Cara Memasang Arch Linux (2015.08.01 ISO)

Sebenarnya saya dah lama tidak melakukan pemasangan Arch Linux. Masakan tidak, Arch Linux tidak perlu dipasang semula. Cukup sekadar kemas kini dan ia sedia dinaik taraf, hasil dari sistem rolling release.
Jadi baru-baru ini waktu saya mencuba untuk memasangnya semula, ada lah satu dua perkara yang dah berubah. Tak banyak, tidaklah terlalu signifikan, tetapi ia juga tetap perlukan bacaan menyeluruh.
Harus diingatkan kepada anda yang suka dengan Linux dan berminat hendak mencuba Arch Linux, anda tidak boleh bergantung kepada tutorial ‘luar’. Anda perlu jadikan ArchWiki sebagai rujukan utama dari semasa ke semasa, kerana setiap kali ada perubahan, setiap kali itu ia dikemas kini, manakala tutorial ‘luar’ dari ArchWiki adalah statik.
Apa yang saya cuba lakukan di sini ialah menjadi ‘penterjemah kepada ArchWiki‘ untuk memudahkan anda memahami apa sebenarnya yang berlaku di sebalik tabir pemasangan Arch Linux. Jika tutorial di sini sudah ‘mereput’, maka anda wajib merujuk ArchWiki untuk dapatkan tutorial atau panduan terkini tentang apa juga masalah anda.

Secara asasnya, kaedah pemasangan ataupun nak senang faham carta alir kerja pemasangan sistem operasi Arch Linux adalah:

Mengenalpasti keberadaan internet -> Partitioning -> Pasang pakej sistem -> Penetapan asas sistem seperti jam dan nama host -> Penetapan pengguna (users) -> Pemasangan bootloader -> Pemasangan xorg dan lain-lain komponen -> Pemasangan persekitaran dekstop

Jadi apa yang anda perlukan sekarang?

Muat turun dahulu fail ISO Arch Linux yang terkini.

Kemudian, rakamkan ia (burn) ke dalam pemacu USB. Saya sarankan anda gunakan Rufus.

Kemudian, boot ke dalam persekitaran Arch Linux.

Pastikan internet berjalan dengan baik. Taipkan perintah:

ping -c 3 google.com

Kalau nampak ping tu ok, maka kita bolehlah teruskan pemasangan. Kalau internet tidak berjalan seperti sepatutnya, maka anda perlu rujuk ArchWiki lah macam biasa akan apa yang patut anda buat. Jangan menangis tepi dinding pulak.

Taipkan ‘cfdisk‘. Anda akan dibawa masuk kepada persekitaran seperti ini:
Pilih gpt. Kenapa dan apa itu gpt, mohon kaji dan baca sendiri.

Penetapan partisi. Mudah sangat. Hanya perlu halakan kursor menggunakan kekunci anak panah ke arah ‘New’, kemudian tentukan berapa saiz partisi yang anda mahu untuk sistem. Biasanya saya akan tinggalkan lebih kurang 1GB untuk partisi Swap.

Setelah itu, halakan kepada ‘Write’, taipkan ‘yes’, tekan Enter. Kemudian halakan kepada ‘Quit’, dan tekan Enter sekiranya perlu.

Seterusnya kita perlu ciptakan partisi itu tadi:

mkfs.ext4 /dev/sda1 <— sda1 merujuk kepada partisi Linux yang ingin dijadikan sebagai partisi sistem.

mkswap /dev/sda2 <— sda2 merujuk kepada partisi yang ingin dibuat sebagai Swap.

mount /dev/sda1 /mnt <— kita mount partisi sda1 kepada direktori /mnt

mkdir /mnt/boot <— ‘make directory’ >> /mnt/boot

mkdir /mnt/home <— ‘make directory’ >> /mnt/home

mount /dev/sda1 /mnt/boot <— mount partisi sda1 kepada direktori /mnt/boot

mount /dev/sda1 /mnt/home <— mount partisi sda1 kepada direktori /mnt/home

swapon /dev/sda2 <— hidupkan Swap untuk partisi sda2 jika anda mahu ia dibaca oleh genfstab.

cd /mnt <— halakan sistem kepada direktori /mnt

Gunakan pacstrap untuk pasangkan base group. Saya galakkan anda pasang sekali base-devel.

pacstrap /mnt base base-devel

Konfigurasi sistem dengan genfstab (janakan fstab).

genfstab -p /mnt >> /mnt/etc/fstab

Kalau nak selamat, anda semaklah semula fstab dengan menggunakan nano.

nano /mnt/etc/fstab

Berikut adalah contoh apa yang akan dipaparkan. Anda perlu pastikan hanya / ditandakan dengan nombor 1. Ini adalah untuk mengelakkan ralat ‘welcome to emergency mode’, atau senang cerita kalau salah tanda, sistem operasi tidak dapat boot.

#
# /etc/fstab: static file system information
#
<file system>   <dir>   <type>  <options>       <dump>  <pass>
# UUID=4d5af8d0-e62c-4a05-86f4-8f48d380b48d
/dev/sda1               /               ext4            rw,relatime,data=ordered        0 1
# UUID=4d5af8d0-e62c-4a05-86f4-8f48d380b48d
/dev/sda1               /home           ext4            rw,relatime,data=ordered        0 2
# UUID=4d5af8d0-e62c-4a05-86f4-8f48d380b48d
/dev/sda1               /boot           ext4            rw,relatime,data=ordered        0 2
# UUID=9afd2190-c06b-41fa-ae28-40107579524e
/dev/sda2               none            swap            defaults        0 0

Change root ke dalam sistem baru kita:

arch-chroot /mnt

Tetapkan nama host:

echo archerix > /etc/hostname


Tetapkan zon masa (untuk jam):

ln -s /usr/share/zoneinfo/Asia/Kuala_Lumpur /etc/localtime

Uncomment (buangkan tanda #) pada mana-mana locales yang anda mahu (untuk bahasa).

nano /etc/locale.gen

Kalau mahukan Bahasa Inggeris, buangkan tanda # pada dua baris berikut:

en_US.UTF-8 UTF-8
en_US ISO-8859-1

Janakan locales itu tadi dengan baris perintah:

locale-gen

Jangan lupa untuk hidupkan internet:

systemctl enable [email protected]

Kemudian cipta initial RAM disk dengan:

mkinitcpio -p linux

Tetapkan kata laluan untuk akaun root:

passwd

Tambah nama pengguna dan juga kata laluannya:

useradd -m -g users -s /bin/bash aryaputra <— Gantikan ‘aryaputra’ dengan nama pengguna pilihan anda.

passwd aryaputra

Pasangkan bootloader pilihan anda. Kali ini saya memilih untuk menggunakan GRUB kerana saya dah bosan dengan syslinux.

pacman -S grub

grub-install /dev/sda <— kalau ada masalah pemasangan, contohnya pemasangan dalam VirtualBox, gunakan perintah –force :

grub-install –force /dev/sda

grub-mkconfig -o /boot/grub/grub.cfg

Heheh.. Dah nak siap dah. Cuma, saya sarankan agar anda ubah mirror kepada yang paling laju dan yang paling ‘boleh diharap’ sebelum reboot supaya dapat memastikan kelancaran kerja.

Untuk itu, rujuk Arch Mirrors, List by speed.

Setelah siap semua, keluar dari persekitaran chroot dengan:

exit

Atau tekan kekunci Ctrl+D.

Kalau anda mahu, anda boleh unmount kesemua partisi itu tadi dengan:

umount -R /mnt

Dan setelah itu:

reboot

Anda akan disambut dengan GRUB! Yeay!

Beginilah paparan setelah log masuk. Cool..

Tapi buat masa ini kita perlu pasangkan sudo, jadi log masuk menggunakan akaun root anda dahulu. kemudian:

pacman -S sudo

Sunting visudo. Sila uncomment pada %wheel ALL=(ALL) ALL untuk membenarkan pengguna biasa menjalankan perintah sudo

EDITOR=nano visudo

Nak mudah tambahkan nama pengguna anda di bawah baris root ALL=(ALL) ALL.
Contohnya:

root ALL=(ALL) ALL
aryaputra ALL=(ALL) ALL

Simpan fail tersebut dengan menggunakan kombinasi Ctrl + O + Enter, dan Ctrl + X untuk keluar dari nano.

Kalau anda malas nak taip kata laluan setiap kali anda gunakan perintah sudo, letakkan nama pengguna di bawah # %wheel ALL=(ALL) NOPASSWD: ALL seperti ini:

%wheel ALL=(ALL) NOPASSWD: ALL
aryaputra ALL=(ALL) NOPASSWD: ALL

Ok, sikit lagi.. sikittttttt lagi..

Pasangkan xorg dan lain-lain komponen:

pacman -S xorg xorg-server xorg-xinit xorg-server-utils xterm twm


Kalau anda memasang ia dalam VirtualBox:

pacman -S virtualbox-guest-utils

SIAP!!

Sekarang yang tiada cuma persekitaran desktop sahaja. Anda mahu saya teruskan? Kalau mahu, saya teruskan dengan pemasangan persekitaran desktop MATE sebab itu yang saya suka.

pacman -S mate mate-extra

Untuk memastikan ia dapat dijalankan, kita suntung dahulu fail yang patut iaitu xinitrc. Salin dari templat lalai (default)

cp /etc/X11/xinit/xinitrc ~/.xinitrc

Sunting dengan nano:

nano ~/.xinitrc

Uncomment pada semua yang tak patut, kemudian tambahkan dengan:

exec mate-session

Rujuk gambar di bawah:

Senang cerita uncomment pada baris bermula dari twm & sampai laaa kepada bla bla bla -name login tu. Nampak dah kan?

Ok. SIAPPP. Sekarang dah boleh reboot, log masuk menggunakan nama pengguna dan kata laluan yang telah ditetapkan, dan gunakan perintah

startx <— untuk memulakan persekitaran desktop MATE.

SELESAI. Diharapkan agar anda dapat manfaat dari panduan ini. Kalau anda masalah sila rujuk ArchWiki. Hehehe.. Alhamdulillah. Habis sudah tutorial nan panjang ini.

Arya Putra
Arya Putrahttps://omghackers.com/
A regular tech blogger who have passions for cats. I will not put my trust on anybody who hated them, doesn't matter if they are my friends or family. I have a dream where I am the owner of a Cat Cafe. Help me achieve it by hiring me as your reviewer. For any review inquiries, you can contact me at [email protected]

Artikel Terkini

spot_imgspot_img

Artikel Berkaitan

spot_imgspot_img