Skandal Huawei: Terbukti Bersalah Berkongsi Maklumat Dengan Kerajaan China?
AMP Ads
Mobile Ads
Home Berita Skandal Huawei: Terbukti Bersalah Berkongsi Maklumat Dengan Kerajaan China?

Skandal Huawei: Terbukti Bersalah Berkongsi Maklumat Dengan Kerajaan China?

0
Mobile Ads

Huawei telah lama menafikan kerjasama dengan kerajaan China untuk mengintip negara lain dan rakyat China sendiri. Tetapi menurut The Washington Post, pihaknya telah menyemak 100 slaid PowerPoint dari Huawei yang boleh menunjukkan bagaimana ia dapat dikaitkan dengan projek pengawasan/risikan China.

Walaupun kebanyakannya ditandakan sebagai dokumen sulit, ia dilaporkan telah disiarkan di laman web Huawei yang terbuka kepada orang ramai sehingga dipadam pada tahun lepas.

The Post telah menerbitkan beberapa slaid, termasuk satu yang memaparkan teknologi yang boleh membantu pihak berkuasa menganalisis rakaman suara dengan membandingkannya kepada pangkalan data besar ‘cap suara’ yang direkodkan (bayangkan cap jari, tetapi untuk suara).

Data tersebut sepatutnya membantu dalam hal-hal keselamatan negara, dan ini bermakna ia boleh digunakan untuk mengenal pasti individu yang terlibat dalam perbezaan pendapat politik, hal ehwal Hong Kong dan Taiwan serta perbincangan mengenai hubungan etnik.

Terdapat juga slaid yang menunjukkan sistem pemantauan penjara komprehensif, yang nampaknya telah dilaksanakan di penjara Mongolia Dalam dan wilayah Shanxi, serta pusat tahanan di wilayah Xinjiang. Tahanan kem Xinjiang, kebanyakannya ahli kumpulan etnik Uyghur, menuduh pengendali mereka melakukan kerja-kerja paksa, menyeksa dan menahan mereka tanpa tuduhan jenayah.

Ia memperincikan bagaimana teknologi pengawasan Huawei telah digunakan di Xinjiang sejak 2017 dan bagaimana teknologi pengecaman wajahnya membantu menangkap “beberapa orang suspek jenayah.”

Slaid itu juga menunjukkan sistem pengawasan/pemantauan yang boleh menentukan lokasi “orang berkepentingan politik” menggunakan peranti elektronik mereka. Ia dilaporkan sedang digunakan sekarang di Guangdong, yang merupakan wilayah paling ramai penduduk di China.

Jurucakap Huawei bagaimanapun memberitahu pihak The Post, bahawa syarikat itu tidak mempunyai pengetahuan tentang projek yang disebut dalam laporan Washington Post, dan ia menyediakan “perkhidmatan platform awan yang mematuhi piawaian industri biasa.”

Sumber: Engadget

Mobile Ads

Apa pendapat anda?Cancel reply

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
wpDiscuz
0
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x
Exit mobile version