Perisian Trafik Bot : Pemberi Trafik Yang Sebenar!

Salam The Hykerz dan semua pembaca..

Sebenarnya entry kali ni Mr.Hac taip khas untuk Kata Aku sebab dia yang request entry ni..maksud Mr.Hac, dia yang minta Mr.Hac perisian ni..pada mulanya Mr.Hac keberatan nak share sebab nanti jatuh la saham Mr.Hac bila ramai yang dah jadi pakar trafik! heheheh..tapi akhirnya Mr.Hac akur, yang perisian ni tak akan dibawa masuk ke kubur! (haa..amek kau!)

Mengikut cerita asal pembina perisian ni, kebanyakan pembina laman sesawang (website) berlumba-lumba membuat satu laman yang sangat cantik, membuat post yang sangat bagus, tetapi akhirnya kecundang apabila tiada pelawat yang datang ke laman mereka..disebabkan trafik terlalu penting, mereka sanggup membeli trafik, namun harga yang ditawarkan adalah mahal..
tiada siapa yang sanggup untuk kehilangan dana mereka bukan?
jadi disebabkan itulah pembina laman sesawang gemar melihat kepada webstats untuk melihat ‘siapa’ atau ‘laman’ mana yang ‘merujuk pelawat’ datang ke laman mereka..
(referring visitors to their website)
mereka selalu berasa teruja untuk melihat siapa yang ‘menghantar’ pelawat yang sering datang ke laman yang telah mereka bina..
oleh itu terciptalah perisian ini yang dinamakan Magic Traffic Bot..

Iklan Google

Perisian ni berfungsi sebagai ‘bot’ untuk merangkak (crawl) dan merayap ke laman yang telah kita pilih pada settingnya..bot tu apa? bot ini singkatan daripada perkataan ‘ROBOT’ yang perilakunya bertindak seolah-olah manusia yang melakukannya..faham ke?
ok katakan la satu laman web ni, ada 100 orang yang klik setiap hari, bermakna laman tu dapat 100 hits setiap hari..korang pun create satu blog kononnya nak samakan la hits tu..jadi dengan menggunakan perisian ni, ia akan menghantar ‘bot’ tersebut yang bertindak mengklik laman yang telah korang cipta tu sebanyak mana yang korang telah tetapkan pada setting..contohnya 100 kali ping, maka 100 kali la yang korang dapat..

Iklan Google

Perisian ni pada asalnya nak popularkan atau nak bagi kualiti backlink kepada ‘Referring Url’ yang telah ditetapkan pada settingnya..
tapi aku ni terfikir benda lain..
daripada duk susah-susah nak bagi trafik kat orang lain, kenapa tak bagi kat diri sendiri aje…
aku dah uji dan ternyata memang ada pertambahan pada trafik..aku buat ‘Reffering Url’ tu senang aje, iaitu http://www.google.com
heheheh..menarik kan?

Jadi ringkasnya, siapa yang nak perisian ni, terutamanya Encik Kata Aku, nah..aku hadiahkan perisian ni..banyak dah yang aku dah muat turun dan uji…kebanyakannya ada error, dan ada virus trojan dropper padanya..tapi yang ni, setakat yang aku dah cuba ok la..
kalau masih ada perisian anti-virus mengesannya sebagai virus, aku berani cakap itu adalah FALSE ALARM atau FALSE POSITIVE ALARM..apa itu false alarm @ false positive? aaaaa..entry kemudian la pulak aku cerita ye? aku sebenarnya ada beberapa lagi perisian yang serupa dengan Magic Traffic Bot tapi setakat ni yang aku tengok mungkin ini yang paling ok..SETAKAT NI laa..kalau korang nak jugak perisian tu aku boleh bagi..tengok kat bawah ni..

Nah ENCIK KATA AKU..klik link kat bawah ni..

Klik Kat Sini —> Magic Traffic Bot

Klik Kat Sini —> Massive Url Pinger Version 1.1 and Referer Faker

Url Pinger tu untuk ping website korang ke senarai 3000+++ website yang akan menjana backlink berkualiti untuk website korang..Referer Faker tu pula gunanya lebih kurang sama macam Magic Traffic Bot..

Iklan Google
Arya Putra
Arya Putrahttps://omghackers.com/
A regular tech blogger who have passions for cats. I will not put my trust on anybody who hated them, doesn't matter if they are my friends or family. I have a dream where I am the owner of a Cat Cafe. Help me achieve it by hiring me as your reviewer. For any review inquiries, you can contact me at arya@omghackers.com

Artikel Terkini

spot_imgspot_img

Artikel Berkaitan

33 KOMEN

  1. @ Encik Kodet..ia berfungsi dengan menjana bot atau robot yang akan ping blog kodet macam manusia yang buat, konon2nya..

    @ Akak pah jangan takut..hehehe..

  2. Salam tuan blog….
    kenape kt blog aku…

    bile last loading…
    terus lompat masuk blog orang lain???

    diorang pakai auto-bot traffic gak ke??

    aku rase diorang pun pakai software hack gak ni…

    tolong siasat yer….

    :)

    wasalam…

  3. bro..cmne nak guna software tu..ade tutorial dia x? x reti la nak guna software tu:(

Ruangan komen telah ditutup.

spot_imgspot_img