Beberapa minggu yang lalu, Mr.Hac perasan ada komen dari pembaca blog ini yang bertanyakan mengenai Revamp OS.. Tetapi pada waktu itu, Mr.Hac sendiri belum pernah mencubanya, oleh itu Mr.Hac tidak boleh berkata sebarangan, takut nanti timbul salah faham. Jadi Mr.Hac ambil keputusan untuk memuat turun ISO bagi RevampLinux dari laman web rasminya (or should i say blog?), RevampLinux.
Namun itu adalah ketika mereka bertapak pada blogger.com. Setelah berpindah ke alamat baru, RevampLinux.com, dan bertapak pula pada WordPress, ia semakin kemas dan menarik. Namun pautan untuk muat turun RevampLinux versi 12 atau kod namanya, K-jora masih belum diletakkan lagi kerana tarikh rilisannya adalah pada 11 Disember 2011 (esok). Mr.Hac telah pun mencuba versi sebelumnya iaitu 11.2.
Versi 11.2 boleh dikatakan bagus, penuh dengan ciri-ciri yang mampu menarik perhatian pengguna baru Linux, seperti Dock, Wallpaper Changer, Menu seakan Windows, kesan visual dan pelbagai lagi. Meskipun begitu, bagi pendapat Mr.Hac, ia masih belum dapat memberikan impresi yang hebat kepada pengguna lama Linux, kerana tweaking seperti memasang dock, mengubah menu, memasang pengubah wallpaper dan sebagainya boleh dilakukan sendiri.
TETAPI, ini adalah pendapat Mr.Hac mengenai rilisan versi 11.2. Tak sabar betul rasanya nak mencuba versi 12, K-jora kerana Mr.Hac dapat melihat paparan Pantheon Shell dekstop environment pada video intro di laman rasminya. Apa itu Pantheon Shell? Itu nanti kemudian kita akan bincangkan. Tambahan lagi. dengarnya versi ini mempunyai lebih banyak tweaking, ubahsuaian dan juga kesan visual yang disokong penuh. Nantikan rilisannya esok!
Berikut adalah paparan skrin dari RevampLinux K-jora: