SonicGear Pun Ada TWS? Bass Power Pulak Tu!

Berkesempatan cuba TWS dari SonicGear Malaysia. Rupanya mereka pun ada TWS. Kalau dari segi spesifikasi, nampak gempak dan premium juga. Bluetooth 5.2, ENC, ANC, Transparency Mode, Gaming Mode, Feedforward microphone dan siap IPX4 water resist lagi.

Saya baru cuba dalam 2-3 hari. Dan bunyi bass dia memang mengancam juga. Sound signature memang deep dan dark. Sesuai untuk basshead dan kaki dark ambience techno. Macam lagu Memory Reboot dan Resonance tu… Layan “Mekeba Makeba Makebella” pun sedap bila dengar dram dan bass strings dia. Bass yang lebar, punchy dan senang dengar.

Oleh kerana sound signaturenya agak deep, jadi pada highnya ada sedikit sibilance sikit. Kalau nak layan lagu Ghea Indrawari – Jiwa Yang Bersedih tu, dengar suaranya agak gema sikit dan tak berapa comel. Lagu-lagu rock dan emo rock macam MCR- Disenchanted kedengaran agak jauh dengan bunyi dram lebih menguasai bunyi gitar dan simbal.

ANC boleh tahan juga. Untuk bunyi bising dalam bilik seperti bunyi kipas memang hampir tak dengar. Saya tak berapa suka ANC sebab saya suka Transparency Mode. Nanti tak sedar dunia sekeliling. Tapi, ANC untuk SonicGear Earpump TWS 16 ANC ini bagi saya dalam kategori baik dan tak terasa murah.

Dari rekaan, memang nampak premium. Plastiknya rasa macam satin sikit. Rekaan fon telinganya pun unik dan tak sama macam TWS lain. Kotaknya pun nampak premium dari segi persembahan. Pemakaian setakat ini selesa bagi saya. Saya dapat warna putih, kegemaran saya juga warna ni. Ada lagi 3 pilihan warna iaitu merah jambu, hitam dan hijau.

Apa pun, buat peminat SonicGear, boleh dapatkan TWS mereka ini. Untuk 9.9, anda dapat diskaun sebanyak RM100 tau? Harga asal RM199, untuk 9.9, anda akan dapat harga istimewa iaitu RM99.

Yang saya kelakar sikit, ada fungsi tambahan dengan TWS ni. Bahagian bawah bekasnya ada magnet kuat. Saya boleh lekatkan TWS di pintu kereta. Saya tak tahu apa fungsinya, tapi TWS ni memang boleh lekat pada besi. 😂

Dapatkan di gedung rasmi SonicGear Malaysia di Shopee dan Lazada:

Shopee

Lazada

Murung Mohowongso
Murung Mohowongsohttp://omghackers.com
Hobi saya membeli belah atas talian. Ketagih dalam mengumpul gajet dan semua mainan yang tidak mampu dibeli semasa zaman kanak-kanak dahulu. Akan ambil masa minima 2 minggu membaca review dan buat ulangkaji sebelum membeli sebarang produk. Sangat tidak suka berpura-pura dan juga orang yang berpura-pura. Asertif dan introvert, tapi tak pernah biadap. Hubungi saya di [email protected]

Artikel Terkini

spot_imgspot_img

Artikel Berkaitan

Apa pendapat anda?

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
spot_imgspot_img
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x