PRISM+? Hangpa mungkin tertanya-tanya jenama ni dan mungkin hangpa pernah tengok iklan depa lalu lalang di Facebook hangpa juga. PRISM+ merupakan jenama dari jiran sebelah kita iaitu Singapura dan depa dah mula mengorak langkah masuk ke pasaran monitor di Malaysia. Mereka merupakan antara jenama yang menjadi pilihan utama dalam memilih skrin monitor untuk bekerja mahupun untuk bermain permainan di PC atau konsol.
Pihak PRISM+ Malaysia kali ni sudi berkolaborasi dengan kami & Mamu akan ulas 2 produk yang depa dah hantaq kat Mamu iaitu PRISM+ X290 dan juga Arc Lite yang merupakan monitor arm untuk monitor X290. Kita mulakan dengan ulasan tentang monitor X290 terlebih dahulu.
PRISM+ X290
Spesifikasi Monitor
Saiz Skrin 29″
Kelengkungan 1200R
Kadar Segar 100Hz
Colour Gamut 120% sRGB
Teknologi Panel Vertical Alignment (VA) Technology
Penyegerakan Adaptif Ya
Dimensi & Berat
Tinggi 320 mm
Lebar 690 mm
Ketinggian Dengan Stand 410 mm
Berat ~3.55 kg
Berat Dengan Stand ~4.75 kg
Informasi Teknikal
Pengilang Panel Samsung
Masa Respons 4 ms
Nisbah Aspek 21:9
Teknologi Lampu Latar E-LED
Kadar Keterangan 300 cd/m²
Sudut Pandangan 178° (Melintang)/178° (Menegak)
Gamut Warna 120% sRGB
Warna Sokongan 16.7m (8 bit)
Nisbah Kontras 3000:1
Kecondongan Ya
Berpusing Tidak
Tetapan Ketinggian Tidak
Pemasangan VESA 75 x 75
Resolusi Skrin 2560 x 1080
Kadar Segar Skrin 100 Hz @ UWFHD (2560 x 1080)
Audio Keluar Ya
Pembesar Suara Tidak
HDMI 1.4 2
DisplayPort 1.2 1
USB Tidak
Cahaya Biru Rendah Ya
Bebas Kerlipan Ya
Adaptive-Sync Ya
PRISM+ X290 ni merupakan monitor gaming dan untuk produktiviti yang bersaiz 29 inci, melengkung dengan kadar lengkungan 1200R, mempunyai kadar segar 100Hz, warna gamut sehingga 120% sRGB yang sesuai untuk pengguna yang banyak melakukan proses suntingan gambar atau video & juga aspek ratio 21:9 dengan resolusi UWFHD. (luas habaq hang)
Monitor ni dibungkus dengan kotak berwarna putih yang dilengkapi dengan spesifikasi monitor di bahagian hadapan.
Dalam kotak pula, hangpa akan disambut dengan beberapa perkakasan penting yang perlu untuk hangpa pasang sebelum menggunakan PRISM+ X290 ni. Dalam kotak hangpa akan dapat :
- Monitor PRISM+ X290
- Kaki Monitor
- Kabel DP
- Kabel & Blok Kuasa Untuk Monitor
- Manual
- Skru Untuk Kaki Monitor
- Skru Untuk Pemasangan VESA
Monitor ni dilengkapi dengan beberapa port dibahagian belakang untuk hangpa pasang pada pc hangpa ataupun macam Mamu pasangkan dengan laptop Mamu. Port itu terdiri daripada :
- Port HDMI 1.4 x2
- Port DP x1
- Port Audio x1
- Port Kuasa x1
Di bahagian belakang pula ada tempat untuk hangpa pasangkan kaki monitor atau pun monitor arm yang dilengkapi dengan pemasangan VESA 75×75 ataupun 100×100. Lingkaran putih tu pula adalah lampu berwarna biru yang memberi kesan efek yang sesuai dengan tetapan untuk berkelip ataupun menyala sahaja. Minat lampu kedai tomyam? Hatni memang tak boleh tukar warna naa.
Di sebelah kanan monitor, ada butang kawalan untuk monitor ni. Ia terdiri daripada :
- Butang kuasa
- Butang talaan skrin (berfungsi sebagai butang Exit di menu skrin)
- Butang tetapan lampu LED (berfungsi sebagai butang ke atas di menu skrin)
- Butang tetapan crosshair untuk gaming (berfungsi sebagai butang ke bawah di menu skrin)
- Butang menu skrin
Monitor PRISM+ X290 ini dilengkapi dengan kecerahan skrin 300 cd/m² dengan kontras warna 3000:1 dan juga ada sokongan warna sRGB 120%. Untuk menjaga mata hangpa dok hadap X290 ni, ia juga dilengkapi dengan teknologi cahaya biru rendah dan bebas berkelip.
Kekurangan pada monitor ni bagi Mamu adalah tiada pembesar suara terbina dalam. Bagi sesetengah pengguna mungkin perlukan ciri ini. Bagi Mamu ini bukan la ciri yang penting untuk Mamu pasai kebiasaannya Mamu lebih selesa menggunakan headphone.
Arc Lite Monitor Arm
Bagi melengkapi kombo ini, Mamu menggunakan monitor Arc Lite yang dihantar sekali dengan X290. Aksesori yang boleh dikatakan ‘must have’ bila ada monitor sebesar ini.
Tema putih bak salju ini dari PRISM+ X290 juga hadir pada kotak Arc Lite monitor arm. Yang Mamu dapat adalah untuk single monitor. Depa ada gak jual untuk dual dan juga tiga monitor setup.
Dalam kotak hangpa akan dapat :
- Arc Lite monitor arm
- Pengapit
- Tapak untuk lengan monitor
- Skru & kekunci allen
- Manual
Pemasangan lengan monitor ini agak mudah tanpa sebarang masalah. Spesifikasi lengan monitor Arc Lite adalah seperti berikut :
- Kecondongan +90 darjah sehingga -45 darjah
- Boleh berpusing +90 darjah sehingga -90 darjah
- Skrin boleh diputarkan +180 darjah sehingga -180 darjah
- Ketinggian boleh laras dari 160mm sehingga 410mm
- Pemanjangan lengan sehingga 550mm
- Spring tensioner boleh laras
- Pengurusan kabel terbina di lengan
- VESA mount 75×75 dan 100×100
- Berat boleh ditampung sehingga 6.5KG
Dengan adanya Arc Lite, hangpa dapat menjimatkan ruang pada meja hangpa dan monitor X290 akan nampak lebih selesa untuk digunakan. (anak pun auto pakai monitor nih bila nak PDPR. “bapa aku ada monitor besar!”)
Setelah menggunakan kombo ini hampir sebulan, ada baik dan buruk pada produk ini. Dari segi monitor, keluasan ini amat sesuai untuk orang yang banyak buat kerja seperti penyuntingan video,foto atau yang suka multitasking. Keluasan ini dapat digunakan sepenuhnya seperti dalam penyuntingan video, hangpa dapat melihat keseluruhan garis masa video hangpa edit tanpa perlu tatal. Ini dah menjimatkan masa Mamu dalam penyuntingan video.
Dari segi multitasking, monitor ini mampu memuatkan 4 tetingkap serentak atau lebih kalau hangpa pandai atur saiz tetingkap hangpa. (cough*forex*cough) Ini dapat meningkatkan produktiviti hangpa dalam menyelesaikan kerja seharian hangpa.
Sebelum terlupa, hangpa perlu mengatur sedikit monitor PRISM+ X290 ini untuk mendapatkan warna yang jitu sebelum melakukan tugasan hangpa. Nanti warna tak selari macam hangpa nak, jangan salahkan Mamu naa. Dah pesan ni tau.
Mamu dah cuba bermain Call Of Duty Modern Warfare 3 dan monitor PRISM+ X290 ini memberi pengalaman yang mengasyikkan. Ada sesetengah permainan tak dapat menggunakan sepenuhnya ruang paparan monitor ini. Bila ini berlaku, akan ada bar hitam di kiri dan kanan monitor.
Bagi penggunaan media seperti YouTube, masalah ini juga berlaku dek kerana video tak menyokong resolusi ini. Bagaimanapun untuk Netflix, cerita yang Mamu tonton semua dipaparkan penuh pada monitor PRISM+ X290.
Penggunaan panel VA mungkin membantutkan pembelian sesetengah pengguna yang memerlukan spesifikasi monitor yang lebih tinggi tetapi untuk penggunaan harian seperti Mamu, monitor PRISM+ X290 masih dalam julat boleh digunapakai.
Untuk lengan Arc Lite ni, satu saja keluhan Mamu : ketinggian dia bagi Mamu tak cukup tinggi walaupun pada paras tertinggi. Untuk pengguna yang tak setinggi Mamu, lengan ini dah cukup untuk hangpa guna.
Boleh multi tetingkap untuk multitasking, skrin paparan yang luas, kecerahan monitor yang begitu terang sehingga boleh menerangi hidup hangpa (melawak ja. Hangpa paham maksud Mamu) PRISM+ X290 monitor yang boleh hangpa masukkan dalam senarai wishlist hangpa.
Dengan tanda harga RM999 hangpa boleh dapati monitor PRISM+ X290 di pautan di bawah:
https://prismplus.my/omghackers
Dan Arc Lite monitor arm di pautan ini:
https://prismplus.my/omghackers-arclite
Penghantaran bukan dari Singapura naa. Depa akan hantar dari gudang depa yang berpangkalan di Petaling Jaya saja. Tunggu apa lagi, beli selagi stok masih ada!
Jumpa lagi di ulasan akan datang. Mamu signing out!