Views: 1
1. Dulu ada kuota, tuntut mansuh kuota. Kata ramai bumiputera bodoh dapat masuk universiti kerana sistem kuota. Dah hapus kuota, dia tak layak juga.
2. Dulu UiTM permudahkan kemasukan universiti. Dia kata yang masuk UiTM semua bodoh. UiTM pun perketatkan syarat kemasukan dan kelulusan universiti. Dah buat semua ni, dia tak puas hati juga.
3. Dulu kata yang masuk matrikulasi ni semua orang bodoh. Lebih baik ambil STPM. Bila dah ambil STPM, dia tak layak juga. Sekarang, dia nak suruh mansuh matrikulasi pula.
4. Kerajaan jangan layan agenda subversif. Lepas mansuh matrikulasi, mansuh apa lagi? Lepas ni isu apa pula? SPM vs UEC?
5. Lepas SPM, apa pula? SK vs SJK? SBP/MRSM vs sekolah swasta cina? SPM vs STAM? SMJK vs SMKA?
6. Lepas tu? Tadika vs PASTI?
7. Sebaiknya, hapuskan UMANY. Baru betul. Banyak bunyi, hasil tak ada. Bab peneroka haram musang king pun dia nak menyibuk lawan kerajaan.
8. Memalukan betul bila orang besar turun datang mengadap golongan subversif ini walau untuk bergambar. Patut jangan layan terus!
