Pasang Ubuntu 15.04 Dual Boot Dengan Windows 10

Assalamualaikum para pembaca yang budiman.
Ramai yang berminat nak menggunakan Linux amnya dan Ubuntu khususnya, namun tak ramai yang berani untuk mencuba apatah lagi untuk terus memasangnya di PC masing-masing. Sebenarnya ia adalah amat mudah, tak perlu pemikiran yang terlampau genius, cukup sekadar SPM lulus semua subjek.Baiklah, mari kita teruskan dengan tutorial.

1. Sebelum anda selesai boot, akan keluar paparan seperti ini:

Untuk menulis artikel ini saya pilih ‘Try Ubuntu’ (sebab malas nak pasang lagi sebenarnya). Tapi untuk anda, pilih ‘Install Ubuntu’.

2. Setelah selesai boot, anda akan dipaparkan terus kepada desktop dan paparan kekunci pintas. Pangkah semua, dan anda akan nampak pintasan ‘Install Ubuntu 15.04’ di desktop anda. Klik pada pintasan tersebut.

3. kemudian, paparan seperti berikut akan keluar. Klik ‘Continue’.

4. Seterusnya, pada tetingkap berikut, saya galakkan/syorkan untuk anda tanda/centang pada kotak ‘Download updates while installing’ dan ‘Install this third party software’, dan klik ‘Continue’.

5. Pada tetingkap berikutnya, anda boleh terus klik ‘Install Ubuntu inside Windows 8 untuk memudahkan kerja anda dan terus klik pada ‘Continue’ untuk terus memasang Ubuntu Dual Boot dengan Windows 10 (ya, ia tulis atau labelkan sebagai Windows 8). Tetapi jika anda mahu cipta partisi (partition) sendiri, klik pada ‘Something else’.

 

6. Di sini, anda perlu sangat berhati-hati, kerana kalau tersilap langkah, “Selamat tinggal Windows 10!”.
Setiap partisi ada ‘isi-isinya’ dan dilabel sebagai sda1, sda2 dan seterusnya. Sebagai contoh, sda1 di bawah ini adalah Windows loader. Sda2 merupakan partisi ‘C’, sda3 saya tak tau apa ke benda. Ehehehe.. manakala sda4 pula adalah partisi ‘D’.
7. Saya akan memilih partisi D yang kosong untuk menempatkan Ubuntu 15.04. Klik dua kali pada sda4 tersebut (sebagai contoh untuk tutorial, anda punya mungkin sda3, sda5 dan sebagainya), dan kemudian tentukan saiz yang anda mahu. Lihat contoh di bawah. Saya tinggalkan baki sekurang-kurangnya 1GB (saya malas nak kira teruk-teruk, saya cuma tolakkan dengan 1000. Hehehe..).
Ruangan baki 1GB tersebut akan digunakan untuk ‘Swap’.

 

8. Klik OK. Untuk tutorial partitioning yang lebih mantap, anda boleh rujuk kepada artikel lama OMG! Hackers? di sini : Pasang Ubuntu/Linux Mint Dual Boot Dengan Windows
9. Klik terus pada ‘Install Now’. Langkah-langkah seterusnya anda boleh rujuk kepada artikel lama seperti pautan di atas. Ianya lebih kurang sama sahaja. Kalau anda tidak faham apa-apa, anda boleh ‘pm’ saya di Facebook.
10. Itu sahaja. Anda boleh enjoy dengan Ubuntu 15.04 selepas selesai pemasangan penuh dan boot ke dalam desktop.
Iklan Google
Arya Putra
Arya Putrahttps://omghackers.com/
A regular tech blogger who have passions for cats. I will not put my trust on anybody who hated them, doesn't matter if they are my friends or family. I have a dream where I am the owner of a Cat Cafe. Help me achieve it by hiring me as your reviewer. For any review inquiries, you can contact me at arya@omghackers.com

Artikel Terkini

spot_imgspot_img

Artikel Berkaitan

spot_imgspot_img