Bagi mereka yang menggunakan sistem operasi Windows, pemasangan JDownloader adalah mudah kerana hanya perlu klik dua kali pada pemasang exe dan klik next-next dan next sehingga selesai. Tapi macam mana pula hendak memasangnya pada Ubuntu atau Linux Mint ya?
Mudah sahaja. Ikuti tutorial ringkas di bawah. Mr.Hac sudah cuba ia pada Ubuntu 11.04, 11.10 dan Linux Mint 11. Tiada masalah.
1. Buka Terminal, tambah repository JDownloader:
sudo add-apt-repository ppa:jd-team/jdownloader
2. Kemaskini OS anda:
sudo apt-get update
3. Pasang JDownloader:
sudo apt-get install jdownloader
Paparan skrin selepas selesai pemasangan dan ketika Mr.Hac mahu membukanya:
JDownloader mengemaskini perisiannya. Anda cuma perlu klik ‘OK’ sahaja untuk kesemua paparan tetingkap yang terbuka.