawah ^.P
Puas gitu tengok video..^.P
Akhirnya siap juga entri ni.
Panjang dan semak dengan gambar. ^.P
Itu saja tinjauan saya,
” Saya Mei Ax, dari Baring Atas Katil melaporkan untuk OMG! Hackers? “
Kalau ada silap salah, respon yer =)
p/s : maaf jika saya silap. Maaf entri tak seberapa ni =(
Untuk menyedut, klik situ > Windows 8 Consumer Preview
Jangan lupa salin Windows 8 Consumer Preview Product Key.
Meh nak tolong, 2x baca cepat ingat ^.P
DNJXJ-7XBW8-2378T-X22TX-BKG7J
Selamat Menyedut,
Selamat Mencuba,
Selamat Mengguna,
dan Selamat Maju Jaya. ^.P
Tq bro bab bg info yg berguna