Views: 1
Jiran serang orang tua secara verbal, menghendap, panjat pagar rumah orang, baling mercun. Bila buat laporan polis, polis kata bukan jenayah? Apa benda ni?
Sumber:
Sebab itulah kami cakap Malaysia ni undang-undang dan penguatkuasaan ke laut. Pesalah dimanjakan, mangsa pula tertekan. Tak kan nak tunggu mangsa dirog0l, ditikàm, rumah dibakar baru “layak” buat laporan polis?
Kalau di negara lain, menghendap itu pun dah jadi kesalahan serius. Ini bukan kali pertama kes sebegini berlaku di Malaysia.
Menurut kajian di Amerika Syarikat, terdapat perkaitan ketara di antara jenayah mengendap (stalking) dan jenayah lain seperti rog0l dan bunvh. Kurang daripada separuh mangsa membuat laporan polis. 3 daripada 4 mangsa menghendap kenal penghendap.
Di Malaysia, kes jenayah mengendap yang paling tular adalah kes Acacia Diana yang menderita dihendap, diikuti secara fizikal dan digital selama 8 tahun lamanya! Sama juga kesnya. Bila dibuat laporan, polis kata tak ada sentuhan fizikal, tak ada jenayah.
Mangsa diikuti sehingga ke depan pagar rumah, dalam kapal terbang, di bilik hotel dan hingga ke luar negara! Hanya pada tahun 2023 barulah menghendap dimasukkan sebagai jenayah di bawah Seksyen 507A Akta 574. Tapi itu pun masih belum selesai sepenuhnya. Mangsa menderita anxiety dan tekanan perasaan yang teruk.
Tapi, macam biasalah. Setiap undang-undang baru, tak semua penguatkuasa cakna. Lesen memandu dan cukai jalan digital pun tak habis bergaduh lagi ada yang kena saman sebab pegawai penguatkuasa tak reti semak dalam peranti mereka sendiri.
Sepatutnya, jenayah dicegah, bukan dihukum saja. Kalau dah nampak faktor risiko, kena cegah daripada awal. Bukan tunggu nasi dah basi. Macam menggalakkan mangsa buat provokasi sampai jadi mangsa fizikal pula untuk buat laporan polis. Macam ini pun ada.