Kalau di Malaysia ni, biasanya jenama power bank yang paling popular dan dikenali ramai dah tentu Pineng. Popularitinya sampai anak kecil pun tahu.
Namun sebenarnya produk power bank ada pelbagai lagi pilihan jenama, kapasiti, dan kualiti. Tronsmart mungkin jenama asing yang jarang diperkatakan orang, tetapi trimas kepada syarikat ini, saya berpeluang untuk mencuba salah satu produk mereka iaitu Tronsmart Presto, 10000mAh power bank yang dikuasakan dengan teknologi Quick Charge 3.0 serta Tronsmart VoltIQ™.
Wow, kedengaran bunyinya macam sangat menarik bukan? Jadi bagaimanakah dengan pembungkusan produk? Mari kita tengok rupa kotaknya dan kita terus unbox produk ini. Huf huf huf tak sabar!
Jadi, seperti yang anda boleh lihat dari gambar di atas, Tronsmart membuat pembungkusan ringkas. Kotak kecil, dengan satu tempat penyangkut, beserta gambar berlatar belakangkan warna putih. Nampak seperti tiada apa yang istimewa.
Cuma kalau ia dibalut rapi dan dijadikan hadiah, saiznya adalah amat baik sekali. Mungkin anda perlu lipat atau potong bahagian penyangkut tersebut supaya pembalut boleh menutup kotak.
Baiklah, seterusnya, kita buka pula kotak, yeahhh.
Apa yang ada? Seunit power bank Tronsmart Presto, satu kad waranti, satu kad penerangan, serta satu buku manual pengguna. Di dalam bahagian petak kecil di sebelah kiri itu pula menempatkan satu wayar USB 2.0 dibaluti kemas oleh beg kain yang anda boleh gunakan untuk menyimpan power bank.
Kotak bersaiz kecil, tetapi isi di dalamnya memuaskan hati.
Kalau ada kekurangan yang saya dapati ialah ia tidak menyediakan USB Type-C (Input dan Output) atau sekurang-kurangnya converter kepada USB Type-C. Juga kapasiti yang ada hanyalah 10000mAh sahaja. Jika mereka membuat produk seterusnya dengan pilihan antara 15000 hingga 20000mAh, saya pasti ia akan menjadi pilihan lebih ramai pengguna di luar sana.
Apa pun jika anda berminat, anda boleh semak senarai stor yang menjual produk Tronsmart di laman web mereka di sini bagi mendapatkan Tronsmart Presto yang sememangnya smart dan revolutionary ini!