Utama Blog Laman 323

UploadUR Hosting Sedang Dinaiktaraf

0

Jika anda mahu memasuki ke dalam laman perkongsian UploadUR Hosting dan tidak dapat akses ke dalamnya, anda perlu tahu yang laman perkongsian fail itu sedang dinaiktaraf.

Founder/Admin Forum Silent Hackers Malaysia, Hatzwan atau Hatz, memaklumkan kepada Mr.Hac malam semalam bahawa laman itu buat sementara waktu memang tidak akan dapat diakses kerana sedang dinaiktaraf dan rutin penyelenggaraan sedang dilakukan. Edan (Admin UploadUR), dikatakan memerlukan masa sebanyak 15 hari untuk membuat tetapan semula dan 45 hari untuk menaiktaraf.

Jadi bersabarlah semua ya!

Views: 1

Iklan Newspaper Inline

Lyrics of The Day #1

0

Malique Feat. Jamal Abdillah: Aku Maafkan Kamu

Aku minta maaf di atas segala perbuatanku,
Ternyata kamu lebih suci,
Dari apa yang kubayangkan..

Ada teratak di hujung kampung,
Bawah cermin kopak ada kotak,
Tersembunyi dalamnya ada tempurung,
Sembunyi bawahnya katak melalak..

Atur sepuluh daktil, batal yang batil,
Detik dua usul ditutup satu lagi tampil,
Dari halaman rusuk kiri satu susuk ganjil,
Minta diisolasi dari dalil busuk jahil,
Aspirasi tak serasi dengan suara bunyi,

Ingkar serasi dari penghuni dan keluarga bumi,
Surat wasiatnya atas paksi dalam rumi,
Minta dikebumikan hidup-hidup dalam guni,
Mana cepat terbang atau warna gelang tangan,
Buah fikiran aneh tergantung di persimpangan,
Halusinasi susuli ketandusan ihsan,
Ubat parut auditori kesan artileri insan,
Gagal dikesan,

# Aku maafkan kamu,
Tak perlu kita bertemu,
Cukup kau tahu,
Yang aku..
Maafkan kamu,
Tolong teruskan hidup,
Jangan sebut namaku,

Timbul tenggelam, timbul tenggelam,
Acapkali terpendam, acapkali tersergam,
Cermin muka kopak penuh bintik hitam silam,
Ini bukan lagu rindu ini madah dendam,
Ku ditimbang tanpa neraca di awal usia,
Ku dihukum masuk neraka oleh manusia,
Minta tunjuk lubang atau pintu tak dapat jawapan jitu,
Jadi aku tak berganjak biarkan saja begitu,

Maafkan mereka, mereka tidak tahu,
Mereka tidak ramas buku, mereka segan ilmu,
Mereka tidak fasih malah fasik guna kata,
Kita kongsi nama bangsa tapi tidak kasta bahasa,
Maafkan mereka, mereka tiada nilai,
Ibu bapa lalai dari kecil dah diabai,
Tanpa kasih sayang, mereka suka menyakiti,
Kita kongsi warna mata tapi tidak warna hati,

Atas kepala murai sekawan,
Mari ku ramit kucup lehernya,
Terlalu rahi dendam diangan,
Sampai terkacip mulut mahirnya..

Ulang #

Jangan ahli sihir seru nama maharaja,
Nanti segerombolan hantu bisu yang menjelma,
Guna hak berfikir sebelum hak untuk bersuara,
Kalau terpelajar sila guna hak miranda,

Pura-pura dengar, telan tapi tidak hadam,
Hafaz bila lafaz tapi mereka tidak faham,
Mereka mula kiri, aku kanan bila baca,
Sudah mahir rumi,
Mari tafsir Alif Baa Taa,

Alif,
Ada teratak di hujung kampung,

Ba,
Bawah cermin kopak ada kotak,

Ta,
Tersembunyi dalamnya ada tempurung,
Sembunyi bawahnya katak melalak,

Ulang #

Ternyata kamu lebih suci,
Dari apa yang kubayangkan..

Sedapkan atur/susun bahasa yang digunakan?
Entri seperti IT & Hacking Quotes of The Day dan Lyrics of The Day ini cuma sekadar selingan.
Kadang-kadang straight forward pun boring jugak kan?
So there you have, the first lyric of the day. Lirik ini sangat puitis dan mempunyai pelbagai metafora.
Dah dengar ke belum lagunya? Kalau belum cepat-cepat cari! Memang menarik!

Views: 1

Iklan Newspaper Inline

IT & Hacking Quotes of The Day #1

0

Mulai hari ini, dan selepas entri ini dikeluarkan, Mr.Hac akan menambah beberapa lagi segmen baru seperti IT/Hacking Quotes of The Day dan Lyrics of The Day. Bab lirik tu bukan apa, sebab Mr.Hac ni suka dengar lagu! Jadi mari kita baca beberapa quotes pilihan hari ini.

1. My computer is always right, THE HUMAN is always the PROBLEMS – Mr.Hac

2. I do not fear computers. I fear lack of them – Isaac Asimov

3. It’s hardware that makes a machine fast. It’s software that makes a fast machine slow – Craig Bruce

4. Software Engineering might be science; but that’s not what I do. I’m a hacker, not an engineer – Jamie Zawinski

5. If you give a hacker a new toy, the first thing he’ll do is take it apart to figure out how it works – Jamie Zawinski

6. The hacker mindset doesn’t actually see what happens on the other side, to the victim – Kevin Mitnick

7. Then again, my case was all about the misappropriation of source code because I wanted to become the best hacker in the world and I enjoyed beating the security mechanisms – Kevin Mitnick

8. If you think your users are idiots, only idiots will use it – Linus Torvalds

9. I am not out to destroy Microsoft, that would be a completely unintended side effect – Linus Torvalds

Amacam? Dah faham IT and Hacking Quotes tu apa? Hahah! Menarik kan?
Nanti akan ada lagi! Jangan bimbang. Tapi sekarang Mr.Hac nak balik rumah. Tak sempat nak letak laman rujukan. Kemudian lah ya! Haha!

Views: 4

Iklan Newspaper Inline

Jenis-Jenis VPN

0

Bagi mereka yang belum mengetahui apa itu VPN, elok sangatlah baca entri INI.

Terdapat pelbagai jenis-jenis VPN yang ada di dunia IT ini. Mari kita lihat kepada beberapa jenis yang biasa digunakan. Namun Mr.Hac hanya mampu membuat penerangan serba ringkas dan untuk mengetahui lebih lanjut, anda bolehlah Google sendiri.

1. PPTP
Point-to-Point Tunneling Protocol atau PPTP VPN adalah dari jenis yang paling banyak digunakan di luar sana. Ia merupakan VPN paling mudah ditetapkan (set-up), dan mudah pula digunakan. Kebiasaannya, VPN ini disambungkan dari rangkain internet sedia ada dan menggunakan client terbina dalam. Namun, ia tidak menyediakan sebarang enkripsi dan ia bergantung kepada Point-to-Point Protocol (PPP) untuk tujuan sekuriti. Mr.Hac tidak menggalakkan penggunaan VPN PPTP bagi rangkaian yang mengalami persekitaran sekatan berat (heavy censorship environment) kerana biasanya ia tidak mampu untuk melepasi sekatan-sekatan tersebut. Terima kasih kepada Microsoft kerana membangunkan PPTP VPN ini.

2. Site-to-Site
VPN ini adalah lebih kurang sama dengan PPTP, cuma tiada dedikasi talian. Ia bekerja dengan cara mewujudkan rangkaian VPN dalam satu organisasi yang sama meskipun pada tempat yang berlainan dan kemudian melakukan sambungan (dari satu tapak ke satu tapak, sebab itu ia dipanggil site-to-site). Jenis ini biasa digunakan oleh syarikat-syarikat besar.

3. L2TP
Layer 2 Tunneling Protocol (L2TP) adalah lebih kurang sama dengan PPTP, disebabkan ia tidak menyediakan enkripsi dan juga bergantung kepada PPP, lebih tepat lagi kaedah ini merupakan gabungan antara dua protokol iaitu PPTP dan L2F. L2TP telah dibangunkan oleh Microsoft (PPTP) dan juga Cisco (Layer 2 Forwarding @ L2F).

4. IPSec
IPSec bekerja dengan rangkaian dan aplikasi berasaskan IP. Ia memerlukan client yang mahal dan pemasangannya juga agak lama. Syarikat-syarikat yang menggunakan IPSec adalah seperti SonicWall, NetScreen, dan WatchGuard.

5. SSL
Secure Socket Layer (SSL) adalah protokol yang bertanggungjawab menyediakan sambungan yang selamat antara pelayar web dan destinasinya. SSL boleh diibaratkan proksi pada kebanyakan masa. Kelebihannya, ia tidak perlukan perisian tambahan kerana ia menggunakan pelayar web sahaja sebagai client.

6. MPLS
Multi-Protocol Label Switching (MPLS) tidak sesuai digunakan oleh pengguna biasa sebaliknya ia adalah ideal untuk syarikat atau bisnes dengan sambungan tapak ke tapak (site-to-site). Semua konfigurasi dilakukan di peringkat rangkaian supaya pengguna akhir akan melihat sambungan rangkaian yang nyata sahaja.

7. Hybrid
Sesetengah syarikat berupaya menggabungkan ciri-ciri SSL, IPSec dan beberapa lagi jenis VPN lain. Pendeknya, Hybrid VPN adalah gabungan beberapa protokol VPN untuk mendapatkan pelbagai ciri-ciri VPN itu dalam satu pakej. VPN dari jenis ini juga biasanya mahal dan anda perlu melakukan kaji selidik sebelum membeli, biarpun anda adalah Pengarah Urusan syarikat yang besar.

8. OpenVPN
Merupakan VPN pilihan Mr.Hac dan paling digemari kerana ciri-cirinya yang melangkaui zaman dan kehebatannya melepasi setiap sekatan firewall/censorship softwares! Tambahan pula ciri-ciri sekuriti yang ditawarkan oleh sesetengah syarikat seperti Blowfish Encryption Algorithm dan 1024-bit SSL/TLS Certificates amat menarik hati dan berbaloi-baloi untuk digunakan.
OpenVPN ialah perisian SUMBER TERBUKA yang menjalankan teknologi VPN dengan protokol sekuriti yang diubahsuai. Ia telah ditulis oleh James Yonan, dibangunkan pula oleh OpenVPN Technologies, Inc dan diterbitkan di bawah GNU General Public License (GPL).

Views: 5

Iklan Newspaper Inline

Budak Perempuan Digilis Van Di China

0

Off topic pasal IT kejap! Off topic kejap! Semalam ada tengok berita tak? Ni betul punya sadis!
Mr.Hac sangkakan, orang-orang di negara China ni kejam dengan binatang je, tapi rupa-rupanya kejam dengan manusia juga! Budak perempuan berusia 2 tahun digilis van dan kemudian lori, tapi dibiarkan macam tu je! Bodoh bingai lagi tolol orang China ni! Jom tengok sedutan video di bawah!

Apa kata anda pula selaku seorang manusia?? Mr.Hac teringat ketika kemalangan dulu, masih ada insan yang sudi menolong. Tahniah rakyat Malaysia! Kita masih ada secebis nilai murni meskipun sibuk dengan urusan dunia. Harapnya jangan jadi seperti negara China yang langsung tidak perihatin sesama mereka!

Views: 0

Iklan Newspaper Inline

Tonton Youtube Tanpa Gangguan Dengan Chromium

0

Assalamualaikum.. Terima Kasih Mr.Hac kerana memberikan peluang kepada saya untuk menulis disini… chewah mukadimahnye..Harap maaf sekiranya kalau ade salah dan silap.. baru nak mencuba ni.. 1st entri la katekan..hehehe hemohemo

aku adalah pengguna tegar dragon comodo (web browser berasaskan chromium)
review web browser comodo dragon

dan suka sangat menonton apa-apa clip atau video yg cambest² dekat youtube atau mana² je.. (tapi selalunya youtube la).. kadang² tu kita mesti rasa kusut dengan segala jenis macam benda yang bersarang dekat tepi,atas,bawah, video tu kan.. kat sini aku ada satu cara nak bagi hilang segala benda tu..

usha skit

Amacam? Kalau tutup lampu rase macam dalam panggung wayang tak? Cara nak pakai senang je.. Selepas install just tekan dekat gambar lampu dekat atas belah kanan tu.. yang ni untuk Chrome je.. untuk firefox dan Safari Mr.Hac boleh tolong jawabkan.. kekeke kerokero
Cakap pun tak guna.. jom download : Light Off

Views: 2

Iklan Newspaper Inline

Apa Itu VPN?

2

Sebelum ini, ketika menjelang bulan Jun 2011, SKMM meminta penyedia internet menghalang akses ke 10 laman perkongsian popular. Ketika itu barulah ramai yang tercari-cari bagaimana cara melayari laman web yang disekat. Pada masa itu, Mr.Hac telah mengeluarkan lebih dari 10 artikel mengenai cara-cara melepasi sekatan internet dengan menggunakan proksi (proxy), SSH Tunneling dan tak lupa juga VPN. Namun Mr.Hac belum lagi memberikan tafsiran dan penerangan yang lengkap mengenai VPN. Mari kita telusuri serba sedikit tentangnya dan memahami struktur VPN akan bagaimana cara ia bekerja.

Apa Itu VPN?

VPN ialah kata singkatan dari Virtual Private Network atau dalam bahasa Melayunya Rangkaian Peribadi Virtual/Maya.

Rangkaian: Beberapa jumlah peranti (device) yang boleh berkomunikasi melalui kaedah-kaedah tertentu. Peranti ini termasuklah kompoter, mesin pencetak, router, dan lain-lain.

Peribadi/Persendirian: Sesuai dengan namanya, peribadi ditafsirkan sebagai komunikasi di antara dua atau lebih peranti, dalam keadaan rahsia atau istilah internetnya encrypted.

Virtual/Maya: The New Hacker’s Dictionary menafsirkan virtual sebagai;

virtual /adj./ [via the technical term “virtual memory”, prob. from the term “virtual image” in optics]
1. Common alternative to
{logical}; often used to refer to the artificial objects (like addressable virtual memory larger than physical memory) simulated by
a computer system as a convenient way to manage access to shared resources.
2. Simulated; performing the functions of
something that isn’t really there. An imaginative child’s doll may be a virtual playmate. Oppose {real}.

 

Merujuk kepada kertas kerja Paul Ferguson dan Geoff Huston, April 1998 bertajuk ‘What is a VPN?’, VPN ditaksirkan sebagai:

A VPN is a communications environment in which access is controlled to permit peer connections
only within a defined community of interest, and is constructed though some form of partitioning of a
common underlying communications medium, where this underlying communications medium
provides services to the network on a non-exclusive basis.

Dan tafsirannya yang lebih pendek, tepat, serta mudah difahami ialah:

A VPN is private network constructed within a public network infrastructure, such as the global Internet.

 

Gambarajah: Beza sambungan apabila anda menggunakan VPN dan tidak menggunakan VPN.

Secara ringkas, VPN ialah adalah teknologi rangkaian yang mencipta/mewujudkan sambungan rangkaian yang selamat melalui rangkaian awam seperti INTERNET atau rangkaian persendirian yang dimiliki oleh pembekal perkhidmatan. Syarikat-syarikat besar, institusi pendidikan, dan agensi-agensi kerajaan menggunakan teknologi VPN bagi membolehkan pengguna yang jauh (remote users) untuk selamat menyambung kepada rangkaian peribadi/persendirian. Dalam usaha untuk mendapat akses kepada rangkaian peribadi itu, pengguna mestilah disahkan menggunakan pengenalan yang unik seperti e-mel dan kata laluan.

Menggunakan kaedah yang dikenali sebagai Tunneling, VPN menggunakan infrastruktur perkakasan yang sama seperti internet dan intranet. Teknologi VPN merangkumi pelbagai mekanisma sekuriti untuk melindungi sambungan peribadi maya tersebut. VPN akan membolehkan perkongsian fail, persidangan video dan beberapa lagi servis rangkaian yang serupa dijalankan dengan selamat.

Mr.Hac akan menulis lagi mengenai jenis-jenis VPN pada entri akan datang.

Baca: Apa Itu VPN? Siri 2

Views: 0

Iklan Newspaper Inline

Internet Download Manager 6.07 Build 12 Full Cracked

0

Kemaskini versi baharu IDM: 6.07 Build 12. Seperti biasa tidak banyak perubahan yang dilakukan oleh IDM. Bagi Mr.Hac ini mungkin hanyalah strategi perniagaan (pemasaran) syarikat Tonec Inc. untuk mengekalkan jualan perisian ini dan mengurangkan penggunaan produk cetak rompak atau ‘cracked’.

Quote dari laman web IDM:

What’s new in version 6.07 build 12?

(Released: Oct 01, 2011)

Added support for Firefox 8
Improved video discovery on youtube
Fixed bugs

Mr.Hac masih belum melakukan eksporasi terhadap versi baharu ini. Cuma yang dapat Mr.Hac katakan, sekiranya anda suka untuk mengemasikini dan menggunakan versi baharu setiap kali, maka silalah muat turun pada pautan di bawah. Jika anda sendiri sudah malas untuk mengikuti perkembangan IDM, guna sajalah yang lama.

Klik -> Internet Download Manager 6.07 Build 12 Full Cracked

Mr.Hac:

Mereka tidak ramas buku, mereka segan ilmu
Mereka tidak fasih malah fasik guna kata
Kita kongsi nama bangsa tapi tidak kasta bahasa
Maafkan mereka, mereka tiada nilai
Ibu bapa lalai dari kecil dah diabai
Tanpa kasih sayang, mereka suka menyakiti
Kita kongsi warna mata tapi tidak warna hati

Views: 6

Iklan Newspaper Inline

Glosari Istilah IT Dalam Bahasa Melayu

0

Bahasa Melayu ialah bahasa kebangsaan rakyat Malaysia. Kita wajib berbangga dengan bahasa ibunda yang menjadi nadi kepada percakapan kita seharian. Mr.Hac ingin menyenaraikan BEBERAPA istilah dalam dunia IT yang SELALU digunakan dan diterjemahkan kepada bahasa Melayu, supaya ia dapat menjadi rujukan kepada semua. Jika anda ingin menambah atau memberi cadangan kepada istilah yang sepatutnya, dipersilakan melakukannya pada ruangan komen, dan Mr.Hac akan menambah atau ubah dari semasa ke semasa.

Ada beberapa istilah yang Mr.Hac terjemahkan sendiri, ada yang dirujuk pada Majalah PC, dan ada yang dirujuk melalui Google Translate. Silakan menelaahnya bersama.

Daftar Istilah IT Dalam Bahasa Melayu:

1. Shutdown: Tutup, Matikan (Sesi komputer yang sedang aktif)

2. Default: Lalai (Tetapan utama)

3. Setting: Tetapan

4. Install: Pasang

5. Uninstall: Nyahpasang

6. Software: Perisian

7. Hardware: Perkakas, Perkakasan

8. Execute: Menjalankan, Jalankan

9. Run: Jalankan (Program, Perisian)

10. Tool: Alat

11. Hack: Godam

12. Design: Reka, Mereka

13. Download: Muat turun

14. Upload: Muat Naik

15. Batch: Kelompok, Kumpulan

16. Access: Akses

17. Copy: Salin

18: Paste: Tampal

19. Link: Pautan

20. Leakage: Kebocoran

21. Programming: Pengaturcaraan

22. Configuration: Konfigurasi

23. Connection: Sambungan

24. Network: Rangkaian

25. Database: Pengkalan Data

26. Delete: Padam

27. Disable: Nyahdaya (Sila beri cadangan untuk perkataan ini)

28. Error: Ralat

29. Bug: Pepijat

30. Graphical User Interface: Paparan Antaramuka Pengguna

31. Cloud Computing: Pengkomputeran Awan

32. Storage: Storan (Penyimpanan Data, Fail)

33. Screenshot: Paparan Skrin (Ada yang mengusulkan Tembakan Skrin, tapi bagi Mr.Hac ‘tembakan’ tu macam kurang sesuai)

34. Cut: Potong (Bukan bersifat memotong, tetapi ia merujuk kepada perbuatan kita yang bersifat ‘mengambil secara terus’ sesuatu fail)

35. Redo: Kedepan, Buat semula

36. Undo: Kebelakang, Membatalkan (Sesuatu perbuatan kita pada perisian atau komputer)

37. Built-in: Terbina Dalam

38. Restart = Mulai Semula (Kalau bro pr67am cakap matihidup. Anda pula?)

39. Manual = Kerjatangan, Panduan

40. Log Off = Log Keluar (Sama dengan Log Out)

41. Program = Aplikasi, Atur Cara

42. Desktop = Meja? Haha. Bro pr67am mencadangkan ‘Paparan Muka’. Anda pula nak cadangkan apa?

43. Keygen = Keygen (Singkatan dari Key Generator, jadi dalam bahasa Melayunya ialah Penjana Kekunci)

44. Patch = Penampal

45. Taskbar = Bar Tugas

46. Cookies = Cookies (Tiada istilah cookies dalam bahasa Melayu)

47. Crack/Cracked = Telah ‘Pecah’ (Merujuk kepada perisian yang telah diubahsuai supaya fungsi asalnya hilang atau bertambah)

Ok. Cukup setakat ini dahulu. Jika anda ada cadangan, silalah berikan komen!
InsyaAllah Mr.Hac akan tambah lagi. Mari kita jadikan bahasa Melayu sebagai bahasa kebanggaan kita, bangsa Melayu.

Views: 11

Iklan Newspaper Inline

13 Cara Melepasi Sekatan Internet Yang Ketinggalan Zaman

0
Berikut Mr.Hac senaraikan 13 cara untuk melepasi sekatan internet yang sudah ketinggalan zaman. Kenapa? Kerana kebanyakkan darinya tidak berkesan lagi untuk melepasi sekatan dari Corporate Firewall seperti Websense, FortiGuard, Sonic Wall, Barracuda dan sebagainya.

Mr.Hac tergerak hati untuk menulis entri ini kerana Mr.Hac lihat terlalu banyak laman web atau blog menulis entri yang sama, namun tak lebih hanya sekadar salin dan tampal sahaja! (Copy paste).

URL Filtering

Cara ini adalah dengan menukar (convert) alamat IP sesebuah laman web kepada nombor-nombor decimal. Kaedah yang sukar untuk dilakukan oleh para pemula, melainkan jika menggunakan servis penukar (converter) dalam talian seperti IP Address Converter

Laman Proksi (Proxy Website)

Proksi ialah alamat IP dari pelayan proksi yang diletakkan antara komputer anda dan internet. Cara ini akan menyembunyikan alamat IP asal anda.

Google Cache

Kebiasaannya laman Google akan menyimpan versi cache untuk sesebuah laman web/blog. Versi cache itu boleh diakses dengan pelbagai cara, antara yang paling mudah adalah dengan menggunakan Gcache+ Add On atau mencarinya secara manual.

Menggunakan IP (Bukan URL)

Ni betul zaman tok kadok punya cara. Dulu-dulu, kalau tak boleh akses laman web akibat disekat, paling mudah untuk mendapatkan kembali akses adalah dengan menukarkan URL kepada alamat IP. Contohnya dengan membuka Command Prompt dan menaip ping (alamat URL).

Servis Penterjemah Dalam Talian (Online Translation Service)

Servis seperti Google Translate selalu digunakan dengan memasukkan URL laman web lalu menekan ‘Translate’. Meskipun secara teorinya anda menggunakan proksi Google untuk menterjemahkan URL laman web itu, namun kaedah ini gagal melepasi sekatan Websense. Hastalavista bro!

Akses Laman Web Melalui E-mel

Servis Web2Mail ialah contoh servis percuma yang ‘menghantar’ laman web yang ingin anda ‘baca’ melalui e-mel. Sayangnya, ini juga dah ketinggalan zaman derrr.

Screen Resolution

Screen Resolution ialah servis yang membenarkan anda untuk melihat sesebuah laman web dalam resolusi berbeza. Jika dulu ia mampu melepasi sekatan-sekatan dari dinding api (Firewall), namun sekarang sekatan semakin canggih, apatah lagi dari THE GREAT FIREWALL OF CHINA. Say goodbye to internet freedom.

Menggunakan Proksi Ke Dalam Pelayar Internet

Meskipun cara ini berkesan pada sesetengah firewall, namun untuk versi korporat, ia tetap gagal melepasinya. Tambahan pula, proksi hanya melalui sesetengah port sahaja dan kelajuan pelayaran internet juga agak lambat, apatah lagi kelajuan muat turun.

DNS

Cara ini kalau anda disekat oleh firewall Streamix, memang berkesan. Tetapi seperti biasa, firewall forporat, anda boleh kirim salam dengan tok anjang ya!

Menggunakan https (Menambah ‘s’ dibelakang http)

Cara mengaplikasikan Secure Socket Layer pada setiap URL adalah tidak relevan dan pendeknya tidak berkesan. Maaf, ini bukan permainan kanak-kanak. Setakat tambah ‘s’ dibelakang http, lebih baik syarikat Barracuda ditutup dan buka pula syarikat jual nasi lemak! Ada juga faedahnya!

Google Mobile Search

Google Mobile Search adalah lebih kurang sama fungsinya seperti laman proksi. Paparan setiap laman web mungkin sangat optimal.

Servis Pemendek URL

Teorinya dahulu, tukarkan URL laman web yang disekat dan kemudiannya sudah boleh melayari seperti biasa. Itu dulu. Tapi sekarang, sekatan sudah semakin ekstrim dan anda hanya mampu menitiskan air mata jika mencuba cara ini.

Wayback Machine

Wayback Machine adalah lebih kurang sama dengan Google Cache iaitu servis ini biasanya akan menyimpan salinan setiap laman web yang ada dalam internet bermula dari tarikh ia dibuat. Seperti kesemua cara di atas, ia sememangnya tidak berkesan untuk firewall korporat.

Jadi Mr.Hac, cara bagaimana yang paling berkesan untuk melepasi laman web yang disekat?
Hmm..Jawapan Mr.Hac pendek sahaja, iaitu VPN. Dan sebaik-baik VPN adalah OpenVPN. Sila rujuk entri-entri bulan 6 2011 untuk mengetahui pelbagai maklumat mengenai VPN dan cara menggunakannya. Jumpa lagi!

Views: 2

Iklan Newspaper Inline