AMP Ads
Mobile Ads
Home Ulasan Aplikasi RetroArch: Main Semua Video Game Konsol Lama di Telefon Anda

RetroArch: Main Semua Video Game Konsol Lama di Telefon Anda

0
Mobile Ads

Perisian Percuma Untuk Mengimbau Kembali Nostalgia Kegemilangan Konsol Permainan Retro

Anda semua pasti merindui zaman kanak-kanak anda dahulu. Bagi generasi 80an dan 90an, pastinya masih ingat zaman peperangan konsol suatu ketika dulu. Peperangan konsol juga telah mencipta inovasi baru dalam permainan video dengan konsol bersaiz genggam tangan sepeti Gameboy, Gameboy Color dan Gameboy Advance.

Banyak projek komuniti telah disiapkan untuk memainkan permainan video lama ini di komputer. Namun, bermain di komputer pastinya memberi pengalaman berbeza berbanding bermain permainan video dengan peranti yang bersaiz mudah alih.

Dengan kemajuan pesat telefon pintar, SoC pada telefon pintar kini sudah cukup berkuasa untuk memainkan permainan video lama ataupun retro ini. Begitu banyak pemain ataupun emulator yang berada di internet ini agak menyukarkan komuniti permainan video retro. Dengan itu, tertubuhlah RetroArch.

RetroArch adalah satu platform yang mengumpulkan semua pemain permainan video retro dalam satu aplikasi. Ia juga tersedia dalam semua sistem operasi utama seperti iOS, Windows, Linux, Android malah untuk sistem operasi konsol mudah alih retro dari China seperti Miyoo dan RetroFW.

Anda hanya perlu memuat turun “Core” dalam aplikasi RetroArch dan gunakan Core ini untuk memainkan ROM permainan video anda. Contohnya, saya gunakan Core mGBA untuk memainkan ROM Gameboy Advance saya.

RetroArch mudah untuk digunakan tetapi menyediakan sangat banyak pilihan modifikasi seperti pilihan pemprosesan video tambahan, sokongan kayuria, simpanan kemajuan permainan video dan banyak lagi. Anda juga boleh mengubah antaramuka menunya sama ada seperti MS-DOS, PSP, Switch ataupun tetapan lalai RetroArch.

RetroArch menyokong kesemua permainan video retro seperti Sega Genesis, Super Famicom, SNES sehinggalah kepada Playstation 2 dan Nintendo 3DS. Ia juga menyokong permainan video Arcade seperti Initial D Arcade Stage yang menggunakan sistem Sega Naomi.

Saya baru menggunakan RetroArch selama sebulan dan masih banyak yang belum sempat saya terokai lagi. RetroArch tersedia di Playstore dan juga GitHub. Antara kelebihan utama RetroArch adalah ia berasaskan sumber terbuka dan diterajui oleh komuniti. Kod dan pemprogramannya sentiasa dipantau oleh komuniti, jadi ia memberikan saya lebih kelegaan dari segi keselamatan aplikasinya. Anda boleh memilih untuk memuat turun RetroArch terus di laman GitHub mereka atau di Google Play Store.

Muat turun RetroArch di Playstore

32-bit: https://play.google.com/store/apps/details?id=com.retroarch

64-bit: https://play.google.com/store/apps/details?id=com.retroarch.aarch64

Github: https://github.com/libretro/RetroArch

RetroArch hanyalah sebuah pemain bagi permainan video retro. Untuk bermain sendiri permainan, anda memerlukan fail ROM bagi permainan video yang anda mahukan. Perbuatan memuat turun fail ROM adalah menyalahi undang-undang hakcipta. Secara perundangan, saya perlu memberitahu anda semua untuk HANYA MUAT TURUN ROM YANG ANDA TELAH MILIKI SECARA SAH SAHAJA. Ada banyak sumber salinan ROM di internet dan pastikan anda muat turun ROM di tempat yang dipercayai. Saya secara peribadi memuat turun ROM di pautan yang dicadangkan di GitHub. Risiko muat turun adalah tanggungan sendiri.

ROM di GitHub: https://r-roms.github.io/

Mobile Ads

Apa pendapat anda?Cancel reply

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
wpDiscuz
0
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x
Exit mobile version