Sekiranya anda melayari laman web di komputer, tidak dapat tidak anda akan disajikan dengan pelbagai iklan-iklan yang kadangkala dilihat agak mengganggu anda dalam tugasan ataupun dalam menyempurnakan tujuan anda melayari internet.Tidak kira sama ada untuk tujuan santai, mencari maklumat, menyelesaikan tugasan, ataupun kerja-kerja rasmi.
Bagi pengguna yang lebih terkehadapan dalam kemahiran IT, sudah tentunya anda akan memasang extension adblocker di pelayar web masing-masing. Secara peribadi juga, saya menggunakan pelbagai pelayar web dan extension untuk tujuan yang berbeza-beza.
Namun, dengan lambakan penyedia adblocker di dalam store, semakin sukar untuk kita memilih extension yang benar-benar memenuhi keperluan. Maka, kebanyakan orang juga akan memasang extension yang berasingan untuk laman web yang berasingan bagi mengelakkan iklan-iklan daripada mengganggu tugas mereka. Contohnya, satu adblocker untuk membaca blog, satu extension untuk menonton video di youtube tanpa gangguan iklan di pertengahan video dan satu lagi extension sebagai Anti-Adblock Killer.
Masalah timbul apabila ada pembangun extension yang menyenarai putih beberapa iklan setelah dibayar oleh pembekal iklan dan juga masalah penggunaan memori yang banyak apabila anda terpaksa memasang lebih daripada satu adblocker pada satu-satu masa. Untuk artikel kali ini, saya menggunakan pelayar web Google Chrome dan extension uBlock Origin.
Sekiranya anda perasan, extension ini tidak sekuat yang anda inginkan. Masih terdapat popup yang akan keluar dan pengiklanan di youtube masih ada. Jadi, di sini lah FilterList berfungsi.
Cuma klik pada pautan ini, dan mula scroll untuk pelbagai senarai host adblock yang ada termasuklah adblock untuk youtube dan anti adblock. Antara senarai yang saya gemari juga adalah overlay blocker, clickbait blocklist dan anti ransomware tracklist. Dengan FilterList, extension adblocker anda bukan sahaja berfungsi sebagai anti iklan, malahan juga mampu membantu anda mengelak dari jangkitan cecacing web dan virus di laman web yang terjejas.