Kepelbagaian kaum dalam bidang seni adalah satu topik yang sentiasa diperbahaskan dan penuh kontroversi. Bermula daripada kebangkitan revolusi kulit hitam, semangat ini merebak ke bidang ekonomi dan bidang seni. Hollywood contohnya, banyak menerima tekanan untuk menyertakan lebih banyak watak kulit hitam sebagai salah satu langkah untuk menayangkan semangat kulit hitam di Amerika. Selain daripada golongan kulit hitam, golongan minoriti yang lain juga mendesak mereka diberikan hak dan peluang yang sama untuk mewakili golongan mereka dalam hasil seni dan hiburan berskala besar di Hollywood.
Peningkatan capaian global juga telah membuka lebih banyak kepelbagaian dalam bidang hiburan di Amerika. Anime yang dahulunya cuma dinikmati oleh orang Asia kini semakin diterima di Amerika. Kemajuan platform strim atas talian juga lebih memudahkan penonton di Amerika untuk menonton kandungan anime. Ia sekaligus melonjakkan populariti anime di Amerika Syarikat. Malahan, dengan populariti perkhidmatan strim atas talian juga telah berjaya membawa anime ke benua lain seperti di Eropah dan negara-negara teluk.
Yuu Kamiya, pencipta siri No Game No Life juga tidak terkecuali daripada kritikan kepelbagaian kaum dalam karyanya. Kesan daripada populariti karya beliau di luar daripada Asia, No Game No Life telah menerima peminat baru daripada barat. Ini telah menyebabkan para peminat dari barat mengkritik karya beliau yang tidak menepati citarasa dan budaya di barat.
Yuu Kamiya telah memuat naik pengakuannya di Twitter beliau. Menurutnya, seorang peminat telah mengkritik beliau kerana tidak menyertakan watak kulit hitam sedangkan latar belakang No Game No Life adalah semasa zaman pertengahan di Eropah. Menurut peminat tersebut lagi, di zaman pertengahan Eropah, sudahpun ada golongan kulit hitam di sana.
なんか外国の読者に「中世・近世ヨーロッパにも褐色肌の人種はいた。何故あなたの作品では出て来ない!」ってお叱り(?)のDMを頂いた。まずディスボードはヨーロッパじゃないですね。中世近世ヨーロッパにケモ耳やエルフいましたか? あと普通に褐色肌のキャラいますし。
— 榎宮祐♟️ノゲノラ12巻発売中 (@yuukamiya68) March 3, 2023
Yuu Kamiya, bagaimanapun dalam ciapannya mengesahkan No Game No Life tidak berlatar belakangkan di zaman pertengahan Eropah. Tambahnya lagi, adakah di zaman pertengahan Eropah wujud juga golongan Elf dan Furry seperti yang terdapat dalam No Game No Life?
Tambah Yuu Kamiya lagi, beliau mungkin terlalu menekankan budaya Jepun dalam karyanya dan tidak sensitif dengan nilai moral dunia barat. Sebagai seorang kacukan Jepun-Portugis-Itali yang dilahirkan di Brazil lalu membesar di Amerika Syarikat dan kini menetap di Jepun dengan kerakyatan Brazil, Yuu Kamiya sangat gemar mencampurkan kepelbagaian budaya dalam karyanya.