[Review] Tronsmart Presto 10000mAh Quick Charge 3.0 Power Bank

Kalau di Malaysia ni, biasanya jenama power bank yang paling popular dan dikenali ramai dah tentu Pineng. Popularitinya sampai anak kecil pun tahu.

Namun sebenarnya produk power bank ada pelbagai lagi pilihan jenama, kapasiti, dan kualiti. Tronsmart mungkin jenama asing yang jarang diperkatakan orang, tetapi trimas kepada syarikat ini, saya berpeluang untuk mencuba salah satu produk mereka iaitu Tronsmart Presto, 10000mAh power bank yang dikuasakan dengan teknologi Quick Charge 3.0 serta Tronsmart VoltIQ™.

Wow, kedengaran bunyinya macam sangat menarik bukan? Jadi bagaimanakah dengan pembungkusan produk? Mari kita tengok rupa kotaknya dan kita terus unbox produk ini. Huf huf huf tak sabar!

Jadi, seperti yang anda boleh lihat dari gambar di atas, Tronsmart membuat pembungkusan ringkas. Kotak kecil, dengan satu tempat penyangkut, beserta gambar berlatar belakangkan warna putih. Nampak seperti tiada apa yang istimewa.

Cuma kalau ia dibalut rapi dan dijadikan hadiah, saiznya adalah amat baik sekali. Mungkin anda perlu lipat atau potong bahagian penyangkut tersebut supaya pembalut boleh menutup kotak.

Baiklah, seterusnya, kita buka pula kotak, yeahhh.

Apa yang ada? Seunit power bank Tronsmart Presto, satu kad waranti, satu kad penerangan, serta satu buku manual pengguna. Di dalam bahagian petak kecil di sebelah kiri itu pula menempatkan satu wayar USB 2.0 dibaluti kemas oleh beg kain yang anda boleh gunakan untuk menyimpan power bank.

Kotak bersaiz kecil, tetapi isi di dalamnya memuaskan hati.

Jadi, apa istimewanya power bank ini berbanding produk dari jenama lain?
Mari kita lihat dan belek-belek pada bahagian pengecasnya.
Seperti yang disebut di atas, power bank ini dilengkapi dengan teknologi Tronsmart VoltIQ™.
Apa itu Tronsmart VoltIQ™? Ianya adalah satu kaedah pengecasan yang menyesuaikan aliran elektrik dan watt kepada ratio maksimum yang diperlukan oleh peranti.
Oleh itu mana-mana peranti yang lebih banyak menggunakan kuasa tidak akan kehabisan kuasanya serta peranti yang tidak banyak menggunakan elektrik pula tidak akan dicas secara berlebihan – lebih dari yang ia mampu terima.
Jadi bila dibelek pada bahagian port pengecas, dapat kita lihat port USB-Mikro berteknologi VoltiQ untuk mengecaj bateri anda. Port berwarna hijau pula adalah port Quick Charge 3.0, VoltiQ, dan FCP (Huawei). Huwaaa!
Pada bahagian belakangnya pula terdapat sedikit informasi mengenai produk ini.

Saya telah pun mencuba mengecaj (Atau mengecas? Mana satu yang betul?) menggunakan Tronsmart Presto pada peranti saya. Ianya tidak mempunyai atau menyokong teknologi Quick Charge, tetapi hanya ada teknologi lama Fast Charging.
Walaupun tidak dapat dimanfaatkan sepenuhnya teknologi yang diberikan, namun dapat dilihat power bank ini tetap memberikan sepenuh kuasa kepadanya.
Gambar pertama adalah kadar pengecasan pada port USB-Mikro VoltiQ manakala gambar kedua pula adalah pengecasan pada port Quick Charge 3.0 (hijau).

Kalau ada kekurangan yang saya dapati ialah ia tidak menyediakan USB Type-C (Input dan Output) atau sekurang-kurangnya converter kepada USB Type-C. Juga kapasiti yang ada hanyalah 10000mAh sahaja. Jika mereka membuat produk seterusnya dengan pilihan antara 15000 hingga 20000mAh, saya pasti ia akan menjadi pilihan lebih ramai pengguna di luar sana.

Apa pun jika anda berminat, anda boleh semak senarai stor yang menjual produk Tronsmart di laman web mereka di sini bagi mendapatkan Tronsmart Presto yang sememangnya smart dan revolutionary ini!

Arya Putra
Arya Putrahttps://omghackers.com/
A regular tech blogger who have passions for cats. I will not put my trust on anybody who hated them, doesn't matter if they are my friends or family. I have a dream where I am the owner of a Cat Cafe. Help me achieve it by hiring me as your reviewer. For any review inquiries, you can contact me at [email protected]

Artikel Terkini

spot_imgspot_img

Artikel Berkaitan

2 Comments

Apa pendapat anda?

2 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
spot_imgspot_img
2
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x