Add-on Kodi dari pihak ketiga menerima saman atau pendakwaan bukanlah perkara baru. Hanya menunggu masa dan ketika sahaja, lambat-laun ia akan terjadi juga.
Akibat dari itu, nampaknya beberapa add-on Kodi yang popular seperti Phoenix, akhirnya kecundang.
Dalam pengumuman oleh pembangunnya iaitu Cosmix mengatakan bahawa ia bukan suatu keputusan mudah disebabkan add-on ini menerima sokongan padu dari para peminatnya.
“In light of current events we have decided to close down Phoenix. This is not something that was easy for us to do; we have all formed a bond that cannot be broken as a team and have a HUGE support base that we are thankful of,”.
“I can speak for myself when I say thank you to everybody that has ever been involved in Phoenix and it will always be one of my fondest memories,” – Cosmix.
Tetapi perkara ini tidak terhenti begitu sahaja. Terdapat dua orang lagi pembangun add-on Kodi yang popular iaitu One242415 – dikenali dengan hasil kerja beliau iaitu Navi-X, Phoenix, dan add-on beliau sendiri, dan juga Echo Coder, yang popular dengan Echo Wizard.
Menurut One242415 dan Echo Coder, kesemua add-on mereka akan dihapuskan, tanpa menyatakan apa-apa sebab yang konkrit.
Berikut adalah pengumuman Echo Coder.
Bukan hanya sekadar mereka, bahkan terdapat spekulasi akan beberapa lagi add-on yang bakal menerima nasib yang sama. Anda boleh rujuk laman Kodi Geeks untuk menyemak kemas kini senarai terkini add-on yang sudah ditutup ataupun yang mempunyai desas-desus penutupan.
Via: TorrentFreak