Satu Malaysia Kena Tipu : Dybbuk Box Sebenarnya Tak Pernah Wujud

Satu Malaysia Buat Video Mengulas Benda Yang Tak Pernah Ada Dalam Sejarah

Kecoh baru-baru ini apabila seorang YouTuber Malaysia mendakwa telah diganggu entiti setelah membuka Dybbuk Box yang dibeli olehnya menerusi laman jual beli dalam talian eBay. Video yang nampak meyakinkan itu dikuatkan lagi penampilan individu dan kanak-kanak yang menguatkan dakwaan gangguan yang dialami olehnya.

Berhubung dengan video tular tersebut, maka ramai netizen dan YouTuber Malaysia tidak mahu ketinggalan mengulas dan beradu pengetahuan dalam perkara ini. Masing-masing mengeluarkan cerita dan ‘kajian’ masing-masing bagi menyokong cerita Dybbuk Box ini.

Tambah melucukan, ada juga video yang mengatakan dengan penuh keyakinan, beberapa siri kemalangan yang menimpa artis luar negara adalah berpunca daripada semangat Dibbuk daripada Dybbuk Box yang dibuka semasa merakam sebuah rakaman rancangan realiti televisyen. Satu analisis yang panjang lebar, tapi sayangnya seolah lebih takut hantu daripada tuhan.

Lain pula ceritanya apabila tular lagi sebuah hantaran dan beberapa siri ciapan di Twitter oleh individu yang mendakwa dirinya adalah pencipta asal Dybbuk Box. Dybbuk Box sebenarnya hanyalah sebuah kotak kayu yang digunakan untuk menyimpan wain. Penciptanya, Kevin Mannis, seorang Yahudi, mendakwa segala cerita dan latar belakang Dybbuk Box adalah 100% cerita rekaannya semata-mata.

 

Tambahnya lagi, beliau menawarkan ganjaran sebanyak 100,000 USD bagi sesiapa yang boleh membuktikan kewujudan dan nama Dybbuk Box sebelum daripada cerita rekaan beliau.

Kevin Mannis – Pencipta Dybbuk Box

Nampaknya satu Malaysia sudah ditipu. Dan seluruh pencerita Dybbuk Box dan semangat Dibbuk sudah bersubahat dalam penipuan ini. Benarlah, walau kopiah di kepala, tak semestinya semua yang dicakapkan seseorang itu benar dan fakta. Kerana mereka pun cuma sekadar buka kitab Google dan baca teori konspirasi saja.

Inilah dia, konspirasi Yahudi yang sebenar. Kevin Mannis, seorang Yahudi, telah berjaya memperbodohkan seluruh dunia dengan cerita yang direka-reka sendiri. Persis kisah-kisah Isra’iliyyat.

Jadi, apa kata anda? Percaya atau tidak? Atau anda lebih percaya akan semangat dan ‘roh’ Dibbuk yang penuh khurafat dan syirik itu?

Murung Mohowongso
Murung Mohowongsohttp://omghackers.com
Hobi saya membeli belah atas talian. Ketagih dalam mengumpul gajet dan semua mainan yang tidak mampu dibeli semasa zaman kanak-kanak dahulu. Akan ambil masa minima 2 minggu membaca review dan buat ulangkaji sebelum membeli sebarang produk. Sangat tidak suka berpura-pura dan juga orang yang berpura-pura. Asertif dan introvert, tapi tak pernah biadap. Hubungi saya di [email protected]

Artikel Terkini

spot_imgspot_img

Artikel Berkaitan

2 Comments

Apa pendapat anda?

2 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
Muhd Taufiq

Beli la satu min…

Bob

cuba beli satu…test tgk… roh org mati mmg x ujud tapi makluk lain tu ada…

spot_imgspot_img
2
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x