Cara Pemasangan Seedbox V2 (Multi-User, quota, sabnzbd dan deluge)

Salam alaik, dan bertemu kita lagi dalam tutorial yang sama iaitu Seedbox dan Cara Pemasangan. Cuma, dalam tutorial ini ada sedikit perbezaan dan penambahbaikan di dalam sistem ruTorrent. Sebelum itu, saya ingin memohon maaf kerana pada tutorial lepas, gambar-gambar yang saya paparkan sudah pun tidak wujud.
Untuk mengenali lebih lanjut apa itu Seedbox, sila layari: https://en.wikipedia.org/wiki/Seedbox
Tanpa membuang masa, mari kita terus ke hadapan tanpa menoleh ke belakang lagi. Bismillah…
NOTA: Harus diingatkan adalah skrip ini adalah tanpa pengawasan, yang menginginkan pemasangan Seedbox secara automatik. 

Apakah yang bakal dipasangkan di dalam sistem/VPS anda:

– ruTorrent 3.4 + Official Plugins
– rTorrent 0.9.2 atau 0.9.3
– libTorrent 0.13.2 atau 0.13.3
– Deluge 1.3.5 (dikatakan stabil) multi-user
– mktorrent
– JailKit (menyediakan ‘chroot jail’)
– Fail2ban
– Apache (SSL)
– OpenVPN
– PHP5 dan PHP-FPM (FastCGI untuk menambahkan peningkatan prestasi)
– Linux Quota
– SSH Server (untuk SSH Terminal dan sambungan sFTP)
– vsftpd (Very Secure FTP Daemon)
– IRSSI
– Webmin (Untuk pengurusan server anda)
– sabnzbd (Ubuntu PPA Repository -SABnzbd
– Rapidleech
ruTorrent plugins

Penambahan plugin ruTorrent:
– Autodl-IRSSI (dengan kemaskini senarai trackers)
– Ruang memori yang telah diubahsuai untuk sokong quota.
– Filemanager (diubahsuai untuk menguruskan ‘rar’, ‘zip’, ‘unzip’, ‘tar’, dan ‘bzip’)
– Fileupload
– Fileshare
– MediaStream (untuk menonton video secara langsung dari seedbox anda)
– Logoff
– Tema: Oblivion

Sistem Operasi yang disokong untuk memasang seedbox:

Ubuntu Server 6.06.2 LTS 
Ubuntu Server 8.04.4 LTS 
Ubuntu Server 10.04.1 LTS 
Ubuntu Server 11.04 
Ubuntu Server 12.04 
Ubuntu Desktop 12.04 
Ubuntu 10.10 
Arch Linux 2010.05
ArchBang 2010.10 
CentOS 4.8 
CentOS 5.5 
ClearOS 5.2 
Debian 4.0r7 
Debian 5.0.3 
Debian 5.0.7 
Debian 6.0.0 
Fedora 13 
Fedora 14 
Fedora 15

AMARAN!
Jika anda tiada pengalaman langsung didalam LINUX, anda tidak digalakkan memasang skrip ini.

Jangan gunakan huruf besar untuk username anda. 

Mari kita mulakan:
1) Muat turun skrip
wget -N http://ipinv.ml/v1.sh 
 time bash ~/v1.sh
2) Jawab kesemua soalan yang diberikan. Berikut adalah gambar-gambar soalan yang bakal ditanya:
                            
(Isikan username dan password yang ingin anda gunakan)

                                                    

(Isikan IP Address anda (IPv4), ataupun hostname anda)

(Isikan SSH port yang anda mahu gunakan)

(Isikan vsftp port yang anda mahu gunakan)

(Pilih antara salah satu versi yang ingin anda gunakan. (Saya sarankan 0.9.2))
Selepas itu, keseluruhannya pemasangan akan dilakukan secara automatik dan masa yang diambil di antara 10 ~ 20 minit bergantung kepada kelajuan internet dan hardware pc anda.
3) Selepas selesai pemasangan, sistem anda akan “reboot”. Selepas itu, anda boleh mengakses masuk seedbox anda menggunakan username yang anda telah letakkan pada awal soalan.
Untuk mengakses masuk seedbox anda:
http://<ip-address-seedbox-anda>/rutorrent
Untuk melihat info tentang kesemua user anda:

http://<ip-address-seedbox-anda>/seedboxInfo.php

Selepas anda melog masuk ke dalam seedbox, anda mungkin akan mengalami error yang dipaparkan di log seedbox anda. Ini adalah cara untuk memperbetulkan error tersebut:

(Lihat kod di baris 28 (line 28))

(Padam kesemuanya dan gantikannya dengan “if ($.browser={ msie: ( navigator.appName == ‘Microsoft Internet Explorer’) ? true : false })” dan simpan)
Multi-User Commands / Cara-cara untuk menggunakan Multi-User
Anda harus melog masuk sebagai user yang mepunyai keizinan untuk menggunakan ‘sudo’

Tetapi, jangan gunakan ‘sudo’ untuk menjalankan arahan ini:

createSeedboxUser

deleteSeedboxUser

changeUserPassword

Senarai servis yang telah dipasangkan di sistem anda:

ruTtorrent
URL: https://<Server IP atau Server Name>/rutorrent
U: <username>
P: <rutorrentpassword>

FTP – SSH
IP: <Server IP atau Server Name>
U: <username>
P: <password>
Port: 21976 (ataupun Port yang anda telah taip semasa pemasangan)
Protocol: SFTP – SSH File Transfer Protocol (bukan “FTP”)

FTP – vsftpd
IP: <Server IP atau Server Name>
U: <username>
P: <password>
Port: 21201
Protocol: FTP

SSH
IP: <Server IP or Server Name>
U: <username>
P: <password>
Port: 21976 ((ataupun Port yang anda telah taip semasa pemasangan)
Harus diingatkan log masuk ‘root’ telah pun dinyahdayakan. Log masuk user yang anda telah cipta semasa di awal pemasangan tadi. Dan gunakan arahan “sudo” jika anda memerlukan ‘root’.

Webmin
IP: https://<Server IP atau Server Name>:10000
U: <username>
P: <password>
Port: 10000

Untuk membuat SymLink fail yang telah dimuat turun di server anda sila gunakan arahan ini:

sudo ln -s /home/<user>/downloads/manual/ /var/www/rutorrent/dl/

Paparan setelah SymLink:

Siap sepenuhnya. Sebelum itu, jika ada sesiapa yang tidak memahami tutorial saya ini, saya akan sediakan video tutorial sepenuhnya selepas saya siap menyunting video ini. Saya ingin memohon maaf. Salah silap harap maafkan. Yang baik datangnya dari Allah S.W.T, yang buruk datang dari saya sendiri. 
Salam ikhlas dari saya, EpyV. Salam alaik. 
*Saya akan poskan cara cara pemasangan Blog Ghost secepat yang mungkin. 

Artikel Terkini

spot_imgspot_img

Artikel Berkaitan

spot_imgspot_img