Pencipta Pita Kaset, Lou Ottens Meninggal Dunia Pada Usia 94 Tahun

Lou Ottens, pencipta pita kaset audio meninggal dunia pada usia 94 tahun di kediamannya di kampung halaman beliau di Duizel, Belanda. Punca kematiannya, walau bagaimanapun, tidak didedahkan.

Pita kaset audio adalah antara revolusi terbesar dalam dunia muzik dan audio. Beralih daripada piring hitam dan pita gulungan besar, pita kaset adalah medium penyimpanan muzik yang lebih mudah alih, kemas, dan selamat. Secara anggaran, lebih daripada 100 billion pita kaset telah dijual di seluruh dunia.

Memetik kenyataan beliau dalam satu temubual, beliau telah mencipta pita kaset 2 tahun selepas mencipta perakam pita gulung mudah alih. Menurutnya lagi, kerana penggunaan pita gulung yang susah dan rumit dan memerlukan penggunaan secara manual, beliau akhirnya mencipta pita kaset yang lebih kecil.

Pita gulung.
Pita kaset.

Semua ciptaannya dicipta dan dibangunkan ketika masih bekerja bersama Philips. Ironinya, bukan Philips yang mempopularkan pita kaset ciptaannya, tetapi sebuah syarikat daripada Jepun, Sony. Sony telah menunjukkan minat terhadap rekaannya dan telah mencipta format pita kaset mereka sendiri yang akhirnya melahirkan Sony Walkman, sebuah pemain kaset mudah alih yang pernah menjadi satu kegilaan suatu ketika dahulu.

Menariknya, Lou Ottens juga bertanggungjawab dalam menyelia pembangunan CD pertama menerusi kerjasama Sony-Philips pada tahun 1972. Penjualan CD di seluruh dunia dianggarkan mencecah angka sehingga 200 billion! Sekaligus menghentikan populariti pita kaset di era 1960-1980.

Lou Ottens bersara daripada perjawatannya di Philips pada tahun 1986.

Sumber : CNN, The Guardian, BBC

Murung Mohowongso
Murung Mohowongsohttp://omghackers.com
Hobi saya membeli belah atas talian. Ketagih dalam mengumpul gajet dan semua mainan yang tidak mampu dibeli semasa zaman kanak-kanak dahulu. Akan ambil masa minima 2 minggu membaca review dan buat ulangkaji sebelum membeli sebarang produk. Sangat tidak suka berpura-pura dan juga orang yang berpura-pura. Asertif dan introvert, tapi tak pernah biadap. Hubungi saya di [email protected]

Artikel Terkini

spot_imgspot_img

Artikel Berkaitan

Apa pendapat anda?

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
spot_imgspot_img
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x