Pakej Terbaru OMG-Host Memudahkan Anda Memiliki Laman Web Sendiri

OMG! Hackers? telah menggunakan khidmat omg-host sejak tahun 2021. Sebelum itu, kami menggunakan hosting bajet dari Namecheap, dan terbukti harga murah yang dibayar seringkali menyukarkan, serta ‘memalukan’ kami apabila ia gagal menampung serangan DDoS oleh ‘anak-anak’ nakal di Indonesia.

Laman web kami selalu dilanda badai serangan yang entah kenapa (kami buat salah apa dengan mereka?), dan akibatnya laman web tidak dapat dibuka. Namun, setelah beralih ke omg-host, setakat ini walaupun kelajuan laman tidaklah sepantas ‘jiran-jiran’ kami yang lain seperti lowyat.net atau SoyaCincau, tetapi paling penting tiada lagi downtime yang menyusahkan kerja-kerja kami.

Ini berkat jasa lebar jalur (bandwidth) tanpa had yang diberikan. Selain itu, laman kami juga setakat ini dapat bertahan (Alhamdulillah), daripada serangan dengan perlindungan oleh Bitninja. Pada awal penggunaan, saya agak kurang gemar dengan adanya Bitninja ini kerana disebabkan oleh perlidungannya yang agak ‘keras’, saya sendiri sukar untuk log masuk ke dalam laman. Namun, selepas beberapa lama saya mendapati Bitninja ialah elemen paling penting dalam menghadapi pelbagai anasir tidak baik di luar sana.

Sama ada serangan DDoS atau berbagai percubaan penggodaman, Bitninja dapat menjadi perisai yang unggul. Tidaklah saya katakan ia sebagai satu bentuk penyelesaian be-all and end-all untuk laman web kita, tetapi tanpa dinding pertahanan ini, maka boleh dikatakan perlindungan lain ibarat senipis kulit bawang. Hanya menanti masa diracik-racik individu dengan niat jahat.

Dengan pakej CPanel bermula semurah RM10 sebulan, anda akan diberi ruangan camera sebanyak 5GB, dan had lebar jalur sebanyak 50GB. Jika anda baru hendak berkecimpung dalam pembinaan laman web, contohnya laman web resepi masakan atau blog peribadi, pakej ini sesuai dilanggan. Jika anda ingin lebih sedikit ruangan cakera beserta had lebar jalurnya, maka adalah lebih baik juga anda tambah sedikit iaitu langgan pakej RM20 dan dapatkan ruangan sebanyak 20GB, serta lebar jalur sebanyak 100GB.

Pun begitu, untuk golongan lebih pro, pakej RM100 (tambahan hingga RM250) amatlah berbaloi sekali.

Anda akan diberikan ruangan cakera sebanyak 50GB, dan penggunaan lebar jalur tanpa had. Dengan kombinasi Bitninja bersama pengoptimuman cache dari Litespeed, anda hanya perlu mencari tema yang disukai dalam melengkapkan laman web anda.

Untuk pengetahuan, omg-host kini mempunyai ciri cloud auto scale, yang akan menaiktaraf RAM dan CPU apabila penggunaan sumber laman menjadi tinggi. Ini akan dapat mengurangi isu prestasi dan downtime yang sering menghantui pemilik laman.

Sekiranya anda berminat, anda boleh buat pendaftaran, penukaran domain, dan pelbagai lagi secara terus di omg-host. Bagi proses pendaftaran dan pembayaran, anda bolehlah ikuti langkahnya menerusi paparan video di bawah.

Pembelian pakej omg-host boleh dibuat di pautan ini: KITSB (omg-host.com).

Arya Putra
Arya Putrahttps://omghackers.com/
A regular tech blogger who have passions for cats. I will not put my trust on anybody who hated them, doesn't matter if they are my friends or family. I have a dream where I am the owner of a Cat Cafe. Help me achieve it by hiring me as your reviewer. For any review inquiries, you can contact me at [email protected]

Artikel Terkini

spot_imgspot_img

Artikel Berkaitan

Apa pendapat anda?

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
spot_imgspot_img
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x