Telefon Pintar Lingkungan RM500-1000 (Antara Pilihan Abang Rider)
AMP Ads
Mobile Ads
Home Pilihan OMG Artikel Telefon Pintar Lingkungan RM500-1000 (Antara Pilihan Abang Rider)

Telefon Pintar Lingkungan RM500-1000 (Antara Pilihan Abang Rider)

0
Mobile Ads

Apa yang menyeronokkan ketika akhir tahun? Ya, jualan akhir tahun atau Year End Sale. Apa yang menyeronokkan untuk dibeli? Ya, beli telefon pintar yang murah.

Telefon pintar lingkungan RM1500-1999 sudah dikongsikan, tak lupa juga lingkungan bawah RM1500 telah pun dinaikkan di sini.

Tetapi untuk mereka yang menyasarkan telefon pintar berharga di bawah RM1000, usah bimbang. Di sini kami senaraikan beberapa peranti menarik yang boleh diteliti sebelum di-add-to-cart dan di-check-out dengan senyuman.

Tak mengapa, biar kami saja yang pening kepala mencari peranti terbaik untuk anda. Anda hanya tinggal pilih dan hadiahkan kepada diri sendiri.

Agak sukar juga hendak mencari peranti 5G di bawah RM1000, tetapi ia tidak mustahil – terima kasih kepada chipset Dimensity. Kebanyakan peranti disenaraikan ini memang sesuai digunakan oleh abang dan kakak rider kita, atau mereka yang mencari peranti bajet.

Tanpa melengahkan masa lagi, ayuh kita lihat bersama.

Realme Narzo 50 5G

Untuk varian 6GB/128GB, anda boleh memiliki peranti dari Realme ini yang dilengkapi dengan 5G. Peminat Realme boleh sambar model ini kerana selain harganya yang berada dalam ‘sweet spot’, spesifikasi juga tidak menghampakan.

Mempunyai bateri berkapasiti 5000mAh, pembesar suara stereo, anda boleh mainkan lagu dalam senarai main dari pagi hingga ke petang tanpa bimbangkan kehabisan bateri.

Beli di:

Shopee: https://shope.ee/LE7jxKt3w

Lazada: https://invol.co/clfhwzl

Poco M4 Pro 5G

Pernahkah Poco menghampakan kita? Jarang sekali. Poco antara jenama yang dicari apabila menginginkan peranti bajet, dan tidak salah jika dikatakan ia antara jenama yang begitu seimbang antara nisbah harga ke prestasi.

Sepertimana Realme Narzo 50 5G, ia memiliki bateri berkapasiti 5000mAh dan pembesar suara stereo, anda boleh bermain permainan seolah menggunakan peranti premium.

Beli di:

Shopee: https://shope.ee/8UZpTWFBB3

Lazada: https://c.lazada.com.my/t/c.cLcii9

Samsung Galaxy A13 5G

Entah kenapa, terasa agak keberatan hendak mengesyorkan model A23 5G. Secara peribadi, abam lebih menggemari chipset Dimensity berbanding chipset pertengahan dari Snapdragon yang digunakan pada model A23 5G tersebut iaitu Snapdragon 695 5G.

Model ini agak lama sedikit, iaitu model tahun 2021. Tetapi dengan mengetahui bagaimana Samsung menjaga bab kemas kini sistem operasi peranti-perantinya, ini tidak lagi menjadi isu.

A13 5G dikuasakan oleh Dimensity 700 yang telah teruji dan terbukti dalam soal prestasi dan penjimatan penggunaan kuasa bateri. Bateri telefon pintar ini juga berkapasiti 5000mAh dengan pengecasan 15W.

Beli di:

Shopee: https://shope.ee/5pZ4Iio3to

Lazada: https://invol.co/clfhx2r

Motorola G82

Kalau tak kenal dengan Motorola, rugilah. Ramai yang suka dengan jenama ini kerana paparan antaramuka sistem operasinya yang agak minimal dan boleh dikatakan seperti ‘stock.’

Baterinya berkapasiti 5000mAh, ada pembesar suara stereo, dan kamera disertai OIS, apa lagi yang anda mahu?

Sambil berjimat, sambil enjoy dalam membeli.

Beli di:

Shopee: https://shope.ee/3AYJ82Ep7I

Lazada: https://c.lazada.com.my/t/c.cLciiO

vivo Y55+ 5G

Telefon ini agak ‘misteri’ kerana tiba-tiba sahaja ia ‘ada.’

Namun merujuk kepada laman web vivo Malaysia, ia mempunyai kamera beresolusi 50MP, bateri berkapasiti 5000mAh dengan pengecasan pantas 18W, skrin bersaiz 6.58 inci, 6GB + 2GB RAM serta dikuaasakan oleh Dimensiti 700.

Beli di:

Shopee: https://shope.ee/5AJNVmerP2

Lazada: https://c.lazada.com.my/t/c.cLc8xb

Sebutan Terhormat (Honorable Mention):

Honor X7

Ini satu-satunya peranti 4G dalam senarai. Sesuailah kiranya dimasukkan ke dalam sebutan terhormat.

Ya, anda boleh beli model X9 5G – tetapi harganya sudah melepasi RM1000 – dan ia bukan apa yang dijanjikan dalam artikel ini.

(Tapi kalau nak beli juga, boleh beli di – https://shope.ee/99pWFoAMLY atau https://c.lazada.com.my/t/c.cLci7O)

Honor X7 sesuailah dibeli oleh para peminat jenama Honor dan peminat kameranya. Maklum saja, ada bau-bau bacang dan petai bersama jenama Huawei, pastinya ada sedikit sebanyak teknologi dari Huawei disematkan pada Honor.

Nak kata apa lagi?

Beli di:

Shopee: https://shope.ee/8zW63hf8cg

Lazada: https://c.lazada.com.my/t/c.cLciih

Mobile Ads

Apa pendapat anda?Cancel reply

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
wpDiscuz
0
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x
Exit mobile version