CIMB telah perkenalkan dua aplikasi baru yang bakal memudahkan pembankan pembayaran mudah alih iaitu CIMB Pay & CIMB Eva.
CIMB Pay satu aplikasi mirip Samsung Pay yang menggunakan teknologi NFC pada telefon anda untuk membuatkan bayaran. CIMB Pay boleh digunapakai dengan sistem Visa atau Mastercard berbanding dgn Maybank yang hanya menyokong sistem Visa sahaja.
Kebanyakan bank mula mengorak langkah untuk menggunakan teknologi ini bagi memudahkan para pengguna membuat pembayaran. CIMB Pay bakal menjadi pesaing kepada Samsung Pay yang ura-ura akan dilancarkan tidak lama lagi di Malaysia.
Tambahan kepada CIMB Pay, CIMB juga melancarkan CIMB Eva iaitu satu aplikasi pembantu maya. Aplikasi ini membolehkan pengguna bersembang secara maya dengan Eva. Setakat artikel ini ditulis, aplikasi ini dapat membuat pembayaran bil, membuat isian semula prabayar dan menyemak baki akaun anda.
Di masa akan datang kemungkinan ada lagi tambahan fungsi lain yang membolehkan Eva membantu anda dengan lebih cekap.
Kedua-dua aplikasi ini anda boleh muat turun di Google Play Store. Sebelum menggunakan aplikasi ini,diingatkan bahawa anda harus mempunyai akaun CIMB untuk mengaktifkan penggunaan aplikasi tersebut.