Antara aksesori wajib ada bagi seorang penggemar muzik dan gamer, ialah sepasang headphone. Saya sendiri mempunyai hobi mengumpul headphone, tapi headphone saya bukanlah yang mahal-mahal. Untuk gajet, saya sebolehnya akan membeli gajet yang semurah mungkin dengan kualiti yang bagus. Sebagai seorang yang aktif membawa kerja ke mana sahaja, mahu tidak mahu, saya terpaksa memiliki sepasang headphone. Mana tidaknya, untuk berkerja, saya perlu mendengar muzik. Tak kan la nak pasang pembesar suara kuat-kuat di kafe kan? Nanti kena kecam pula kata nak menunjuk laptop.
Baik, sebenarnya review ini dibuat setelah hampir setahun menggunakan headphone ini. Saya gunakannya hampir di mana sahaja dan saya bawa ke mana sahaja. Untuk bermain permainan video, mendengar muzik di telefon. menonton filem dan juga semasa sesi Discord. Saya mendengar pelbagai genre muzik, jadi amat penting untuk saya mendapatkan headphone dengan julat kualiti bunyi yang lebih lebar. Tidak terlalu fokus pada bass tapi cukup bergegar, dan juga clarity yang baik pada midrange.
Sebelum bergerak dengan lebih jauh, kita lihat dulu secara ringkas spesifikasi headphone ini :
General
Brand: Bluedio
Model: T2+
Color: Black,Blue,Red,White
Wearing type: Headband
Function: Answering Phone,Bluetooth,FM function,HiFi,Microphone,MP3 player,Song Switching
Product Details
Headset type: Dynamic
Connectivity: Wireless
Connecting interface: 3.5mm,Micro USB
Application: Computer,Mobile phone
Plug Type: ANT-IN,Bluetooth,Micro USB
Driver unit: 57mm
Sound channel: Two-channel (stereo)
Frequency response: 20~20KHz
Impedance: 16ohms
Sensitivity: 118dB
Input Power: Built-in 220mAh battery
Working Time: Talking time: About 45 hours, Music playing time: Around 40 hours
Standby time: As long as 1625 hours
Extended Function
FM radio: Yes
Bluetooth: Yes
Bluetooth Version: V4.1
Bluetooth distance: W/O obstacles 10m
Bluetooth protocol: A2DP,AVRCP,HFP,HSP
External Memory: TF card
Dimension and Weight
Product weight: 0.228 kg
Package weight: 0.530 kg
Product size (L x W x H): 18.60 x 8.50 x 20.00 cm / 7.32 x 3.35 x 7.87 inches
Package size (L x W x H): 20.00 x 17.00 x 8.50 cm / 7.87 x 6.69 x 3.35 inches
Package Contents
Package Contents: 1 x Bluetooth Earphone, 1 x USB Cable, 1 x Audio Cable, 1 x Bilingual User Manual in English and Chinese
Saya telah mendapatkan headphone Bluedio T2+ ini di lelong.com.my dengan harga RM135.00 pada tahun lepas. Pada tahun ini, saya rasa mungkin harganya sudah sedikit murah kerana model baru akan dikeluarkan. Sangkaan saya pada pertama kali mendapat bungkusan saya, agak baik. Kotaknya menggunakan bahan kotak hijau, jadi saya dapat gambaran bahawa syarikat ini mempunyai budaya kerja yang agak profesional. Tiada kesalahan tatabahasa dilihat pada kotak ini dan rekaan kotak yang sangat minimalis. Saya suka.
Ada apa di dalam kotak? Di dalam anda boleh dapatkan sepasang headphone, (sudah tentulah) seutas kabel USB untuk mengecas, seutas wayar 3.5mm jack, buku manual dan surat jaminan.
Ini apa yang biasa saya buat apabila membeli produk baru, Saya akan baca buku manual sehingga habis. Untuk produk dari negara seberang pula, saya akan baca penulisan dalam bahasa inggeris mereka. Sekiranya anda dapati tatabahasa mereka betul dan tiada kesalahan ejaan, itu tandanya anda telah membeli produk mereka yang boleh dikatakan dalam kelas “AAA”.
Sebenarnya, saya agak keliru untuk memilih di antara 2 model iaitu daripada jenama Bluedio ini ataupun daripada jenama Avantree dengan model hangat mereka iaitu Avantree Audition Wireless. Namun setelah lebih kurang 2 minggu melakukan kajian, saya telah memilih Bluedio T2+ ini atas faktor :
- Cirinya yang boleh dilipat.
- Hadir dengan driver yang paling besar dalam kelasnya iaitu 57mm.
- Kemasan yang lebih cantik
- Julat bunyi yang lebih lebar, tidak terlalu bassy dan tidak terlalu kuat pada treble.
- Pilihan warna yang lebih banyak.
- Kusyen pada telinga dan kepala yang lebih tebal untuk lebih keselesaan.
- Bateri yang tahan sangat lama.
- Kualiti bunyi yang sangat memuaskan hati. Bass nya bergegar tapi untuk mendengar dialog filem tidak kedengaran seperti “dalam”.
- Ringan.
- Cawan telinga jenis tekup ataupun over-ear.
- Boleh digunakan secara tanpa wayar ataupun dengan jack 3.5mm sekiranya kehabisan bateri.
- Bingkai yang diperbuat daripada besi.
- Untuk telinga sensitif, akan terasa sakit setelah memakai buat seketika.
- Lampu LED yang sangat terang dan tidak boleh dinyahaktif semasa aktif.
- Mikrofon yang tidak berapa jelas bagi tujuan chatting.
Sekian sahaja review tidak berbayar dari saya. Semoga mampu menjadi panduan bagi yang masih mencari-cari headphone yang sesuai.