Dulu Dato M Nasir adalah satu figura yang bukan calang-calang. Berperwatakan serius dan bercakap dalam pujangga. Bukan semua orang boleh temuramah beliau. Tak pandai tanya, memang tak dapat lah jawapan.
Tapi kalau dilihat semenjak dua ini, Dato M Nasir dilihat lebih santai, lebih berjenaka dan ‘masuk air’ bak kata orang. Yang mana satu pemandangan yang amat kontra bagi generasi yang membesar melihat watak ini sebagai seorang individu yang susah untuk didekati.

Apa pun, fokus kita hari ini adalah lagu yang turut tak disangka-sangka juga dari Luncai Emas, sebuah syarikat milik Dato M Nasir. Kebiasaanya, lagu-lagu Luncai Emas biasanya bersifat ‘terpelajar’, ‘seni’ dan ‘Melayu’. Tapi lagu barunya, Wamwamsam satu kendaraan yang dilihat sangat menyimpang jauh dari lagu kebiasaan Luncai Emas.
Lagu Wamwamsam adalah satu homage kepada watak ciptaan arwah Mamat Khalid, Daud M yang sengau ‘M’. Satu watak jenaka tapi digabungkan dengan kumpulan metal tanah air Metalasia dan kumpulan A.D ISOHBASTOS. Saya tengok tajuk pun tak dapat nak bayangkan macam mana ketiga-tiga bahan mentah ini akan menjadi sebuah hidangan yang boleh dimakan.

Namun, hasil kegeniusan Luncai Emas yang seringkali membawakan fusion yang unik. Lagu Wamwamsam digarap dengan sangat enak. Ditambah lagi dengan sinematografi yang bertaraf antarabangsa. Lagu Wamwamsam satu lagu dengan kejutan dan genrenya sendiri. Tak melampau juga untuk dikatakan ia “Lagu Sengau Pertama di Dunia”.
Seperti juga filem-filem dan arahan arwah Mamat Khalid, lagu homage kepada beliau juga turut memuatkan pelbagai mesej, teguran dan kritikan sosial. Yang paling ‘rosak, siap ada cameo Dato M Nasir lagi.
Boleh pembaca nyatakan apa antara mesej dalam lagu ini?
Tonton: