Buletin Jejes : Terciduk, Ternyata Suspek Pelaku Ejek Lagu Indonesia Adalah Warga Indonesia Sendiri
Polis DiRaja Malaysia (PDRM) hari ini menerusi kenyataan rasmi mereka telah mengesahkan tangkapan seorang suspek berhubung isu penghinaan lagu kebangsaan Indonesia. Penghinaan yang telah menimbulkan pertelingkahan di antara dua negara tersebut telah dilakukan di saluran YouTube My ASEAN.
Video tersebut bagaimanapun telah dibuang tetapi sempat dimuat turun dan disebarkan ke pelbagai platform lain lalu tular. Menurut Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador, suspek adalah seorang buruh warga Indonesia, berumur lingkungan 40-an dan sedang bekerja dan menetap di Sabah. Tiada maklumat lain samada suspek adalah buruh sawit, buruh rumah batu, mahupun buruh loji penapisan sisa kumbahan.
PDRM juga telah memaklumkan mengenai tangkapan ini kepada pihak Polisi Republik Indonesia (POLRI). Menurutnya lagi, suspek akan diadili dan didakwa mengikut undang-undang. Perbuatan menghina lagu kebangsaan ini adalah satu jenayah yang amat berat. Tan Sri Abdul Hamid Bador juga sempat berpesan kepada rakyat Malaysia supaya tidak melakukan perbuatan sedemikian yang boleh menimbulkan perasaan sakit hati rakyat negara jiran.
Apa pun, sekali lagi kita telah membuktikan bahawasanya kita adalah lebih matang dalam bertindak dan tidak cepat melatah. Diharapkan agar para hejes boleh belajar doxxing dahulu sebelum belajar deface supaya tidak berlakunya salah tuduh dan salah sasaran. Kan dah termalu? Tapi nak juga tahu lokasi kediaman suspek. Tak panjat pokok ke cari line? Boleh jadi youtuber tu.