Utama Blog Laman 318

Random Access Version 1.0 : GAME ON!

0

Salam. Amacam semua? Penat tak belajar pasal hacking? Penat tak belajar pasal IT dan Linux tuh semua? Ok kalau macam tu hari ni kita rehat jap. Kita ringan-ringankan minda dengan membaca entri pasal filem pula (yang sebenarnya tengah ‘berat minda’ ialah Mr.Hac kerana esoknya meeting pula! Arghhh!) . Bukan saja nak buat review, tapi minat betul Mr.Hac dengan filem yang diberi tajuk Ra.One – The Next Level. Filem ini adalah sebuah filem sci-fi hindi yang dibintangi oleh Shah Rukh Khan dan Kareena Kapoor. Teringat pula filem Endhiran – The Robot (Thelugu @ Tamil). Memang canggih habis! Siapa cakap cerita hindi tak menarik? Jom baca serba sedikit ulasan filem ini.

Ra.One Mengisahkan mengenai Shekhar, seorang pembangun permainan, pengaturcara komputer, yang membangunkan sebuah permainan yang bernama Random Access Version 1.0 atau kependekannya Ra.One. Dalam bahasa Urdu, ia boleh disebut sebagai Rha-wan (boleh diertikan sebagai kejahatan atau maut). Ra.One ialah watak jahat dalam permainan yang dicipta oleh Shekhar. Beliau mencipta permainan ini untuk memenangi hati anaknya, Prateik. Watak baik pula dinamakan sebagai Good One atau kependekannya G.One. Dalam bahasa Urdu ia boleh disebut sebagai Jhi-wan (boleh diertikan sebagai kebaikan atau nyawa). Sebelum itu ingin diberitahu bahawa syarikat tempat Shekhar bekerja telah berjaya mencipta satu teknologi yang membolehkan ‘kehadiran maya’ dari alam komputer seperti gambar dan video boleh dirasai oleh manusia apabila ia ‘diterjemahkan’ ke dunia nyata dan bukan virtual lagi.

Menariknya dalam jalan cerita filem ini, Ra.One mempunyai kebijaksanaan tiruan atau artificial intelligence (AI). Kemuncak cerita ialah apabila Ra.One hampir kalah kepada Prateik dalam satu pertarungan maya, namun permainan itu telah di-pause oleh pembantu Shekhar sebelum ia sempat dihabiskan oleh Prateik. Ra.One ‘berdendam’ dan bertekad mahu membunuh Prateik lalu ketika terdapatnya peluang, Ra.One berjaya memanipulasi teknologi yang dicipta oleh syarikat tersebut untuk ‘keluar’ ke dunia nyata.

Apakah yang bakal terjadi selepas itu? Anda perlu tonton sendiri! Nak muat turun?
Sila klik pada pautan di sebelah -> RA.One DvDScr

Mr.Hac: Teruja dengan penampilan istimewa (sebentar) aktor Rajinikanth sebagai ‘Chitti The Robo’, iaitu watak dalam filem Endhiran. Memang best lah cerita ni! Layan!

Views: 1

Iklan Newspaper Inline

Kembali Ke Pangkuan Ubuntu! Kini Oneiric Ocelot

0

Cis..cis sunggoh! Akibat tak tertahan dek ‘hasutan’ video-video di Youtube dan pelbagai blog, Mr.Hac akhirnya kembali memasang Ubuntu! Nampaknya PC di pejabat sekali lagi menjadi bahan ujikaki ujikaji kreativiti dalam mencuba distro-ditro Linux. Hanya netbook di rumah sahaja yang dikekalkan dengan sistem operasi Linux Mint 11.

Bukan apa. Tak tahan tengok macam-macam kesan visual dan modifikasi desktop yang melampau dalam video di Youtube tersebut. Geram tengok macam-macam gaya mereka ubahsuai Ubuntu hingga kelihatan seperti benar-benar mahu orang lain ‘jaki’ mata melihatnya.

Sebelum ini Mr.Hac hanya pernah mencuba melalui Live CD sahaja dan tak pernah tergerak hati untuk memasangnya pada komputer. Entah kenapa hari ini kemuncaknya apabila nekad menjadikan Ubuntu sebagai sistem operasi lalai yang sebelum ini dipegang oleh Linux Mint 11 (di pejabat).

Selamat datang Ubuntu 11.10 Oneiric Ocelot..Tak sabar rasanya nak godek kamu ni! Hahaha!

Views: 0

Iklan Newspaper Inline

Pasang PlayOnLinux Pada Ubuntu/Linux Mint

0

PlayOnLinux merupakan platform terbaik untuk permainan dan pelbagai perisian serta aplikasi Windows untuk dipasang melaluinya. Bagi pengguna distro Ubuntu atau Linux Mint, anda boleh pasang (install) PlayOnLinux melalui Ubuntu Software Center untuk Ubuntu atau Software Manager untuk Linux Mint.

Untuk memasang versi terbaru, anda boleh gunakan baris perintah di bawah:

Ubuntu 11.04 dan Linux Mint 11:

wget -q “http://deb.playonlinux.com/public.gpg” -O- | sudo apt-key add –
sudo wget http://deb.playonlinux.com/playonlinux_natty.list -O /etc/apt/sources.list.d/playonlinux.list
sudo apt-get update
sudo apt-get install playonlinux

Ubuntu 11.10:

wget -q “http://deb.playonlinux.com/public.gpg” -O- | sudo apt-key add –
sudo wget http://deb.playonlinux.com/playonlinux_oneiric.list -O /etc/apt/sources.list.d/playonlinux.list
sudo apt-get update
sudo apt-get install playonlinux

Enjoy guys!

Views: 1

Iklan Newspaper Inline

Pasang XBMC Pada Ubuntu/Linux Mint

0

Serius Mr.Hac rasa teruja tahap dewa ke 19 tak hingat punya! Baru tadi (pukul 12.30 malam) mencuba media player terhebat seluruh alam semesta terasa tak mahu berganjak dari depan netbook. Ah! Tak guna cakap banyak. XBMC sememangnya mampu buat sesiapa saja tak mahu meninggalkan komputer biarpun dimaki oleh kawan-kawan. Kenapa? Kerana tampilannya yang super-moden, cantik, bergaya, hebat, wal-lah! Cukup!

Apa itu XBMC? Macam mana cara nak install XBMC pada Ubuntu atau Linux Mint? Ubuntu 11.10 pula bagaimana?? Sabar. Biar Mr.Hac terangkan satu persatu. Tak lari gunung dikejar, tak lari Mr.Hac depan netbook. Hahah!

XBMC ialah sebuah hab hiburan, pemain media moden cross platform untuk kesemua sistem operasi! Dan yang lebih hebat ialah ianya percuma serta bersumber terbuka!! Arghhh! Hebat sekali!

Maaf. Imej sempat sambar dari Google je. Nak ambil dari netbook sendiri tak tahu pula nak minimize macam mana. Sedang teruja ni! Ok. Apa yang hebat sangat? Susah nak cakap kalau anda sendiri belum mencubanya! Jom kita lihat bagaimana cara untuk memasang (install) pada Ubuntu (11.04) dan Linux Mint (11).

Buka Terminal dan masukkan (salin dan tampal) baris perintah berikut (latest PPA):

sudo add-apt-repository ppa:team-xbmc/unstable
sudo apt-get update
sudo apt-get install xbmc

Untuk Ubuntu 11.10 pula, sila muat turun fail dari laman berikut : Skydrive

Buka Terminal dan masukkan baris perintah berikut:

./Downloads/medibuntu-restricted-extras-xbmc-installer.sh


Mr.Hac:
Pastikan fail yang dimuat turun itu berada dalam folder ‘Downloads’. Selesai!! Selamat mencuba! Hahah! (Masih teruja)

Untuk sistem operasi lain, sila muat turun XBMC di sini -> http://xbmc.org/download/

Views: 2

Iklan Newspaper Inline

DeskPins : Aplikasi Mesti Ada

0

Salam sekalian jelata…

Adakah anda seorang pekerja yang banyak menggunakan komputer? Jika ya… komputer anda sepatutnya sudah ada aplikasi yang bernama DeskPins. Siapa tegar IT yang tidak kenal dengan DeskPins. Perkakas yang telah digunapakai sedari zaman Windows XP lagi. Bayangkanlah ianya telah di keluarkan pada tahun 2004 tetapi masih lagi relevan penggunaannya sehingga ke hari ini. Agak pelik… walaupun tak pernah di kemaskini dari keluaran pertama sejak 2004 lagi tapi masih boleh di serasikan dengan jentera baru seperti Vista, Windows 7 dan Windows 8 (rasanya boleh kot..)

Hari ini kita tak payahlah hendak pergi melanun. DeskPins memang di datangkan khas secara percuma tanpa was-was untuk encik dan cik sekalian. Anda bayangkanlah DeskPins perisian berbayar? Pastinya sudah terlalu banyak kemaskini sana-sini atas alasan keserasian dan kestabilan. Puii..taktik orang berdagang..

Anda boleh gunakan aplikasi ini tanpa kerisauan yang tak masuk akal. DeskPins adalah sebuah aplikasi yang amat ringan dan santai. Kewujudannya dalam sistem komputer anda takkan menjejaskan aplikasi yang sedia ada. Dia ni memang bukan jenis kacau orang punya. Bahkan antivirus pun boleh berkawan baik dengannya. Tak percaya…?

Oh ya…hampir terlupa hendak bagi tahu tentang fungsi benda ni. Namapun DeskPins.. agak-agaklah anda sudah faham maksud merangkap penggunaannya. Dalam bahasa mudah aplikasi ini adalah untuk melekat atau menampal. Sebagai contoh..anda sedang gunakan Notepad tapi pada masa yang sama anda juga perlu membuka aplikasi lain. Dengan DiskPins anda boleh melekat Notepad tersebut TANPA DI TINDIH (always on top) oleh aplikasi yang bakal anda lancarkan.

Untuk lebih memudahkan lagi penggunaanya anda boleh mengubah Hotkeys mengikut keselesaan anda. Walaupun fungsi start up di sediakan rasanya tak payahlah gunakan fungsi tersebut. Lancarkan saja dari start menu bila di perlukan dan secara automatik ia akan berada di dalam bar tugas anda.

Selamat mencuba dan selamat maju jayalah anak cucu cicit bangsaku.
Sekian..

Klik -> DeskPins ©pr67am™ 201110

Kata Laluan Zip: pr67am

Views: 3

Iklan Newspaper Inline

Menggunakan RaptorVPN Dalam Ubuntu/Linux Mint

0

Meskipun RaptroVPN bukanlah servis OpenVPN percuma paling laju yang pernah Mr.Hac cuba, tetapi sekadar untuk pengetahuan, maka anda boleh mencubanya melalui tutorial dalam entri ini. (Setakat yang Mr.Hac guna, YourFreeVPN paling laju dalam kategori OpenVPN percuma).

1. Pertama sekali muat turun dahulu pemasang klien Windows dari laman web RaptorVPN. Log masuk terlebih dahulu dan cari ruangan ‘Downloads’. Lupa nak beritahu, yang sebelum tu anda perlu memasang Network Manager OpenVPN melalui Ubuntu Software Center untuk Ubuntu atau Software Manager untuk Linux Mint. Caranya ialah dengan menaip ‘network-manager-openvpn’ pada kotak cariannya dan terus pasang!

2. Tempatkan ia dalam satu folder. Klik kanan padanya (spotflux.exe) dan pilih ‘Extract Here’. satu folder dengan nama ‘spotflux’ akan terhasil.

3. Klik pada ikon sambungan internet, pilih VPN Connections -> Configure VPN
Kemudian klik ‘Import’.

4. Dari situ, cari kembali folder spotflux itu tadi, di dalamnya terdapat satu lagi folder dengan nama ‘spotflux’, klik padanya dan klik pula pada fail ‘SpotFlux.ovpn’.

5. Masukkan username (e-mel login anda) dan kata laluan (yang terdapat dalam ruangan ‘My E-Mails’)

6. Seterusnya klik ‘Save’.

7. Siap! Sekarang anda sudah boleh gunakan RaptorVPN dan mulakan sesi anonymity anda! Anda cuma perlu klik pada lambang sambungan internet, kemudian VPN Connections -> SpotFlux

Views: 1

Iklan Newspaper Inline

Internet Download Manager 6.07 Build 14 Full Cracked

0

Quote dari laman web IDM:

What’s new in version 6.07 build 14?

(Released: Oct 25, 2011)

Added support for new domain names of filesonic site
Added digest authorization for web sites
Fixed bugs

Klik untuk muat turun -> Internet Download Manager 6.07 Build 14

Mr.Hac: Malas nak buat ulasan panjang-panjang. Download aje la eh!

Views: 5

Iklan Newspaper Inline

Linux Mint 12 Dengan Kod Nama Lisa?

0

Beginikah rupanya Linux Mint 12 dengan kod nama (codename) Lisa?
Linux Mint untuk rilisan akan datang ini nampaknya akan memuatkan tampilan Gnome Shell (3) dan pelbagai lagi yang menarik. Sila lihat pada video di bawah. Gempak seh!

SUMBER: Hajimu

Views: 3

Iklan Newspaper Inline

Tukar Server Linux Mint Untuk Melajukan Muat Turun

0

Bagi yang selalu menggunakan Ubuntu atau Linux Mint pasti tahu, bahawa pada kebanyakan perisian yang dipasang adalah melalui Terminal. Sebelum ia dipasang, perisian tersebut perlu dimuat turun terlebih dahulu dan semuanya adalah melalui Terminal. Kelajuan maut muat turun sesuatu perisian dapat dipercepatkan lagi dengan menukar pelayan (Server) kepada yang berhampiran.

1. Buka Software Sources : Menu -> Administration -> Software Sources (Sama dengan Ubuntu)

2. Klik pada ‘Download from’ dan klik pada ‘Select Best Server’.

3. Buat ujian dalam 2-3 kali barulah pilih ‘Choose Server’.

Sekarang anda sudah boleh uji kelajuan muat turun perisian melalui Terminal. Pasti berbeza!

Views: 1

Iklan Newspaper Inline

Linux Mint dan Gnome 3??

0

Ni bukan pembohongan ya. Memang Mr.Hac dah cuba pasang Gnome 3 pada Linux Mint. Hasilnya adalah seperti di bawah:

Jangan jaki ok.. Sangat cun!

Views: 1

Iklan Newspaper Inline