Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Dalam meniti arus modenisasi ini ada diantara kita yang masih tidak tahu tentang perkembangan teknologi. Mereka tidak tahu menggunakan salah satu kaedah muat turun yang popular lagi gah menjadi bualan umum. Kaedah tersebut adalah kaedah peer-to-peer (p2p) atau lebih dikenali dengan nama torrent. Yang memusykilkan penulis ialah mengapa mereka tidak tahu akan kaedah ini walaupun sudah bertahun lamanya kaedah ini digunakan. Bila diajar mereka berkata,mereka masih tidak mengerti apa-apa tentang kaedah ini. Ada beratus mahupun beribu blogger yang menceritakan dan merangka penulisan tentang kaedah memuat turun sesuatu perisian,permainan video,filem mahupun apa-apa barangan yang terdapat pada laman pembekal fail torrent. Adakah mereka tidak perasan mahupun tidak mengendahkan akan penulisan sebegini kerana beranggapan bahawa kaedah memuat turun menggunakan torrent lambat. Ya! Akan lambat jika anda menggunakan UTorrent tanpa melakukan beberapa tetapan seperti Torrent : Suatu Kaedah Berkesan yang dikarang oleh orang lama OMG! Hackers? iaitu bro pr67am™ Penulis bukan marah jika anda tidak tahu menggunakan torrent. Tidak pula penulis berbangga/bermegah dengan kelebihan/pengetahuan yang penulis ada. Tujuan penulis satu je untuk penulisan kali ini. Gunakan barangan cetak rompak demi kepentingan agama. Usah anda melabur wang yang bertimbun untuk mereka membangunkan teknologi yang akan memberikan impak negatif kepada umat Islam khusus untuk Palestin. Kita adakan perang siber. Jika mereka yang mahir dalam selok-belok mengenai penggodaman. Maka,teruskan usaha murni mereka. Sumber ada mengatakan pakar dalam bidang penggodaman iaitu Anonymous telah menggodam hampir 600 laman yang menggunakan domain .co.il iaitu domain Israel/Yahudi.
Teruskan sahaja pada usaha kita. Ingat! Doa senjata mukmin. Tapi,doa tanpa usaha umpama pokok yang layu tanpa disiram air. Rasanya cukuplah sampai disini permulaan penulisan. Ingat! Jika di Malaysia membeli rokok umpama membakar duit. Tapi,untuk warga Palestin setiap pembelian barangan Amerika akan mencarik badan warga Palestin. Sebelum memulakan penulisan alangkah baiknya jika kita merujuk dan mengenali apa yang dimaksudkan dengan torrent dan segala mengenainya. Kerana tutorial ini hanya menerangkan cara penggunaan torrent sahaja. Semuanya adalah karya Dr.Freddy. Tapi,sebelum itu penulis menggunakan Linux Mint dan Deluge Client. Anda boleh menggunakan Tixati dan sebagainya.
Pengenalan Kepada BitTorrent/Torrent
Torrent Downloader/Client Terbaik
Cara/Panduan Memilih Torrent Yang Paling Laju
Torrent: OMG! Hackers?
Sukacita penulis katakan untuk tutorial pada kali ini penulis akan menggunakan perisian/aplikasi desktop recorder/screencaster/desktop screen recorder. Jika di sistem operasi kepunyaan Microsoft iaitu Windows,perkara seperti ini amat sukar untuk dijalankan kerana penggunaaan memori yang tinggi pada Windows walaupun menggunakan Windows 8. Tetapi jika penulis menggunakan Linux penggunaan memori tidak setinggi di Windows. Ditambah dengan fungsi ‘swap’ lagilah mengurangkan penggunaan sumber memori.
Penulis akan menggunakan Deluge 1.3.5 untuk tutorial kali ini [disini]. Jadi,jika anda masih baru,lebih sempurna jika anda menggunakan Deluge seperti penulis. Salah satu kelebihan Deluge ialah hampir menyerupai Tixati. Tapi,bukan dari segi antaramukanya melainkan kelajuan sewaktu memuat turun. Tanpa sebarang tetapan pada Deluge anda mampu mendapatkan kelajuan memuat turun sesuatu barangan menggunakan kaedah torrent. Terdapat dua cara untuk memuat turun menggunakan torrent. Cara menggunakan fail .torrent dan pautan magnet (magnet link). Untuk tutorial ini penulis hanya membekalkan cara menggunakan fail .torrent sahaja.
Ini tutorial pertama penulis menggunakan video sebagai cara penyampaian. Jika terdapat kesilapan mahupun sukar untuk difahami. Harap dimaafkan atas kesalahan itu.
Peringatan:-
1. Selepas anda selesai memuat turun fail,anda perlulah membiarkan fail tersebut diberi makan (seed). Hidup perlu saling bantu-membantu.
2. Janganlah terlalu kedekut semasa menggunakan torrent. Tinggikan ‘upload’. Minimum 5-10 KB. Tiada had maksimum.
3. Anda tidak boleh ‘cut’ fail tersebut. Anda hanya dibenarkan ‘copy’ sahaja. Sekiranya anda ‘cut’ fail tersebut. Tidak guna anda menjadi seeder.
4. Bila ‘cut’ tidak boleh. Inikan pula ‘delete’. Jadi sediakan ruang yang mencukupi pada cakera keras anda.
5. Jika ada sebarang tambahan akan diberitahu pada ruangan komen.
Sebelum menutup penulisan kali ini. Marilah sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah kepada mereka yang telah pergi menemui Allah SWT khusus untuk warga Palestin dan bersama-sama kita memohon kepada-Nya agar mereka ditempatkan di Syurga Firdaus Mu Ya Allah.
Selamat mencuba.
Sekian,Assalamualaikum.