Super Awesome Quest merupakan satu lagi hasil kerja Boomzap. Mengikut penerangan yang telah diberikan kepada saya melalui e-mel, sukalah untuk saya quote sedikit:
Super Awesome Quest adalah permainan RPG free-to-play yang menggunakan mekanik kombat memutar token dengan system kraf seperti game Jepun. Pemaju permainan dari Malaysia adalah antara yang terlibat dalam menghasilkan game ini dan kami sangat teruja untuk melancarkan game ini dalam Bahasa Melayu.
Iklan Google
Saya quote pula kenyataan akhbar untuk permainan ini:
A Malaysia-made mobile RPG is launching worldwide on July 9 for iOS and Android, and it’s playable in Bahasa Melayu!
Super Awesome Quest is an original free-to-play fantasy adventure game on mobile with a unique tile-flipping combat mechanic and an in-depth crafting system. Follow the adventures of three heroes – a Paladin, a Valkyrie, and a Mage – on their quest for honor, riches, and super awesomeness by fighting the hordes of the Undead Army, crafty kobolds, nefarious bounty hunters, dangerous dragons – and more.
New playable characters and upgradeable pets can be unlocked as players go through the story. There are dozens of enemy types to battle with by flipping tokens to attack. Through the game’s in-depth crafting system, players can make their own epic gear and personalize their heroes with hundreds of customization options. Other features include a non-stop survival mode called Awesome Arena, comparing progress with friends, and more.
Watch out for global launch on iTunes, Google Play, and Amazon with exciting features as well as full language support on July 9, 2015!
RPG + Card Game adalah suatu ‘arena’ yang agak baru bagi saya walaupun sudah lama pada orang lain, dek kerana saya lebih menumpu kepada permainan perlumbaan, perlawanan, dan juga Tower Defense. Namun untuk mendapatkan ‘feel’ pada permainan ini saya pun mencubanya.
Berikut adalah beberapa paparan skrin yang sempat saya ambil. Harapnya dapat memberikan anda sedikit gambaran mengenai permainan ini.
Seperti yang anda lihat, Super Awesome Quest memerlukan anda untuk memilih seorang hero sebagai watak yang akan anda ‘bawa’ di sepanjang ‘perjalanan’ dalam permainan ini. Anda akan bertempur dengan watak-watak makhluk berupa seakan tengkorak + zombie yang akan menyusahkan perjalanan anda ke destinasi akhir.
Terdapat beberapa jenis senjata, yang mana ianya boleh dinaiktaraf jika anda berjaya mengalahkan ‘hantu-hantu’ yang menghalang jalan anda. Ada juga ‘haiwan peliharaan’, namun saya belum sempat menggunakan ia kerana bateri phone sudah meminta-minta untuk dicaj dengan segera. Heheh..
Apapun ianya permainan yang santai dan ‘time waster’ yang sangat sesuai sewaktu anda kebosanan di pejabat, di lapangan terbang ketika menunggu kapal terbang anda sebelum bertolak ataupun ketika mesyuarat sedang berlangsung. Errr..
Ok. Jika anda beminat, anda boleh muat turun ia di Google Play Store:
Klik —> Super Awesome Quest