Playdate: Konsol Mudah Alih Retro Buatan Malaysia, Tidak Dijual di Malaysia
AMP Ads
Mobile Ads
Home Berita Playdate: Konsol Mudah Alih Retro Buatan Malaysia, Tidak Dijual di Malaysia

Playdate: Konsol Mudah Alih Retro Buatan Malaysia, Tidak Dijual di Malaysia

0
Mobile Ads

Konsol Playdate dan Permainan Video Firewatch Yang Penuh Kontroversi

Tahukah Anda, Kedua-dua Produk Ini Dari Syarikat Yang  Sama dan Berkongsi Kontroversi?

Mereka yang meminati permainan video retro dan produk permainan video retro pasti tidak asing lagi dengan konsol mudah alih Playdate dalam warna kuning menyerlahnya. Playdate telah ditayangkan dalam video ulasan banyak YouTuber terkemuka termasuklah di saluran YouTube ShortCircuit dan telah diulas oleh Anthony dari Linus Tech Tips.

Tahukah anda, Playdate adalah produk syarikat Panic yang juga membuat beberapa permainan video untuk PC seperti Firewatch dan Untitled Goose Game? Menariknya, Playdate dibuat dan dipasang di Malaysia!

Kita semua tahu betapa teruknya permainan video Firewatch dikutuk hebat kerana mengharamkan permainan tersebut distrim di YouTube. Antara YouTuber yang terkena tempias adalah PewDiePie yang telah diambil hasil wangnya melalui penstriman permainan tersebut dan juga telah diberikan notis tuntutan undang-undang.

Kita menyangka mungkin Panic akan lebih bijak dalam urusan perhubungan awam dan promosi selepas bencana Firewatch. Namun sebaliknya yang berlaku dengan konsol mini Playdate mereka. Playdate; walaupun dibuat di Malaysia, tidak boleh dibeli di Malaysia. Playdate dibuat di kilang Malaysia di Kedah.

Pengasas bersama Panic, Cabel Sasser berkata walaupun Playdate dibuat di Malaysia, mereka tidak akan menjualnya di Malaysia. Sekiranya sebuah syarikat menawarkan jualan produk secara langsung di sesebuah negara, maka syarikat tersebut terpaksa menjalinkan hubungan terus dengan kerajaan negara tersebut. Ini akan menyebabkan Playdate terpaksa membayar cukai dan melalui beberapa proses birokrasi. Kilang Playdate hanya mempunyai 6 orang pekerja dengan kapasiti pengeluaran 1 Playdate setiap hari.

Buat masa ini, sekiranya rakyat Malaysia ingin memiliki sebuah Playdate, anda perlu membuat pra tempahan. Apabila Playdate anda disiapkan, ia akan dihantar ke pusat pengumpulannya di California. Di sana, ia akan diasingkan mengikut tempahan dan kemudian dihantar semula kepada anda di Malaysia. Ini adalah proses penghantaran paling rumit dalam sejarah.

Mobile Ads

Apa pendapat anda?Cancel reply

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
wpDiscuz
0
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x
Exit mobile version