Cuba bayangkan sekiranya permainan Pokemon GO ini adalah permainan BERBAYAR? Bagaimana jika ia perlu dibeli dengan harga sebanyak RM10-20 sebelum dapat dimainkan?
Saya rasa jumlah muat turun mungkin banyak, tetapi tidak akan sebanyak 100 juta kali dalam tempoh sebulan.
Fenomena yang dicipta oleh permainan dari Niantic ini telah mewujudkan suatu gelombang baru di mana seluruh dunia mula berlatih semahunya untuk menjadi pelatih Pokemon teragung.
Niantic mula mengembangkan gagasan jajahan takluk permainan ini bertitik tolak dari Amerika Syarikat, Eropah, Australia, New Zealand, Jepun, Hong Kong, dan apabila ia mula menjejak petanya di Malaysia, seisi rakyat tidak lagi mahu betah duduk berdiam diri di rumah apabila ramai dari individu yang kelihatan bertempiran berlanggaran sesama sendiri, berebutkan makhluk digital terhebat.
Meskipun akaun Twitter CEO Pokemon GO digodam, ia tidak menghalang permainan tersebut daripada terus-menerus menerima kemas kini yang memperlihatkan peningkatan prestasinya serta pelbagai lagi ciri yang akan ditambah baik seperti lokasi tajaan (sponsored locations).