Solus: Rolling Release Distro Yang Dinantikan Oleh Peminat Linux?

Intro

Pengguna Ubuntu pasti tahu, meskipun sistem operasi itu disokong oleh syarikat yang kukuh, namun pembangunannya dirasakan sedikit terumbang-ambing.

Keputusan yang dibuat untuk perubahan kepada pembangunan sistem operasi selalu membuat pengguna kecewa.

Ketika Unity diperkenalkan, ianya masih ‘vanilla’, masih hijau. Lantas mengundang kecaman dari pelbagai pihak.

Iklan Google

Apabila Unity sudah mula matang, ia digugurkan dari pembangunan dan sokongan, diganti dengan Gnome, namun seiras Unity. Nampak sama tetapi tidak serupa. Ia mengundang juga kontroversi dan suara bising dari komuniti.

Beralih pula kepada Arch Linux. Satu sistem operasi berasaskan rolling release tanpa versi 1.0 dan seterusnya.

Pembangunan kukuh dan stabil, namun untuk mereka yang mula hendak berjinak dengan Linux pasti akan terkandas jika tidak kuat hatinya. Ciri ringkas Keep It Simple, Stupid atau KISS dari mula langkah pemasangan menyebabkan ramai yang gagal kerana ia memerlukan pembacaan yang intensif, dan perlu juga rajin menonton video ulasan di YouTube untuk lebih kefahaman.

Di sinilah hadirnya Solus – sebuah sistem operasi Linux berasaskan ‘curated rolling release’ atau mereka menggelarnya dengan ‘hybrid approach’.

Solus 3

Ya, kebanyakan pengguna baru tidak terlalu peduli tentang sama ada ia mempunyai versi rilisan seperti Ubuntu, atau rolling release seperti Arch. Apa yang lebih penting kepada mereka ialah sistem operasi tersebut perlu terus berfungsi di luar kotak, tanpa perlu bersusah payah memahami bagaimana ia perlu digunakan.

Baiklah, sepertimana Ubuntu Linux Mint, Solus mempunyai ‘segalanya’ sebaik sahaja siap dipasang. Pengguna tidak perlu lagi tercari-cari apa yang perlu dilakukan selepas selesai pemasangan.

Solus mempunyai ‘flagship desktop environment’, iaitu Budgie, serta pengurus pakej mereka sendiri, eopkg.

Iklan Google

Sejarahnya, Solus berasal dari Evolve OS. Namun atas sebab trademark, mereka (pembangun) terpaksa menukar nama. Dari sinilah mereka mengubahnya kepada Solus Project, dipendekkan kepada Solus, yang mana menjadi pusat kepada pembangunan Solus Operating System, Budgie Desktop, dan lain-lain projek di bawahnya.

Dari satu snapshot ke satu snapshot, akhirnya versi ke 3 atau Solus 3 dilancarkan.

Hybrid Approach, Curated Rolling Release

Tiada lagi ‘regular snapshot’, kerana ia sudah beralih sepenuhnya kepada sistem ‘curated rolling release’. Digelar sebagai pendekatan hibrid, setiap kemaskini tidak lagi agak menakutkan (seperti Arch) kerana anda tidak perlu bimbang pakej bercanggah atau sistem yang gagal boot.

Iklan Google

Solus bukan derivatif kepada mana-mana sistem operasi Linux yang lain. Ia dibuat dari mula (from scratch), sama seperti Arch Linux.

Pengurus pakejnya, eopkg, juga mempunyai keunikan tersendiri. Walaupun masih sangat baru, ianya stabil dan laju. Buat pengguna yang terus ‘melompat’ kepada Solus, proses pembelajaran adalah sedikit berbanding Arch Linux.

Beris perintahnya boleh dikatakan sedikit berbeza, namun itu adalah biasa untuk pengurus pakej yang baharu. Sebagai contoh dalam Ubuntu kita menggunakan sudo apt update && sudo apt upgrade dan dalam Arch kita menggunakan sudo pacman -Syu untuk mengemaskini sistem.

Berbeza pula dengan Solus, ia menjadi sudo eopkg ur dan sudo eopkg up. Agak kekok juga untuk menaip ‘eopkg’ pada mulanya, namun apabila sudah biasa, ia tidak menjadi satu masalah lagi.

Iklan Google

Pengguna yang baru beralih dari Windows, ataupun mana-mana sistem operasi Linux, sepatutnya tidak akan berasa janggal dengan Solus. Budgie Desktop akan membuatkan pengguna terasa seperti ‘biasa’ sebaik sahaja memulakannya.

Sumber gambar

Budgie Desktop mempunyai persekitaran seakan Windows, dengan adanya task bar, menu aplikasi, dulang sistem, pusat notifikasi, dan aplikasi yang boleh di-pinkan kepada dock.

Antara aplikasi yang disertakan dalam Solus ialah:

Firefox, LibreOffice, Thunderbird, pemain muzik Rhythmbox, pemain video GNOME MPV, GNOME Calendar, GNOME Files, GParted, dan pelbagai lagi aplikasi lain.

Apa yang menarik, tidak seperti Arch yang memerlukan AUR untuk mana-mana aplikasi dari pihak ketiga atau mana-mana aplikasi yang tiada dalam repo, Solus memberikan pilihan terus kepada penggunanya melalui Software Center.

Ini bererti pemasangan aplikasi seperti Spotify dan Google Chrome adalah sangat mudah. Tidak lagi perlu ‘mencari’, sebaliknya hanya perlu klik pasang di Software Center. Ini menjadikan paparan dan ‘perasaan’ ketika menggunakan aplikasi tersebut adalah lebih ‘natif’.

Selain itu, proses kemaskini sistem operasi juga boleh dikendalikan oleh Software Center ini.

Sepertimana Windows 10 dan Ubuntu, Solus juga mempunyai Night Light.

Kalau anda memang biasa menggunakan PC sehingga lewat malam, maka fungsi atau ciri ini akan menjadi sangat berguna dalam membantu anda untuk lebih mudah tidur serta mengurangkan pedih di mata akibat cahaya biru di skrin.

Sumber gambar



Sokongan Snap Dan Flatpak

Iklan Google

Ya, Solus menyokong Snap dan Flatpak. Ianya adalah pakej perisian universal untuk Linux. Bererti jika pun aplikasi yang anda mahu itu tiada dalam repo Solus, tetapi ia mempunyai pakej Snap atau Flatpak, anda boleh memasangnya seperti aplikasi natif – tiada masalah juga untuk kemaskini.

Ini memang WOW.

Isu?

Isu yang saya dapati adalah disebabkan sistem ini agak baru, maka pakej aplikasinya tidak besar sepertimana Ubuntu dan Arch. Maka mungkin ada Tutorial juga tidaklah mudah dijumpai meskipun anda mencari.

Namun saya percaya ia akan menjadi lebih baik lagi dari masa ke semasa.

Anda yang ingin mencuba boleh muat turun pada pautan ini: Download | Solus

Nota: Solus menawarkan tiga jenis persekitaran meja, namun saya syorkan Budgie Desktop (Solus Budgie) kerana ia adalah persekitaran meja ‘flagship’ bagi sistem operasi ini. 

Iklan Google
Arya Putra
Arya Putrahttps://omghackers.com/
A regular tech blogger who have passions for cats. I will not put my trust on anybody who hated them, doesn't matter if they are my friends or family. I have a dream where I am the owner of a Cat Cafe. Help me achieve it by hiring me as your reviewer. For any review inquiries, you can contact me at arya@omghackers.com

Artikel Terkini

spot_imgspot_img

Artikel Berkaitan

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

spot_imgspot_img